Kenapa Dengan Mak Aku?

Assalamualaikum semua. Ini pertama kali aku confess kat sini jadi biar aku kenalkan diri aku dulu. Aku Ms. Cat berumur lewat 30an, belum berkawin dan menetap di selatan tanahair. Aku ada sorang kakak, sorang abang dan aku adalah anak yang bongsu. Kakak dgn abang aku dua2 dah kawin.

Terlalu banyak konflik dalam keluarga aku sebenarnya tapi untuk kali ni aku fokuskan kisah tentang mak, ye..mak aku. Aku menulis bukan untuk mengaibkan family aku apatah lagi mak yang aku sangat sayang. Satu2nya mak yang aku ada dalam dunia ni, cuma aku mahu kisah ini dinilai dan dijadikan tauladan untuk kita semua. Besar hati aku kiranya pembaca sekalian dapat memberikan pandangan dan jalan yang terbaik apa yang harus aku buat. Cerita ni agak panjang yelah berpuluh tahun punya pendam tapi aku akan cuba ringkaskan sependek yang boleh.

Bermulanya mak aku ni nampak macam mak yang normal pada pandangan orang luar. Tapi pada kami sekeluarga, mak bukan biasa2. Apa yang aku ingat sejak aku darjah 4 ke 5 hubungan mak dengan abah aku dah tak baik. Sebab tu akulah anak yang terakhir keluar. Diaorang ni selalu sangat bergaduh, bertengkar, caci maki, ms tu aku ingat lagi sampai abah aku nak keluar dari rumah. Puncanya mak aku cemburu buta. Tapi sampailah sekarang mereka masih bertahan sebab aku tengok abah aku banyak ignore je, dah tua2 malas dah nak gaduh. Abah aku sangat sabar, tapi kadang2 sampai satu tahap aku fikir abah aku ni dah jatuh dayus. Dayus sebab mak aku berkuasa penuh dalam rumah ni. Dari segi membuat decision hinggalah bab perbelanjaan. Abah aku bekerja sorang, mak aku suri rumah sepenuh masa. Ha..tu baru mukadimah.

Apa yang pelik mak aku ni..banyak sangat. Mak aku memang tak suka abah aku dari aku kecik. Suka tengking2, marah2, semua jadual hidup abah aku dia arrangekan. Sampai ke masjid pun dia cuma benarkan hari jumaat, terawih, sembahyang raya. Tu je..yang lain semua solat kat rumah. Abah aku ni gigih sebenarnya nak berjemaah, yelah umur dia bukan muda lagi. Kesiankan..

Bilik mak abah aku memang dah lama asing. Abah aku dapat bilik paling hujung dapur, tak de lampu. Dia suruh abah aku solat kat rumah, abah aku solat dalam gelap. Kadang2 mengaji pun pakai touch light, bayangkanlah kejamnya mak aku ni.

Makan abah aku memang mak aku masakkan, tapi dia asingkan awal2. Dia tak kan bagi abah aku makan sama dengan anak2. Abah aku akan makan sorang2 kat meja dapur bahagian luar. Aku sekali sekala balik nak sangat rasa makan satu family. Bayangkan bulan puasa pun sama, kami makan kat dalam ramai2 tp abah aku kat belakang sorang2. Anak2 tak de sapa yang berani bangkang sebab mak aku ni kalau ditegur lagi2 kalau pasal abah aku jawabnya, kau gali kubur tanam diri sendiri. Benda ni dah berlanjutan berpuluh tahun. Jadi kami cuba pujuk hati biasakan diri..

Lagi satu mak aku punya panas baran lain macam. Kalau ada yang dia tak puas hati, pinggan pun boleh terbang, pintu, tingkap semua dia hempas. Caci maki ni makanan kami dah. Kakak aku pernah pindah duk dengan mak aku ni, tapi tak boleh sabar sampai dia pindah kat tanah mak mertua dia. Alhamdulillah sekarang aku tengok dia dah bahagia. Abang aku pulak memang duk rumah sama dengan mak aku ni tapi abang aku bijak sikit dia pisahkan rumah atas dengan bawah. Jadi dia tak share rumah, so kurang sikit tekanan. Aku ni pernah lepas kakak aku merajuk pindah, aku kesian dengan mak aku. Jadi aku buat keputusan yang salah, berenti keje dan pindah duk sekali untuk temankan dia. Aku rasa aku ni paling sabar dalam 3 beradik ni tapi aku terima nasib yang sama. Masa mula2 pindah ok sebab masa tu aku ada simpanan jadi tak harap duit dia. Tapi lama2 aku dah kering duit. Keje pulak tak dapat2 lagi, mak aku dh mula mengungkit2 yang tak best dia suka mengata anak menantu kat jiran2. Ada makcik bawang depan rumah ni mengadu balik pada kami anak2 ni.

Aku bukan tak pernah rujuk benda ni kat orang2 tertentu, dah banyak tempat aku pegi. Jawapan semua sama..mak aku ada saka. Saka tu yang kawal mak aku ni..aku berubat macam2 tanpa pengetahuan mak aku tapi masih Allah belum bagi jalan. Ha…cite pasal saka ni aku jadi seram. Saka tu macam ada communicate dengan mak aku kalau anak2 dia ada buat something. Senang cite dia tau orang ubatkan dia..silap2 aku tengah tulis ni pun saka tu tengah baca sama..ishhh.

Ha..mak aku panggil, bukan sebab saka ok tapi sebab ada orang datang beraya. Insyaallah, ada masa Ms. Cat sambung lagi…

-Ms. Cat yang suka kucing-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *