Kenapa Begitu?

Pagi ini aku tersedar dari tidur 2 jam sebelum subuh. Pelik sebelah anak tiada suami dan bantal favourite nya.

Rumah gelap. Jika tertidur pasti cahaya lampu kelihatan. Ruang tamu menjadi kebiasaan ruang lelap tiada orang.

Aku menuju ke bilik tetamu pintu ditutup rapat. Tombol tidak kunci. Kalau kunci lagi sangsi seperti sebelumnya.

Bilik gelap dan suami bersama bantal favourite. Hmmm.

Kenapa tidur mahu berasingan sekarang? Sedangkan semalam tiada pergaduhan pertengkaran. Musykil.

Terlalu penat kerja?

Atau ingin menonton sesuatu atau melihat sesuatu secara privasi?

Kelihatan laptop mode sleep.

Aku sebagai seorang isteri tidak pernah ambik tahu isi kandungan Telefon suamiku. Katanya bahaya kawan2 suka post sesuatu yang tidak elok di Whatsapp.

Jika telefonku boleh saja dipegang dipinjam sosial media. Kalau aku pegang sikit sudah kelam kabut sedangkan HP itu ada password dan aku tidak tahu.

Aku sudah biasa tidak suka menganggu privasi orang jadi aku biarkan saja.

Sekarang aku hanya boleh tengok following di ig ternyata suamiku follow perempuan seksi dan post2 yang nauzubillah. Ramai. Kecewa hati ini melihat nya.

Dalam hati jika aku tahu awal sebelum kahwin aku takkan kahwin. Takkan lepas kahwin baru follow?

Kecewa.

Disuruhnya aku memakai kerudung labuh menutup semuanya. Ketat sikit pasti kena tegur.

Tapi kenapa dia tidak menjaga pandangan.

Oh sambung 2 jam sebelum subuh.

Aku berkesempatan menggodek laptop kerjanya kebetulan Whatsapp dan Gmail tidak logout.

Whatsapp Selama ni yang dinyatakan itu tiada yang aneh. Musykil.

Jadi aku lega disitu. Otak2 ini tiba2 terfikirkan google photo.

Makanya amat terkejut video TikTok dan gambar post it di screenshot yang seksi dan ………. Berbikini tayang depan belakang banyak sangat banyak. Tarikh dari lepas ada anak sorang P.

Kecewa hati isteri ini. Perempuan berbaju ketat tudung singkat yang mengandung jugak ada.

Ya Allah apakah ini?

Percakapan tidak sama dengan tindakan.

Aku sudah tidak cantik?

Atau memang hobinya dari dulu?

Benarkah lelaki yang tidak bergaul dengan orang lain yang misteri mempunyai rahsia yang kita tidak tahu?

Apa perlu aku buat? Sekarang tengah pregnant anak ke 2.

Hakikatnya suami yang tak nak precaution tak nak anak tuptup lekat lagi.

Sebelum tidur earphone selalu di telinga. Sekarang subuh sangat susah nak bangun. Sebab kerja lewat malam dan tidur lewat subuh diganti sahaja.

Seminggu boleh dikira dengan jari subuh di waktu subuh. Breakfast isteri yang cari dan makan dulu dengan anak. Sudah menjadi kebiasaan.

Mood turun naik kadang okay kadang tak okay. Saya seorang isteri sentiasa dirumah.

Subuh dijaga jika pulang ke kampung rumah Ibu bapa saja.

Sering nasihat aku rajin baca Quran doa kat anak baik2 baca doa zikir.

Kenapa percakapan tak seiring dengan tindakan?

Quran nya jarang dirumah.

Katanya doa dalam solat lebih makbul.

Jika solat berjemaah doanya pendek.

Telefon sentiasa ditangan. Kalau aku berehat sambil scroll Telefon dia bermain dengan anak, dibebelnya aku addict dengan HP.

Mengapa begitu?

Hidup terlalu mudah semua isteri sediakan ke? Terlalu terasa diri raja. Isteri hamba?

Soal kewangan tiada masalah sekarang. Tapi selalu personal sewa rumah dia bayar sorang. Sedangkan ihsan aku dah bayarkan utilities yang lain.

Gajinya 2x ganda aku. Nafkah setakat sekarang baru sekali diberi. Katanya sudah beli makanan.

Itu pun keperluan anak banyak ditampung oleh isteri.

Belum berkira duit BKM suatu ketika dulu atas nama aku, dia tidak bekerja. Bahagi sama rata. Dia cakap aku berkira. sebab dia kena tanggung keluarga. Sedangkan itu duit bersama.

Tambahan dibawah hanya luahan perasaan. Bapa yang baik. Tak pernah marah anak. Santuni anak.

Dengan isteri jarang sekali. Santuni ketika keperluan batinnya sahaja. Jadi aku sedikit terkilan tindakan nya.

Perubahan yang tidak terbayang.

Jika depan orang lain sikapnya seorang soft spoken dengan isteri.

Sepanjang perkahwinan percutian keluarga tiada.

Katanya dirumah sudah ada semua.

Aku patut jumpa kaunselor ke?

Penasihat keluarga?

Terlalu makan hati

Makin lama makin tidak kuat.

Pesan hati sabar sabar.

Ujian ujian.

– Daku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *