Assalamualaikum. Sebelum tu aku kenalkan sikit background aku. Nama aku zakwan (bukan nama sebenar). Tinggal di utara tanah air. Umur 27 tahun dan masih mencari calon isteri.
Ada 6 adik beradik. 3 kakak yang sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya di rumah suami. Adik aku masih belajar dan abang aku sibuk dengan kerjayanya.
Tujuan aku buat confessions ni kadang-kadang tertanya juga kenapa kebaikan yang aku buat sekarang ni masih belum terbalas, sebaliknya menjadi beban kepada aku.
Dulu aku belajar dekat sebuah universiti terkemuka dekat KL. Sejak ayah aku sakit, aku buat keputusan untuk berhenti.
Aku pun macam menyesal kenapa aku berhenti. Padahal tanggungjawab menjaga ibu bapa ni bukan aku sorang ja patut pikul, tapi menjadi tanggungjawab semua adik beradik.
Ayah aku tak bersetuju pada awalnya aku berhenti belajar, tapi memandangkan aku pun time tu dah malas nak belajar. Aku buat keputusan untuk berhenti.
Sepanjang aku berhenti belajar, aku buat la kerja sampingan macam jual insurans dan sebagainya.
Pada awalnya memang parents aku tak bersetuju untuk aku berhenti belajar, tapi bila dah lama, parents aku macam bersyukur pula ada aku kat rumah. Sebab aku ja yang ada masa hantar dan ambil aku masa sakit.
Lepas ayah aku meninggal, aku sambung study dekat universiti dekat dengan rumah aku. Family aku dekat rumah tinggal aku dan tok aku ja. Mak aku dok jaga tok aku.
Time aku belajar struggle gila. Pagi pergi kelas, petang berulang balik rumah dekat 40km pergi dan balik. Aktiviti persatuan apa memang aku jarang masuk. Alhamdulillah graduate juga.
Aku sebenarmya dilemma. Antara nak kahwin vs family dan kerjaya vs family.
Seriously talk, aku memang nak kahwin sebab rasa terseksa zahir dan batin. Jiwa rasa kosong dan perlukan isteri. Tapi kadang-kadang kesian pula kat mak aku.
Kalau aku kahwin, mak aku akan tinggal bersama tok aku dan jaga tok aku yang dah uzur. Mak aku pula bukan larat sangat. Kalau aku tak kahwin, aku pula yang terseksa batin. Tambah dosa tengok awek orang, bini orang.
Entahlah, dilemma. Tanggungjawab jaga mak aku ni bukan aku sorang ja. Tapi tanggungjawab semua.
Mak aku pula tak nak susahkan anak-anak dia yang lain. Tapi susahkan aku. Aku nak kahwin. Mak aku pula mengharapkan aku tak kahwin dan jaga dia. Tolong bagi pendapat.
Kalau ikutkan aku memang nak kahwin, tapi pendapatan dengan kerja yang flexible tak memberikan pulangan yang lumayan.
Pendapatan aku sekarang dalam RM2,000 ke RM3,000. Nak kahwin rasa tak cukup nak tanggung nafkah isteri. Harap ada yang dapat bagi pendapat
– Zakwan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit