Assalamualaikum wbt kepada Admin dan semua pembaca. Kalau naik sharing ni, Alhamdulillah. Dalam sharing ni aku tak share benda-benda tak baik inshaa Allah.
Lately aku selalu baca confession dari IIUM Confession ni, rata-ratanya adalah mengenai isu rumahtangga, hubungan keluarga dan yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Persoalannya sekarang kenapa yang sharing dan confess tu lebih ramai wanita?
Okay jangan salah faham dengan soalan ni. Sememangnya soalan ni tak menyindir wanita, jauh sekali menghakimi wanita. Persoalan ni timbul setelah pemerhatian aku kepada posting2 IIUM Confession yang banyak up story yang kebanyakannya adalah dari wanita.
Untuk persoalan ni, aku ambil masa jugak nak fikir. Tapi bila kita berbalik kepada asal iaitu diri kita yang sebenar, dari situ kita faham fitrah seorang lelaki dan seorang wanita tu macam mana.
Kenapa wanita lebih banyak share story berbanding lelaki di setiap ruangan media sosial?
Jawapan dia mudah.
Fitrah seorang lelaki, dominannya adalah rasional, dan wanita dominannya emosi. Tapi aku tak lah sebut semua lelaki dan semua wanita sebab ada je lelaki yang berperasaan wanita dan juga sebaliknya.
Lelaki yang fitrahnya lebih kepada rasional lebih mudah mengambil jalan untuk berdiam diri dan mengambil masa untuk bertenang bila sesuatu masalah tu datang.
Dalam fikiran rasional lelaki, up status, bercerita dengan orang lain dan confess di mana2 media sosial mengenai perasaan tu bukan menjadi keutamaan dan tak mendatangkan penyelesaian.
Cara lelaki berfikir bila berhadapan masalah ni mudah, lari dari masalah (lelaki penakut) dan lelaki yang berani tanggung apa yang dia dah buat (berani). Tapi berbeza dengan perempuan.
Perempuan ni kaya dengan emosi, kurang dalam bersikap rasional. Haaaaa sabar dulu wanita-wanita sekalian, ini adalah fitrah di dalam hati kalian.
Meskipun korang berjaya menyelesaikan sesuatu masalah, korang akan membanjiri masalah tu dengan emosi yang banyak. Berdiam diri, bertenang bukan keutamaan. Sebab apa? Secara tidak sedar setiap hari perasaan itu dizahirkan tanpa sengaja.
Contoh paling mudah adalah berleter. Itu adalah platform wanita untuk menyatakan perasaan. Meskipun kalian sabar, ia tidak menghentikan mulut kalian daripada berleter.
Tapi percayalah bila tiada leteran kalian, rumah akan menjadi senyap dan tak meriah. hahahahaha. Asalkan leteran tersebut tidak mengeluarkan mesej dan kata yang tak baik, itu sudah memadai buat telinga seorang lelaki untuk mendengar.
Dalam isu-isu rumahtangga pula, hujah di atas sudah cukup menerangkan di mana posisi lelaki dan posisi wanita apabila masalah yang datang tu adalah mengenai perihal suami isteri.
Secara amnya, lelakilah yang kena lebih menjadi pendengar dan memberikan solution, wanita pula memberikan cadangan dalam masa yang sama memasukkan elemen emosi di sepanjang penceritaan untuk menjadikan isu yang dibincangkan itu isu yang penting.
Jangan terkejut, isu ‘nak makan mana’ saja pun boleh jadi isu besar bila wanita memasukkan elemen emosi dalam perbincangan tersebut. hahahahaha
Kenapa kesabaran itu dinisbahkan banyak ke atas lelaki? Jawapannya juga ada di atas. kerana kalian adalah orang yang boleh berfikir secara rasional, mudah untuk memikirkan jalan penyelesaian. Yang menjadikan anda tidak rasional apabila anda berlebihan dalam 3 TA.
harTA (fokus cari duit saja)
waniTA (simpan perempuan – mohon elak sehabis mungkin)
TakhTA (mengejar jawatan)
Tapi macam mana fitrah seorang lelaki dan wanita ni menjadi padah buat kedua-duanya?
Lelaki, apabila kalian memiliki sikap rasional, anda akan berhadapan dengan sikap sambil lewa. Sikap ini adalah berbahaya apabila datangnya isu yang besar contohnya isu nafkah, keperluan keluarga dan yang berkaitan.
Apabila kita terbiasa dalam bersahaja, tidak mustahil kita akan merasai bahawa yang setiap masalah itu adalah kecil. Belajar untuk bertanggungjawab, maka kalian akan terlepas dari sikap ni.
Wanita, apabila kalian memiliki kekuatan dalam emosi, anda akan berhadapan dengan risiko menabur fitnah. Apabila kita berada dalam keadaan emosi, ketika itu overthinking akan menguasai diri.
Sehingga satu masa, overthinking kalian akan memakan diri anda dan hasilnya, anda akan mencampur adukkan masalah anda dengan perkara yang tidak berlaku, akhirnya cerita itu anda sebarkan di setiap pelusuk media sosial.
Belajar untuk bertenang dan berfikir sebelum bercakap, itu sudah cukup untuk mengelakkan anda daripada menabur fitnah.
Fitrah lelaki dan wanita ni unik. Setiap satunya mengajarkan kita tentang sesuatu. Sama ada kita menggunakannya untuk kebaikan atau kita menjerumuskannya dalam kancah kejahatan.
Lelaki, tak salah untuk berdiam diri, tetapi tak semua masalah perlu berdiam diri. Matanglah dalam berbicara dan membuat keputusan.
Wanita, tak salah untuk beremosi. Tapi jangan terlalu bawa emosi dalam setiap penyampaian kita, percakapan kita.
Bila kalian berjaya mengawal emosi, maka kalian sudah berusaha untuk menutup satu lubang fitnah. Beremosilah semahu kalian, asalkan emosi itu dilimpahkan kepada tempat dan orang yang sewajibnya, itu akan membantu kalian dalam menyelesaikan masalah.
Apa-apa pun, lelaki dan wanita adalah makhluk yang saling melengkapi. Bergaullah dengan baik, kerana dalam pergaulan yang dilakukan dengan kebaikan, setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Badai akan terus melanda, cuma nakhoda (lelaki) perlu bijak kemudi kapal dan pembantu nakhoda (wanita) perlu bijak dalam menenangkan keadaan kapal ketika dilanda badai.
Moga yang ada masalah dengan ahli keluarga, dibuka jalan penyelesaian.
Moga yang ada masalah suami isteri, dibuka hati untuk menerima ujian.
Moga yang dalam proses penceraian dan memulakan hidup baru, dibuka jalan yang terbentang luas.
Setiap usaha ke arah kebaikan, inshaa Allah ganjarannya tetap ada.
Wallahualam.
– Si Kacak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit