Kenapa Dengan Aku? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kenapa-dengan-aku/).

Terima kasih kerana siarkan cerita aku yang sebelum ini. Aku dapat banyak kata semangat dan nasihat. Mungkin ini yang terakhir aku luahkan sebab aku rasa berdosa pula ceritakan tentang orang lain. Dan mungkin akan panjang kisahnya.

Sebulan setengah selepas bersalin, habis pantang, aku masih sama berperang emosi. Suami memang dari awal perkahwinan penting tidur. 2 minggu dia bercuti aku bersalin, aku selalu je bagitahu dia aku penat, aku stress memang aku luahkan sambil nangis tapi tetap sama, tidur mendahului segalanya dan dia tak buat apa2 pun. Sambil duduk pun boleh tertidur.

Aku ada bagi dia uruskan anak kerana pergerakan aku terbatas akibat jahitan terbuka dan aku nak cepat sembuh. Tapi disebabkan caranya kasar, ibu aku akhirnya akan marahkan aku, bebel depan aku sebab percaya sangat bagi suami aku uruskan anak. Tapi memang betul, caranya kasar sebab bila aku minta mandikan anak, hampir terlepas anak dari tangan.

Kebanyakan malam anak aku akan menangis teruk dan pernah satu malam, aku gerakkan suami supaya tolong tenteramkan anak sebab aku penat sangat. Dia hampir terlepas anak dari pegangan sewaktu dodoikan sambil berdiri kerana tertidur.

Bukan sekali dua berlaku dan itu membuatkan aku tak percaya langsung untuk beri suami uruskan anak. Suami aku tak dapat nak kawal sikap tidurnya. Walaupun ada malam aku gerakkan dia untuk buat susu anak, tapi akhirnya aku dimarah sebab ganggu tidurnya. Aku terus makan hati.

Tentang jahitan terbuka, aku ada guna gel yang dicadangkan dan aku sentiasa komitmen nak jaga supaya cepat pulih dapat uruskan anak tanpa harapkan orang. Juga supaya cepat aku dapat balik rumah aku sendiri. Tapi ibu aku seperti biasa, dia tak suka bila aku komitmen sangat menjaga jahitan terbuka tu sebab bagi dia aku terlalu beria dan orang dulu ok je tak ada apa.

Akhirnya aku jadi putus asa nak menjaga, sakit jahitan terbuka aku rasa tapi aku diamkan aje dan buat kerja macam biasa. Tentang susu badan, aku pernah pam dalam pantang tapi hasilnya sedikit dan ibu aku terus perlekehkan aku sebab beria nak bagi susu badan kepada anak tapi tiada susu. Aku banyak berdiam walau apa pun ibu aku cakap sebab kalau aku cuba luahkan rasa atau cakap apa2, mesti aku akan kena balik.

Disebabkan aku berada di daerah yang asing dan tak kenal siapa2, jauh dari keluarga sendiri dan mertua, sebab tu aku balik kampung untuk berpantang. Tambahan pertama kali, aku tak pandai. Aku bercuti bersalin 3 bulan, dan 1 bulan setengah selepas aku bersalin, ibu bagi hint supaya aku balik kerumah sendiri.

Masa tu situasi aku 50/50 nak balik sebab aku tahu emosi tak stabil, nak harapkan suami ternyata tak membantu, jahitan tak pulih lagi. Tapi nak duduk lama dikampung, aku dah tak betah tertekan. Aku balik juga kerumah dengan amik risiko emosi tak terkawal, tekanan yang melampau dengan sakit jahitan masih tak sembuh.

2 minggu selepas balik rumah, aku bagai nak gila. Suami yang balik kerja, tetap pentingkan tidur. Aku sorang uruskan anak. Kalau ikutkan orang dulu, anak aku ni macam kena “sawan tangis”. Asyik menangis, serba tak kena, “high demand”. Suami aku tak buat apa-apa. Jiran2 sebelah rumah selalu tanya kenapa anak kuat nangis. Ada jiran aku yang pandai berubat datang rumah nak tengok anak tapi katanya tak ada apa-apa. Aku pun selalu bacakan surah untuk anak aku.

Dalam kekusutan aku uruskan anak, satu malam aku terjaga dari tidur tengok suami tiada disebelah. Aku pergi ke dapur tapi aku ternampak suami aku tengah ambil benda haram dalam satu bilik yang lain. Luluh hati aku. Sungguh aku terasa hidup aku tersungkur. Aku tak tahu samada “ice” atau “shabu”.

Aku pergi kat dia, aku ambil peralatan tersebut, aku ugut aku nak mintak cerai dari dia. Aku taknak anak aku tahu bapa dia penagih. Sedih aku rasa, susah payah nak dapatkan anak, Allah dah bagi. Tapi datang pula masalah ini. Aku minta pada suami alat tersebut tapi benda haram tu tak ada, aku tanya mana, suami aku kata dah habis.

Esoknya aku geledah bilik tu akhirnya aku jumpa barang haram tersebut. Suami aku tipu aku kata dah tiada. Aku menangis lagi, dalam hati aku, kenapa aku diuji macam ni. Kuat ke aku untuk ujian ni sebab aku rasa aku tak kuat. Aku memang rasa luar kewarasan nak bawa anak aku terjun sungai. Aku kesian kat anak aku, dilahirkan dalam keadaan yang tiba-tiba makin huru-hara. Stress memuncak.

Nak dipendekkan cerita, aku bagitahu seluruh keluarga mertua dan keluarga aku tentang suami aku ambil barang haram tersebut. Aku bagitahu sebab bagi aku, otak suami aku dah tak dapat fikir dengan baik bila ambil barang haram tersebut. Andai kata sesuatu terjadi pada aku dan anak.

Keluarga mertua aku mula buka cerita tentang kisah2 suami aku dulu yang aku tak tahu dan diaorang juga membuat andaian mungkin aku banyak kali keguguran disebabkan itu. Kesedihan aku bertambah, aku muka mengenang nasib aku yang malang.

Aku terpaksa berhenti kerja secara mengejut tanpa simpanan yang cukup. Suami aku pula dulu jarang bagi nafkah sebab aku bekerja. Adik beradik suami aku, suruh aku pulang ke kampung untuk bawa balik suami. Mereka nasihatkan supaya suami aku masuk pusat pemulihan sukarela dan aku disuruh pulang ke rumah keluarga. Aku sebenarnya taknak pun balik ke rumah ibu ayah sebab aku tahu perangai ibu aku macamana.

Aku tak ada pilihan, sebabkan aku tak ada sesiapa lagi untuk berpaut , aku kembali pada keluarga. Ini juga demi anak aku, sebab sepanjang tempoh selepas aku tahu suami aku ambil benda haram tu, tekanan aku terlampau-lampau. Pernah aku nak cekik anak aku, dan pernah aku dan suami bergaduh sampai suami nak lemparkan anak kami.

Jadi supaya tak jadi apa-apa buruk untuk anak aku, aku kena balik. Ayah aku suruh aku balik bawa bersama suami. Tak perlu masukkan suami aku dlm pusat pemulihan sebab ayah aku nak pantau dulu. Lagipun demi anak aku dan demi rekod baik suami aku untuk cari kerja lain.

Suami aku pun kena berhenti kerja untuk ikut aku, semua tak bagi aku biarkan dia sorang supaya tak jadi lebih teruk. Tapi aku dah tawar hati. Kenapa kami tak balik ke kampung suami? Sebab suami aku dapat barang haram dari kawan di kampung.

Patutlah sebelum ini kalau balik kampung mertua, aku selalu ditinggalkan suami sendiri dan dia akan melepak dengan kawan sampai pagi. Dan patutlah ibu mertua aku dapat meneka apa yang suami aku buat waktu kakak ipar aku ingin menceritakan tentang suamiku. Aku rasa serabut, rasa tertipu.

Sekarang hidup aku masih serabut. Aku tak ada masa nak pergi hospital untuk check depression sebab tak ada orang nak tengokkan anak. Nak hantar orang, aku tak ada duit sebab sekarang duit penting untuk beli barang anak.

Suami memang aku tak harapkan sebab dia tak nak memberi, bagi dia, aku yang buatkan kerjaya dia hancur sedangkan dia tak fikir kerjaya yang aku bina turut hancur. Susah2 aku belajar tinggi2, hutang sana sini supaya dapat kerja bagus, tapi hancur macam tu saja oleh orang yang baru 6 tahun aku kenal dalam hidup. Lagipun ibu aku tak percaya tentang depression, seabb baginya orang macam ni cetek iman.

Kadang2 aku menangis sendirian, nak luah pada siapa? Suami tak membantu, emak tak memahami, ayah pula aku tak percaya.

Aku tertekan sebab masih tak dapat kerja walau banyak dah aku mohon mungkin sebab umur 30an dan ada anak kecil. Aku kesian anak aku, masa depan dia. Alhamdulillah, aku masih jaga solat, cuma kadang2 aku jadi pertikaikan juga nasib aku. Aku tetap tanya kenapa mesti uji aku macam ni. Suami aku pula seperti salahkan aku nasib kami jadi tak berduit seperti ini sebab sekarang dia kerja gaji kecil.

Doakan semoga aku terus kuat demi anak. Moga aku dapat pekerjaan dan sumber pendapatan yang halal dan melimpah ruah supaya andai kata terjadi sesuatu pada perkahwinan ini, aku dapat tuntut hak penjagaan anak aku dan membesarkn dia dengan sempurna.

Aku tak pandai nak berniaga sebab aku tak ada apa2 kemahiran. Dulu aku pernah nak ambil kelas kemahiran tapi ibu aku selalu kata membazir. Doakan juga suami aku berubah. Semoga aku sentiasa sihat dan dapat keluar dari kesulitan ini.

Oh yea, aku dah masuk group bf dan lagi satu, aku rasa cukuplah anak aku satu dulu setakat ni sebab bersalin bagi aku tak sakit, tapi yang sakit adalah masa pantang dan emosi terutama bila tiada sokongan.

Maaf panjang, terima kasih membaca dan aku akan terus ubati hati dan diri.

– Bali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *