Kenapa Baru Sekarang?

Thank you admin siarkan confession aku. Direct to the point, confession kali ni berkaitan dengan isu semasa yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Dari individu, pengamal perubatan, NGO hingga lah ustaz. Mereka semua dah sentuh isu ni.

Persoalannya, kenapa isu LGBT ini baru sekarang di gembar gemburkan? Hakikatnya, sejak dari dulu lagi golongan transgender ini bebas untuk melakukan aktiviti harian mereka dengan fitrah yang bertentangan.

Bermula dari rumah. Insan paling dekat adalah ibu bapa dan keluarga. Bagaimana air mata gembira saat anak itu di lahirkan, pasti ibu bapa takkan mahu melihat anak mereka membesar dan menjadi insan songsang. Ibu bapa mana yang tak mahu menegur untuk kebaikan anak mereka. Benar lah iman itu tak dapat di warisi.

Rakan taulan sahabat handai. Mungkin ada dalam kalangan kalian yang tahu,rakan-rakan mereka ada yang tergolong dalam golongan transgender. Jadi sebagai rakan, tegur lah dengan cara berhikmah. Jangan sesekali menghina. Sebagai contoh, berhenti support perniagaan mereka untuk bagi mereka kesedaran, rezeki yang mereka dapat tu dari Allah, jadi kenapa mereka perlu langgar perintah Allah?

Media sosial. Medium yang sangat sedang berkembang pada masa kini. Tipulah kalau semua orang tak kenal nama-nama besar transgender yang ada di malaysia sekarang. Berhenti support mereka. Dari sekecil perniagaan hingga sebesar besar perniagaan. Mereka bisnes, ikut sunnah nabi. Kenapa baru fikir sunnnah jika perkara yang wajib

di tinggalkan pun mereka dah langgar?

Masyarakat. Dengan adanya malaysia baru, maka ramailah yang mula membuka mata. Sebab tu baru sekarang isu ini muncul dan di gemburkan. Dari zaman sebelum kerajaan baru lagi memerintah,sudah ada ustaz,mufti alim ulama, kenapa tidak isu ini di timbulkan? Bila mana kerajaan baru yang di tubuhkan dengan kebebasan bersuara baru semua orang nak buat aduan. Dulu tak berani ke? Ustaz dulu takda kuasa ke? Atau ustaz dari kerajaan dulu tak ambil kisah isu besar sebegini?

Bukan masa nya membela sesiapa atau menuduh sesiapa. Kita sebagai yang empunya diri, ambil lah sendiri sekecil kecil tindakan. Jika dalan keluarga sudah ternampak norma norma aneh dalam identiti mereka, segera tegur dan ubah.

Alhamdulillah isu besar sebegini sebenarnya menampakkan betama umat islam sedang berjuang untuk mempertahankan agamanya. Umat islam tidak senang dengan berlakuan manusia yang merosakkan agama dan kesucian islam. Jangan lupa, bukan islam juga menolak LGBT dan transgender.

– Si Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *