Hi semua. Terima kasih admin siarkan cerita saya.
Cerita saya mengenai pemerhatian orang sekeliling saya mengenai solat. Bukan untuk membuka aib. Tapi lebih kepada mencari jawapan.
Saya berusia 25 tahun dan masih belum berkahwin.
Apa yang saya perhatikan, rakan-rakan rapat saya mula meninggalkan solat apabila mereka sudah berumah tangga. Macam mana saya tahu? Saya cerita 3 kisah untuk reference.
Kisah pertama, Ain bukan nama sebenar. Ain ni kalau dalam circle saya, pemakaian memang syariah compliant. Pakai handsock, pakai stokin, tudung labuh, melepasi dada. Pendek kata macam muslimah.
Sepanjang saya kenal Ain, beliau memang langsung tak pernah tinggal solat. Bahkan, dia la yang sentiasa mengingatkan kami apabila kami outing bersama. Tetapi, saya boleh nampak perubahan Ain lepas dia dah kahwin.
Baru-baru ni saya keluar pergi mall dengan Ain. Waktu maghrib dah nak habis, dan saya mengajak dia untuk solat. Dia cakap dia akan solat dirumah. Saya cakap dekat dia tak sempat. Dia cakap, kalau tak sempat, nanti qada kat rumah.
Terkejut saya dengan jawapan itu. Tapi memandangkan masa dah nak habis, saya terus ke surau dan solat Maghrib. Ain hanya tunggu saya di luar surau.
Cerita kedua, siti (bukan nama sebenar), siti tengah pregnant 3 bulan. Jadi bila tiba waktu solat, saya macam biasa lah ajak dia untuk solat.
Dia cakap, dia tak larat nak solat sebab pregnant. Padahal sebelum tu kami dah pusing berjalan satu mall. Situ juga seperti Ain. Sepanjang saya berkawan dengannya, memang tak pernah tinggal solat. Tapi bila dah kahwin, dia berubah.
Cerita ketiga, dengan kakak sulung saya sendiri. Haritu tu ada event family, bila tiba waktu solat, saya tengok dia hanya duduk menonton tv.
Saya tanya dah solat ke belum. Dia cakap nanti dia solat. Dia duduk depan tv sampai la habis waktu solat. Kakak saya juga sebelum kahwin, seorang yang menjaga solat.
Untuk pengetahuan semua, suami-suami mereka jenis yang menjaga solat. Walaupun keluar pergi mall, travel, memang tak tingal solat. Tapi kenapa isteri boleh dibiarkan untuk tinggal solat?
Saya betul-betul nak tahu kenapa situasi ini berlaku. Bukan untuk membuka aib. Tapi pengajaran untuk semua..
– Suhana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kadang bila sesorang tu dapat nikmat daripada Allah dorang jadi terlupa nak sembah Allah.Macam orang sekliking kamu dorang ada suami yang baik Dan kehidupan yang okay tu jadi macamtu Pendapat saya, kadang-kadang selepas kahwin, perempuan (atau sesiapa sahaja) boleh berubah dan lalai solat sebab beberapa faktor. Antaranya, sibuk dengan tanggungjawab rumah tangga, kurang ilmu agama, leka dengan nikmat dunia seperti suami yang baik dan kehidupan yang selesa, atau tertekan dengan cabaran emosi dan mental. Saya rasa kisah ini mengingatkan kita semua supaya sentiasa bersyukur, jaga hubungan dengan Allah, dan perbaiki diri walaupun dalam kehidupan yang nampak bahagia
Kadang2 yg paling susah kita nak nasihat adalah keluarga sendiri. Mungkin ada tarbiah drpd suami masing2, tp tulah belum ada kekuatan atau kemudahan buat si isteri utk laksanakan. Semoga ibu2, akak2 & adik2 yg di luar sana boleh sama2 cari jalan yg mudah utk kita/diri sendiri tunaikan hak Allah. Yg susah, kita mudahkan, dan of course bila ada ilmu, yg susah boleh jadi senang. Masya allah tabarakallah.
1. Bila nak keluar jenjalan ke mall, bila dekat dgn waktu solat, boleh ambil wuduk dulu di rumah, pastu makeup lah, masuk waktu solat time tengah jalan2, boleh solat terus.
2. Boleh jer, siapkan cepat2 urusan di luar, pastu balik rumah solat. Tak payah berlama2 di luar.
3. Kalau ada event family, selitkan solat berjemaah ramai2 kat ruang tamu, selamat tuan rumah, dan tetamu, takda yg tinggal solat.
4. Perempuan kena always get ready utk diri dia sendiri time waktu solat. Kena belajar dan ambil tahu keselesaan masing2.