Kenapa Dengan Aku?

Untuk part I, (https://iiumc.com/kenapa-dengan-aku-2/).

Assalamualaikum. Cinta is back.

Aku tengok, opinion korang 50-50. Ada yang support aku, ada yang kecam aku. Okay la tu. Aku pun tulis sini tak harap pun dipublish.

Mekaseh admin :)

Haritu dah janji nak cerita pasal my past, kenapa boleh ada trauma trust issue ni.

Aku seorang anak yang lahir dalam family yang normal. Cuma parents aku ada lalui zaman susah la dalam nak besarkan kami adik beradik.

Jadi memang hidup kami serba sederhana. Tapi rumah aku ada wifi— pada aku yang masih budak waktu tu, kira habis mampu dah tu.

Alhamdulillah, walau sederhana, semua cemerlang dalam pelajaran. Parents aku pun getting better dah, tak struggle macam dulu tapi still bersederhana. Bak kata ayah, beringat sebelum kena.

Nak ceritanya di sini, aku tiada masalah family. I’m a happy kid. Tapi masalah komunikasi aku ni bermula bila aku start kenal orang luar.

1. Sekolah Rendah

Macam aku cakap, aku top student. Tapi bukan beauty with brain. Means aku tak beautiful la. Only got brain. Kawan baik ramai. 10 orang kot. Term ‘kawan baik’ tu pun aku tak berapa paham sebenarnya time tu— tapi siapa ramai kawan baik, dia style la.

Suatu hari, sekolah rendah aku panggil top students / leaders suruh berkumpul kat bilik bacaan. Nak pilih wakil untuk join kem kepimpinan ke suatu pulau selama 3 hari 2 malam.

Aku excited lah sebab yang join nanti daripada semua sekolah di negeri aku, so dapat la jumpa kawan baru kan, lepastu pergi naik bot pulak.

Setiap sekolah hantar dua wakil, jadi aku pergi dengan salah seorang kawan baik aku (yang paling rapat). Lagi lah excited menghitung hari.

Hari kejadian, kami semua wakil-wakil ni kena berkumpul kat satu lokasi dan naik bas sama-sama ke jeti. Dalam bas tu, aku duduk sebelah kawan baik aku dan belakang kami ada dua orang budak lelaki daripada sekolah lain.

Sambil berkenalan tu, mereka dua tengok kawan baik aku dan cakap, “lawa siot”. Tapi bila kat aku mereka cakap, “yang ni pulak, confirm tak kahwin sampai mati”. Satu bas gelak.

Betullah kot orang dok komen tu. Aku memang defensive and super protective of myself. I love myself too much. I won’t let others hurt me.

Time tu memang aku sentap tapi takpalah, menggelabah buat aku nampak lagi lemah. So aku lek lek je. Mantera aku bila aku sedih, “aku kan budak pandai, aku dapat join ni sebab aku satu taraf dengan diorang, don’t let yourself down sis, you are strong”.

Teringinnya nak rasa orang cakap macam tu instead of me talking to myself that way. But it’s okay. Aku diam je sepanjang perjalanan. Tapi kawan baik aku tak.

Seronok dia kena puji dengan budak-budak laki tu sambil gelakkan aku. Tapi dia memang lawa pun. Ala-ala Pakistan muka dia. Cantik. Aku dengan dia sama-sama sportsgirl, sama-sama pandai, sama-sama cikgu sayang. Beza dia dengan aku? Dia cantik, aku tak.

Sebab tu aku rate aku 7/10. Saja la ambik hati sendiri. Kasi la cann. Hehe.

Tapi aku memang sedih sebab bebudak kan, bukan nak tahu benda sangat. Apa kawan cakap itulah yang betul. Kalau kawan cakap kau buruk, memang kau buruk la cerita dia.

Tapi kalau kawan baik sendiri cakap macam tu? Remuk tak hati tu? Rupa paras adalah insecurity aku, sejak peristiwa ini.

Aku decide tinggalkan semua. Kat sini aku salah la jugak sebab sorang je buat aku macam ni, tapi aku tinggalkan semua. Tapi aku sedih.

Salah ke aku sedih? Aku baru darjah 6 waktu tu. Aku tak pernah cerita kat parents aku pasal ni sebab aku taknak diorang sedih anak diorang digelakkan orang.

Balik je sekolah, aku jadi pendiam. Keluar ja result UPSR— dapat 5A, salam cikgu-cikgu, aku cabut. Apply sekolah menengah.

2. Sekolah Menengah

Aku masuk sekolah yang sangat asing bagi aku. Bertudung labuh litup is not me. Aku suka lumba lari dengan anak lelaki jiran zaman darjah 5-6 lepas tu bukak tudung sebab peluh panas. Jadi kejutan budaya sikit waktu masuk sekolah ni.

Again, di sini siapa cantik solehah dia akan dilantik jadi sekian sekian jawatan. Cikgu-cikgu suka. Yelah siapa tak suka kan. Makin lama aku makin okay. Tapi sebab hati pernah terluka, aku taknak berkawan sangat dah.

So-so ja. Aku ada banyak join geng sebab aku kan friendly. Aku suka bergaul. Tapi aku bukan ahli tetap setiap geng itu. Faham kan?

To keep my sanity, aku kekalkan dengan cara aku, join pertandingan, join program, sebab aku rasa benda-benda ni ja nak mengisi kekosongan di hati aku. Aku baik dengan semua orang, sebab bagi aku semua sama saja— semua ok je takdak aku.

Suatu hari, aku sebagai leader sebuah persembahan, ditegur oleh seorang lelaki di Facebook. Budak sekolah aku jugak. “Mantap la persembahan. Hebat-hebat.”, katanya. Aku namakan Adam. Bermula di situ detik perkenalan kami.

Dia jadi kawan baik aku. Aku mana biasa ada kawan lelaki, dia yang pertama. Tapi aku senang masuk dengan dia. My first deep talk I had was with him where I finally showed my vulnerable side to someone.

(Susah sikit nak explain benda ni, korang kata aku self-centered.. tapi aku cuba: When you are used to succeeding in everything you are in, you become competitive and your inner ego won’t show your vulnerable weak side to others.

This is when I said, expectation kills. Killing my humane side where I vow to myself to always show my perfect self to others because I’m not used to dissappointing.)

Okay sambung. Jadi aku pun rasa happy yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku. Rasa lonely sangat walaupun ada ramai kawan di sekeliling aku. He was my soulmate.

Tapi itulah, dia baik sangat pulak. Tinggalkan aku demi agama. Good, but it hurts. Aku pulak took it negatively.

At that point of time, walaupun kawan rapat aku ada la dekat 10 orang, sorang je (perempuan) yang aku maintain friendship sampai hari ini.

Dia pun sebab dia rajin tegur. Aku pun memula tak layan sebab sakitnya nak percayakan orang, tapi lama-lama macam okay pulak dia ni.

Dapat result SPM straight A’s, aku tak berpaling lagi. Apply universiti.

3. Universiti

Aku masuk awal, skip few steps yang sepatutnya for that university. Jadi aku tak ramai kawan satu batch. Maka berkawanlah aku dengan senior. Seronok jadi junior, you are not expected to do well.

You have seniors to look up to. Dekat sini kawan baik aku ada la dalam 6 orang, tapi yang betul-betul sentiasa dengan aku, sorang je. Jadi kami berdua tak ada kenalan nak jadikan groupmate dalam batch kami.

Semua dah ada geng sendiri. First year kami group dengan strangers. Bila tengok presentation kami berdua outstanding, senior-senior tadi mula menyapa nak berkawan.

Seronoknya kena approach, orang nak kawan dengan kita. Ajak keluar lepak, ajak pergi trip. Seronok sangat. Oh macam ni berkawan rupanya. Perasaan bila orang nak kita ada dalam group diorang— fuh kembang semangkuk. Sampailah suatu hari…

Presentation day.

Aku dan kawan baik aku dah bahagi tugas untuk semua orang. Perfectly planned presentation. InsyaAllah it’s going well.

Tiba-tiba sorang tak dapat hadir terlajak tidur. Okay lah fine. Aku cover. Sorang tak dapat dihubungi. Okay lah kawan baik aku cover. Sorang lagi? Tak prepare apa-apa pun part dia. Allahu.

Teruk kami dimarahi lecturer pada hari itu. “This is the worst presentation ever!”

Sejak itu aku jadi trauma. Padahal semua senior yang baik dengan kami tu. Next assignment, aku decide, kita change group. I’m not going to tolerate this kind of attitude.

Merayu la diorang nak masuk group aku. Menumpang effort aku dan kawan baik aku? Yes I’d say so. Merayu nak nota-nota study kami sebab tak sempat nak buat nota sibuk keluar lepak. Berlagakkah aku tak nak bagi, bila mereka memang tak put effort untuk berjaya?

Last sekali, sorang senior aku kantoi meniru dalam exam sebab selama ni dia harapkan aku ajar dia setiap kali exam. Kali ni aku dah tak nak dipergunakan, jadi aku jarakkan diri. Aku rasa disgusted dengan manusia. Ya Allah.

Aku jumpa ramai orang baik, tapi yang stick dengan aku, orang macam ni. Mungkin Allah SWT nak ajar aku sesuatu. Apapun, aku dan kawan baik aku tu, sampai sekarang kami masih contact each other, cuma sebab duduk jauh, aku pun takde la share everything dengan dia.

Friends count: 2 (1 menengah, 1 uni)

4. Alam Pekerjaan

First company is company A. Owned by Chinese dan staff mostly Chinese. Waktu tu aku fikir satu je. Allah SWT nak letak aku dengan suasana baru nak bagi aku rasa hidup ni ada indahnya juga.

Aku diuji dapat senior suka memaki. Okay lah kan. Tahan je lah telinga. Tapi pelik, hari-hari balik kerja aku nangis. Aku tak okay rupanya.

Aku top performer, jarang buat salah— still kena maki, kena pijak dengan senior sendiri, kena buli buat kerja, kena cop salah sedangkan semua tahu salah siapa, dan macam-macam lagi yang buatkan aku resign daripada situ untuk ketenangan minda.

Aku baik dengan semua orang (walaupun ada yang komen kata mungkin sebab aku ni jenis suka cakap tinggi/besar). Tapi itulah realitinya, aku baik dengan semua orang. Apparently, that’s not a good trait to have sometimes.

Company B. Okay la sebab semua Melayu. Tapi Melayu ni pulak, penuh hasad dengki. Memula macam tak percaya, tapi betullah lama-lama.

Kat sini aku seronok sangat bekerja, sampai lah ada yang mula dengki sebab bos selalu cari aku. Aku pun jadi tawar hati. Sebab bila aku sayang, sayang aku memang ikhlas.

Takdak barrier. Sebab tu bila aku terluka, sakitnya tu nampak over sangat. Aku bawak diri. Kebetulan tempat kerja aku sekarang ada offer aku jawatan tetap.

Aku beralih ke tempat kerja C. Dipenuhi Melayu jugak. Sini lagi pedih. Tapi for now, aku cuba lah bertahan dulu. Doakan aku ya. :)

5. Percintaan

Hmm aku berat sebenarnya nak bukak cerita ni sebab taip je aku nangis. Kan aku buruk. Tapi bila orang kata orang suka aku, terharu tu taktau nak habaq la.

Aku buruk pun ada yang suka. Happy, terharu, sedih, gusar, senyum, bimbang, tenang. Always complement people randomly ok. You never know how it really made their day.

Cinta pertama, Adam. Aku dah cerita tadi jadi kita skip la ya.

Kedua, someone yang aku kecewakan sebab aku masih tak boleh move on dengan Adam. Dia Ali. Teman tapi mesra tempoh peralihan lepas SPM dan nak masuk uni. Apa khabar, awak, Ali? Maafkan saya.

Ketiga, let’s name him Abu. Dia cakap dia suka aku sebab pekerti. Kenal zaman universiti. 5 tahun dengan dia. Kami pula berasal daripada negeri yang sama.

Aku pun suka sikap dia sebab dia a bit different from others. Cara dia, tak macam typical orang aku jumpa. Dia macam… aku nampak aku dalam dia. Gitula.

Lama kami kenal. Cinta buta betul. Nasib dia tak baik, selalu sekumpulan dengan bebudak laki yang tahpape. Aku kesian, aku carry beban assignment aku dan assignment dia.

Aku mintak dia bagi isi apa dia nak tulis, aku buatkan. Aku paksa dia join event macam-macam. Aku paksa dia apply scholarship itu ini. Aku paksa dia apply job itu ini.

Begitulah lima tahun aku. Disebabkan aku naik cepat, aku grad dulu. Dia lambat satu sem. Tapi konvo aku dia tak datang. Aku taktau dia pergi mana. Aku nak kenalkan dia dengan parents aku. Dia hilang tak dapat dihubungi hingga hari ini.

Korang. Adakah…. aku dipergunakan lagi?

But it’s okay.

I’ll be fine, as always.

Aku percayakan Allah SWT. Aku percayakan diri aku. Aku percayakan parents aku. Aku percayakan family aku. Cukup aku ada itu dulu. Aku ada dua kawan yang aku boleh anggap kawan lagi.

Yang lain tak tahu dah macam mana status persahabatan kami. Terima kasih dua kawanku yang masih rajin check up keadaan aku. Aku sayang korang. Sorry tau. Aku tak reti nak tunjuk.

Untuk jodohku. Jika kau benar-benar ada. Hadirlah. :) aku sunyi.

Bye korang.

Thanks sudi baca.

Maaf atas salah silap aku.

Take care.

Ciao.

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *