Hi, nama aku Hana. Aku ada satu cerita tentang L yang aku kenal di laman website yang agak terkenal. L ni ada hantar aku satu mesej untuk berkenalan.
Dia mula minta instagram aku dan kami pun bertukar instagram dan mula bermesej di whatsapp.
Awal-awal lagi dia mesej aku, dia ajak berjumpa dan katanya nak pergi panggung wayang tapi dia tanya boleh tak nak pegang tangan? Lepastu dia tanya boleh ke nak kiss?
Aku cakap lah tak boleh.
Dia pon diam lama juga. Kemudian kami bermesej lagi, dia ajak aku untuk pergi check in hotel dan dia tanya boleh kah nak ambil dara aku kalau bermalam sekali.
Aku rasa nak marah tapi aku rasa seperti dah kena hina macam tu sekali dia downgrade aku. Aku bukannya pelacur kalau dia nak bertanya macam tu.
Untuk pengetahuan korang, L ni seorang graduate dari university dan dia ada menceritakan yang dia ni kerja besar sebagai software engineer dan dia seringkali beritahu berapa gaji dia sebulan untuk membuatkan aku bercakap dengan dia.
Dia cakap nak kahwin dengan aku tapi kena berjumpa dahulu. Aku tolak permintaan dia untuk keluar pergi check in. Aku memang terkejut dan rasa sangat takut sebab dia minta nak check in selama 3 hari maksudnya 2 malam.
Aku memang tak pernah buat kerja macam ni jadi takut dan seram tu masih aku rasa sampai sekarang.
Lepas pada itu, aku dah mula attached dengan dia sebab dia mula caring dengan aku. Dia call aku malam-malam dan selalu balas whatsapp aku walaupun dia tengah bekerja. Aku pon dah terbiasa whatsapp dia dan aku selesa macam tu jadi setiap hari aku akan whatsapp dia.
Tapi aku ada satu rasa yang dia ni mungkin ada girlfriend sebab kalau dia tak ada girlfriend, kenapa dia nak ajak aku check in? Macam dia nak jadikan aku pelacur peribadi dia. Walhal, dia ada girlfriend yang dia hormat dan tak jadikan pelacur peribadi.
Disebabkan aku dah mula suka dia, aku pon ada bertanya kawan dia yang dia pernah tag di instagram, aku tanya sama ada dia dah berpunya atau belum tetapi kawan dia cakap dia hanya busy kerja.
Kawan dia tak ada cakap dia ada girlfriend. Bila saja dia tahu bahawa aku ada bertanya kawan dia, terus dia marah kan aku kenapa kacau kawan dia.
Aku pon pelik kenapa dia marah kan aku tiba-tiba disebabkan aku hanya bertanya macam tu dengan kawan dia. Dia cakap dia tak suka dan dia mula block aku di instagram.
Aku pon tanya dia kenapa marah kan aku sebegitu sedangkan sebelum ni dia layan aku lembut sekali.
Dia cakap sebab aku push dia untuk berkahwin dan aku push dia untuk datang jumpa family, aku memang push dia untuk datang jumpa parents aku sebab aku risau kalau terjadi apa-apa antara kami sebab dia pun selalu ajak check in.
Dia tak nak datang sebabnya dia cakap dia busy, mungkin lain waktu. Tapi disebabkan aku terlalu push dia, dia terus jadi taknak datang katanya. Aku pon minta maaf banyak kali tapi dia tak hiraukan aku.
Aku pon sedih sebab macam tu ja dia nak tinggalkan aku. Aku tak boleh move on sebab aku dah mula attached dengan dia walaupun kami hanya contact dengan whatsapp dan call sahaja.
Tapi semua tu selama 4 bulan akhirnya berakhir macam tu ja.
Di instagram dia selalu tunjuk kebaikan dia dekat family dia, dia selalu belanja kakak dia, hadiah kan wang untuk mak dia dan sebagainya jadi aku yakin dia sebenarnya seorang yang baik walaupun dia macam tu dengan aku.
Tapi semuanya dah berakhir. Last aku mesej dia tu dia cakap aku gila dan nak report polis sebab mengganggu privacy dia, aku rasa sangat sedih sebab aku pernah maafkan sikap dia yang kurang ajar dengan aku waktu dia selalu ajak check in dulu tu.
Dalam call pun dia ada cakap benda-benda lucah dan ajak aku untuk check in tapi aku maaf kan saja.
Lepas pada tu, aku ada tanya aiman azlan dekat instagram, boleh tak kita bertanya dekat boss atau kawan dia tentang orang yang kita suka tu, aiman azlan cakap boleh sebab boss tu kenal dia,
Konsepnya sama seperti company baru yang contact company lama untuk tahu tentang kita. Tapi dia terlalu marahkan aku sebab dia kata tu bukan kawan dia tapi boss dia jadi aku dah jatuh kan imej dia dekat boss dia bila aku tnya dia ada girlfriend ke tak.
Last mesej jugak dia ada cakap dekat aku yang aku ni melebih- lebih dengan dia padahal dia dari awal melebih- lebih dengan aku dah seperti suami isteri ajak check in bagai.
Dia kata kalau nak berkawan lagi boleh tapi jangan melebih-lebih, aku pon minta maaf lagi dengan dia.
Bila aku tnya boleh tak nak mcm dulu, dia cakap taknak dia cakap dah jumpa girlfriend baru dan dia bagi tau ex dia semua tak macam aku pon, tak push dia, girlfriend baru dia pun tak spam mesej macam aku.
Aku sebenarnya spam mesej sebab aku rasa takut dengan dia. Jadi nervous aku tu aku selalu spam mesej panjang- panjang bila bermesej dengan dia. Kalau dengan orang lain aku tak macam tu pon. Aku bagi tau dia macam tu tapi dia still tak nak terima.
Dia kata dah jumpa girlfriend baru dan dah tunang dan dah nak berkahwin dah. Aku pun ucap tahniah. Last mesej dia, di whatsapp dan dia pon block aku.
Sekarang ni aku tak faham kenapa lelaki ni yang nak marah aku kalau dia yang bersalah.
Aku cakap kalau dia nak saman aku sebab aku ganggu privacy dia, aku boleh saman dia sebab dia banyak kali ajak aku check in, tapi dia kata dia juga screenshot mesej yang aku ajak dia check in dan dia pon nak saman aku sebab tu,
So aku bagi tau sebab aku tanya tu adalah sebab nak test dia semula selepas dia marah aku, adakah dia still bernafsu macam dulu, dia memang tolak aku ajak check in sebab dia kata berdosa.
Dia tiba-tiba berubah jadi baik sejak aku ajak dia datang rumah tu. Dia dah tak nak check in.
Dia explain dekat aku dia kata dia tak pernah ajak perempuan check in.
Dia kata kalau dah terpegang seorang perempuan tu dia akan bertanggungjawab dan kahwin dengan perempuan tu tapi dia marah aku kenapa dia nak kena datang rumah aku, jumpa aku pon belum,
Dia belum pernah pegang aku lagi so aku tak boleh push dia untuk datang rumah atau kahwin dengan aku.
Aku pon tergelak kecil. Apa nak jadi pon jadi lah. Aku rasa aku dah usaha habis untuk berjodoh dengan dia tapi dia yang tak nak.
Sebab-sebab dia tinggalkan aku tu sebab tu lah, sebab aku push dia datang rumah, sebab aku tanya boss dia tentang dia dan dia pun dah bagi warning sebelum dia block aku yang dia nak report polis bagai.
Aku cuma cakap aku baik dengan dia, kenapa nak report polis. Aku pun tak faham. Dia pun cakap tak nak report sebelum dia block aku. Habis semua social media dia block aku.
Takpelah aku redha je lah, walaupun aku mintak nak berkawan je dan dia pon cakap nak berkawan ja dengan aku tapi akhirnya dia sendiri yang block aku dekat semua tempat. Dia cakap aku tak matang dan sebagai nya.
Korang yang baca confession ni boleh tolong aku bagi tau kat mana silap aku? Confius betul dengan apa yang terjadi.. terima kasih.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit