Kenapa Bawa Aku Sejauh Ni

Aku Kurma, seorang gadis kampung yang berasal dari negeri pantai timur. Dari keluarga yang miskin tetapi Alhamdulillah kami diberikan pelajaran yang cukup. Alhamdulillah semua keluarga aku berjaya ke menara gading.

Aku yang dulunya tiada hala tuju, belajar sekadar menghabiskan pengajian kerana sekadar ikut abang-abang dan kakak-kakak.

Selepas SPM aku sambung STPM. Semester pertama aku dah mula give up sebab aku dah tak minat nak belajar.

Namun aku mula berkenalan dengan seorang lelaki yang membawa aku menunjukkan jalan untuk aku teruskan belajar. Dia bagi semangat untuk aku terus belajar. By the way, lelaki ni senior aku yang aku berikan nama Zabit.

Petang-petang selepas sesi persekolahan, kami akan stay di sekolah untuk study sama-sama bersama kawan-kawan dia. Kadang-kadang hujung minggu dia datang ke rumah aku untuk study sama-sama.

Banyak dia bantu aku. Dia selalu belanja aku di sekolah, sebab duit belanja aku cukup untuk aku makan semasa sesi pagi je. Sesi petang dah tak cukup, jadi bila dia ada duit lebih, dia akan beli makanan untuk aku, ataupun kami akan kongsi sama-sama makan.

Boleh dikatakan semua guru dan murid tahu tentang hubungan kami sebab kami banyak habiskan masa bersama.

Sehingga akhirnya, selepas tamat persekolahan, kami ditawarkan untuk masuk ke universiti.

Pada awalnya kami di universiti yang berbeza tetapi dipendekkan cerita kami direzekikan untuk menimba ilmu di tempat yang sama kerana aku tukar course.

Awal semester kami ialah semasa COVID melanda. Banyak cabaran kami hadap kerana terpaksa belajar di rumah dengan line yang tak menentu, kawan-kawan semua jauh.

Setiap minggu rumah akulah menjadi tempat untuk kami sama-sama siapkan assignment, study, kuiz mahupun bila exam.

Rezeki aku sebab dia senior aku, jadi banyak assignment yang dia pernah buat dan dia boleh ajar aku. Alhamdulillah walaupun belajar dari rumah tetapi setiap semester kami dapat dekan.

Bila COVID dah reda, kami perlu pergi ke universiti. Maka, tibalah masa kami perlu tinggal bersama di tempat yang jauh dari family masing-masing.

Semakin banyak cabaran yang kami perlu hadap, terutamanya melibatkan kewangan. Kami tinggal di bangunan yang sama jadi memudahkan kami untuk study sama-sama.

Bila awal semester bolehlah makan dekat kedai, jarang-jarang tu pun beli nasi dua lauk satu. Bila hujung semester, terpaksalah kami catu makanan.

Aku akan masak dan bekalkan untuk dia, tidak kisah makan nasi dengan telur, makan maggi, nasi goreng dan lain-lain. Tapi bagi kami biasa, sebab memang lumrah pelajar. Lagipun kami asal perut kenyang kami okay je.

Kalau dia ada duit, dia yang belanja. Kalau aku ada duit, aku yang belanja. Tapi banyak guna duit dialah sebab dia boleh pinjaman PTPTN.

Dekat universiti, dialah kawan aku sebab aku memang jenis yang berkawan di kelas je dan melibatkan pelajaran je sebab dari zaman sekolah lagi aku diajar begitu sebab aku dari keluarga yang susah. Nak berkawan sangat tak boleh.

Bila kawan ajak keluar aku tak boleh keluar sebab tak ada duit, menyebabkan aku terbiasa begitu sehingga zaman universiti.

Di universiti pun aku dengan Zabit tak pernah pergi jalan-jalan ke mana. Kami sekadar petang-petang pusing kawasan tempat yang kami tinggal manakala hujung minggu jarang-jarang pergi beli barang dapur.

Tu je jalan-jalan bagi kami sebab kami tahu kewangan kami tidak mengizinkan untuk kami pergi jalan-jalan macam kawan-kawan lain.

Nanti aku sambung lagi…

– Kurma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *