Kenapa Guru Bersara Awal

Saya rasa takde lah awal sangat kalau umur 56. Sebab:

1. Dinamik.

Tak ramai guru yang boleh mengekalkan momentum dinamik ni. Sebab bila dah makin berusia, makin tak nak berubah.

Ramai juga yang hanya ‘chalk and talk’. Sedangkan zaman berubah. Tidak kurang juga yang selalu menggunakan perkataan ‘saya dulu…’. Dulu tak sama dengan sekarang ya.

Zaman berubah, manusia berubah, Pendidikan juga harus seiring dengan perubahan. Dulu mak bapak kite jeling, kite dah takut. Kena rotan takde ape pun.

Memang stress, tapi kita tahu macam mana nak ‘cope with the stress’. Tapi sekarang, baru mak ayah marah sikit, dah macam-macam dah.

Stress sangat kena marah tu. Sampai 1 dunia nak bagitahu.

Kalau tengok pendidikan yang mementingkan penyempurnaan EQ berbanding akademik semata, boleh tengok Sri Aria, Kinderkaizen. (Aku takde kaitan dengan dorang.

Masih takut2 bila hantar anak ke situ sebab mereka belum belajar membaca dan menulis, tetapi belajar pengurusan emosi dahulu).

Tu maksudnya dinamik. Berubah ikut kesesuaian. Bukannya lalang. Cuma untuk memenuhi keperluan anak-anak kita dan merealisasikan kemenjadian murid @ insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Dulu, kite ulang menyanyi ABC sampai berminggu-minggu pun semangat lagi. Sekarang, budak dah kena belajar guna teknologi.

2. Stress.

Yes, this is definitely true. Siapa kata kerja cikgu ni tak stress. Tak ramai yang kerja cikgu berhenti kerja sebelum masanya. Kerana kebanyakannya terikat dengan hutang.

Tapi tak ramai yang tahu, ramai juga cikgu meninggal kerana serangan jantung ataupun depression.

Kerja cikgu bukan masuk kelas dan mengajar je. Banyak jenis-jenis pelaporan dan fail-fail kena buat. Memang 24jam tak cukup. Memang hari2 kerja bertangguh. Lebih baik bertangguh dan selesaikan hak keluarga dahulu.

Kalau tak, anak-anak memang menjadi mangsa kemarahan, diberikan gajet dll. Sebab tak sempat nak buat semua benda. Sebab tu kena chek balik keutamaan kita.

Kenapa kerja? Untuk anak2. Habis tu anak2 kena marah hari2? Hak mana yang ditunaikan?

Ramai juga yang tak sedar diri ada anxiety. Burnout every month.

3. Tidak dihargai.

Ni pun ye jugak. 1000 kebaikan dan jasa kite buat, belum tentu dapat terima kasih.

Tapi, 1 kesalahan yang kita buat, kena marahnya macam kite ni budak2. Budak2 pun ada perasaan. Jangan lah marah sampai memalukan. Menegur dengan hikmah.

So, dari cikgu yang komited beri jasa, jadi malas buat kerja. Jadi buat sekadar saja. Tidak ada hati dalam bekerja.

Passion? Lama-lama makin hilang. Kenapa bila praktikal, semangat berkobar2? Sebab lecturer beri komen membina.

Tapi bila dah kerja betul2, bos is bos. Not a leader anymore.

4. Memandang keperluan lain lebih penting.

Ni yang aku cerita kat atas. Family 1st. Sebenarnya, apa yang kita kejar dalam dunia ni?

Kalau setiap hari dalam kepala ni, kerja je. Tuhan anugerahkan keluarga sebelum kerja. Mak, ayah, suami, anak2. Berapa banyak emosi dan hak yang terkorban.

Sebab tu kebanyakan generasi sekarang ni, selalu tukar2 kerja. Sebab tak jumpa kepuasan dalam bekerja. Melainkan yang dah terikat ni. So, kepada yang belum terikat, carilah kerja yang ‘meaningful’ dalam hidup korang.

Ok, cukuplah 4 ni. Kalau nak membebel, banyak lagi. Tujuan aku tulis confession ni untuk korang sedar, banyak lagi tujuan hidup ni.

Kalau dulu passion kerja cikgu, tapi erti hidup lebih dari itu. Kita masih lagi boleh menjadi guru di mana-mana tanpa perlu menempah high blood pressure, anxiety dll.

– Kakak yang memerhati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *