Hi semua. Terima kasih sudi siarkan coretan saya (jika tersiar lah). Saya ada cerita untuk dikongsi, luahan hati saya.
Semua komen sama ada membina atau tidak, nasihat atau cacian adalah sangat saya hargai. Mungkin saya perlukan POV dari orang lain jadi saya dahulukan semuanya dengan ucapan terima kasih.
Saya Nenas09, berumur 28 tahun. Menetap di sebuah bandar adalah dalam dua tahun atas urusan kerja dan keluarga. Sedikit latar belakang, saya sangat introvert dan naturally saya tak ada kawan di bandar ini. Sehingga lah saya berkenalan dengan Abdul, berumur 30.
Niat saya memang hanya untuk mencari teman, sekiranya serasi boleh la dibawa ke langkah seterusnya. Niat Abdul pula memang dari awal dia luahkan ingin menjadikan saya sebagai isteri.
Dia seorang yang baik, boleh dikatakan dia banyak menjaga saya. Cuma satu saya kurang berkenan, dia kasar. Sangat kasar, jauh beza dengan saya yang lemah lembut dan sopan.
Tapi disebabkan saya tiada kawan lain saya teruskan berkawan dengan dia. Dan dia juga tone-down sedikit kekerasan dan kekasaran dia untuk terus berkawan dengan saya. Lama lama saya jatuh hati dengan dia.
Saya tahu silap saya buka ruang untuk dia. Sedangkan dari awal saya pernah terfikir bagaimana kehidupan kami sekiranya kami bergerak serious dan sekiranya berkahwin, sudah tentu bagaimana sifat dan sikap Abdul, begitu juga lah keadaan keluarganya.
Masa berlalu, kami masih bercinta, saya betul selesa dengan Abdul, kami bahagia. Walaupun ada tingkah nya yang buat saya baran, tapi saya tetap sayangkan dia dan cuba mencari jalan untuk terus bersama.
Dia juga sabar dengan sikap saya yang ada kala sukar untuk terima perangai tidak bijak dia. Proses pengenalan kan memang lah begitu.
Sampai satu saat dia bawa saya ke rumah keluarganya untuk berkenalan. Jujur saya katakan saya tak selesa di rumah “bakal mertua”. Sangat berbeza dengan keadaan kebiasaan saya.
Di rumah saya, semuanya teratur, senyap dan semua orang berbahasa dengan lembut. Tapi beza dengan keluarga Abdul. Saya akui hubungan mereka terlihat lebih akrab dan mesra. Tapi mereka kasar, bagaimana Abdul begitulah keluarganya. Sangat kasar sampai saya culture shock.
Jujur saya tak selesa. Tapi saya diamkan sebab saya fikir this is normal, baru belajar nak masuk keluarga orang lain kan. Tak apa relax dulu, cuba biasakan diri.
Kemudian setelah beberapa bulan saya ambil kesempatan lagi untuk ziarah keluarga Abdul, alang alang saya outstation dan Abdul pun berada di negeri asalnya. Sekali lagi saya tak selesa, culture shock (again) dan saya rasa bingit dengan keadaan rumahnya.
Kali ini ditambah dengan terasa hati kerana saya berasa seperti tunggul dan tidak disenangi. 3 jam saya berada disana, soalan yang diajukan kepada saya hanyalah apabila saya meminta diri untuk pulang ke kampung saya pula.
Sekembalinya saya ke tempat asal saya, saya suarakan kepada Abdul yang saya tak selesa. Saya tak suka dengan keadaan yang hingar bingar seperti itu dan saya seperti tidak disenangi di sana. Dia marah dan mengatakan saya tak boleh terima keluarganya.
Long story short, kami berpisah. Ketidakselesaan saya adalah salah satu punca. Saya tak mahu sampai ke tua rasa stress yang tak perlu macam ni.
Tapi jujur saya katakan saya masih sayang dan saya rindu Abdul. Kenapa Tuhan hadirkan rasa sayang sekuat macamni saya pun tak tahu.
Saya akui memang salah saya yang beri ruang untuk hadir perasaan sebegini sedangkan dari awal saya sudah tahu kita tak serasi.
Tapi.. there are parts of me yang rasa, this is small matter, benda boleh settle, benda boleh bincang. Saya ada juga katakan pada Abdul, kita cari jalan untuk dua dua pihak senang, tapi dia ambil jalan yang mengatakan kalau dia mahu saya, dia kena buang keluarganya.
Saya tak mungkin begitu. Saya tak akan jadi punca hubungan anak dengan keluarga renggang. Saya perempuan, saya tahu batas saya.
Saya minta maaf luahan ni panjang, dan maaf juga penulisan saya tidak sebaik orang lain. Saya hanya ingin meluah. Saya harap ada dikalangan pembaca yang boleh meninggalkan komen agar saya boleh belajar lagi daripada POV lain.
Terima kasih.
Insan tersakiti dan disakiti,
– ciknenas09 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak buat benda yg betul… Sebelum kahwin dah bnyk makan hati, dah kahwin nanti lagila menjeruk rasa. Abdul x salah, cuma korang x serasi.
Skrg ni awak rasa sedih sebab awak rasa Abdul je la satu2 nya lelaki kat dunia ni.
Awak pun muda lagi, ramai lelaki yang nak.
Luaskan circle awak, bnykkan jumpa orang. Insya allah, awak x kan menyesal.
bagus la dah putus. buat apa nak teruskan kalau tak selesa dengan keluarganya. awak kena rasa selesa dengan keluarga bakal suami dan pastikan mereka terima awak. Sebab bila dah kahwin, kalau berlaku masalah dengan suami, awak tak rasa kesepian. sekurangnya keluarga dia faham dan sayang awak