Assalamualaikum. Aku seorang isteri, ibu kepada seorang anak dan anak perempuan untuk ibu aku.
Aku tak tahu dari mana harus aku mulakan cerita. Tapi yang pasti ada seketul dalam hati aku yang buat aku rasa ingin lari dari semua ni. Tiada tempat aku nak luahkan. Semoga aku dapat kata kata semangat untuk aku lalui hari hari yang mendatang..
Sekarang perkahwinan aku dah masuk 4 tahun. Aku dan suami aku pjj. Setiap hari aku berdoa supaya pjj ni akan tamat. Tapi ntah lah aku pun tak tahu bila kami dapat hidup sebumbung bersama.
Agak sukar untuk suami aku tukar tempat kerja dekat dengan aku sebab dia kerja bawah kerajaan dan berkhidmat untuk negara. Jadi memang boleh kira dalam setahun jumpa berapa kali je..
Cerita utama nya adalah tentang ibuku. Ye ibu aku seorang wanita yang cekal tabah membesar kami 4 beradik setelah ayahku meninggal sejak 13 tahun yang lalu dan aku satu satunya anak perempuan dari 4 beradik. Anak bongsu.
Ibu aku terlalu protective paranoid dekat aku. Sejak sekolah sampailah umur aku sudah 28 tahun dia masih layan aku seperti budak kecil. Setiap gerak geri aku keputusan yang aku buat untuk hidup aku pasti akan dipertikaikan..
Hampir 4 tahun perkahwinan aku dan suami.. Ibu aku tak suka apa saja suami aku lakukan. Dia selalu mempertikaikan setiap gerak geri suami aku… kenapa begini kenapa begitu. Ibu aku ingin aku ikut segala pendapatnya bila melibatkan isu rumahtangga aku dan suami.
Kadang kadang bila ibu aku berkata2 tentang suami aku pasti hati dan fikiran aku membuat aku was was pada suamiku sendiri.
Aku ingin marah pada suamiku kenapa tak macam ni kenapa macam tu. Tapi bila di fikirkan balik tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kita takkan mampu nak buat seseorang tu ikut apa kehendak dan fikiran kita..
Seringkali ibu aku cakap pada aku jangan terlalu percaya sangat pada suami kena ada was was… jadi apa guna aku kahwin jika tiada kepercayaan pada pasangan. Setiap kali suami aku balik untuk berjumpa dengan aku dan anak pasti aku akan bergaduh dengan ibu aku.
Dia akan cakap, “kenapa laki kau balik bulan lepas dah balik kan. Nak balik banyak kali kenapa bukan membantu pun kalau balik. Last2 ibu jugak jaga anak kau bukan laki kau “..
Macam mana suami aku nak jaga anaknya sendiri ibu aku sendiri tak percaya pada suami aku boleh ke suami aku jaga anaknya. Tak pernah diberi ruang untuk suamiku menjaga anaknya sendiri.
Aku ada jugak bersuara, “kenapa abang tak jaga adik tadi”
Suami aku jawab, “abang dah jaga tadi tapi ibu awak ambil adik terus dari abang macam mana abang nak jaga”.. Aku tak tahu nak jawab macam mana dah.
Ibu aku selalu pertikaikan cara suami aku jaga anaknya. Aku pernah jugak bersuara pada ibu ku. Biarlah suamiku jaga. Anak nangis pandai2lah dia pujuk. Anak dia sendiri kan tahu la nak pujuk macam mana.
Tapi ibu aku tak boleh terima seolah olah setiap apa yang aku dan suami aku lakukan kena lah ikut cara dia.
Pasti ada saja tak kena di mata ibu aku… sampai satu tahap aku rasa nak bunuh diri bila hadap benda yang sama macam ni sebab tiada kesudahan nya…
Sampaikan suami aku ajak aku balik kampung suamiku pun ibu aku pertikaikan.. “asyik balik je. Tahun lepas dah balik nak balik lagi ..
Allah kadang2 aku kesian pada ibu mertua ku kerana jarang sekali melihat cucu dia depan mata jika nak dibanding kan dengan ibu aku 24 jam ada bersama aku dan anak aku..
Aku penat sebenarnya. Mental fikirin hati aku penat sebab akan lalui perkara sama berulang ulang kali setiap kali suami aku balik. Aku penat nak jaga hati suami hati ibu aku… kadang kadang aku abaikan perasaan suami aku semata mata untuk aku jaga hati ibu aku.
Aku tak nak ayat ayat “anak derhaka” “anak tak kenang budi” “tak sayang pada ibu” “kau memang nak ibu cepat mati suka buat ibu sedih”, keluar dari mulut dia.
Sebab bila aku dan ibu aku bergaduh kata kata dia buat hati aku hancur luluh setiap kali dengar bait bait ayat yang keluar dari mulut ibu aku.
Selama ni aku banyak korbankan perasaan aku demi menjaga hati ibu aku dan suami. Hanya Allah yang tahu betapa struggle nya aku ingin jaga hati ibu aku. Tapi setiap apa yang aku lakukan selama ni untuk ibu aku tak pernah dihargai olehnya..
Aku jugak pernah suarakan pada ibu aku nanti kalau suami dapat pindah kerja dekat dengan aku. Aku nak keluar duduk asing dari ibu.
Tapi ibu aku terus cakap, “pergilah kau memang tak sayang ibu. Kau lebih sayangkan laki kau sampai nak buang ibu “.. Allah luluh hati ku. Tiada niat aku seperti yang ibu aku fikirkan..
Niat sebenar aku hanyalah untuk ibu ku tidak berburuk sangka pada suami aku. Agar tidak masuk campur dalam setiap keputusan aku dan suami aku ingin buat….
Biarlah aku dan suami duduk asing daripada kami duduk sama tapi setiap geri aku dan suami tak kena pada matanya..
Aku berharap suatu hari nanti ibu aku dapat terima kenyataan anak perempuan nya dan berkahwin dan mempunyai tanggungjawab nya sendiri. Aku harap ibu aku ikhlas untuk melepaskan aku untuk suami aku..
Kakak sayang ibu sampai syurga. Semoga ibu sentiasa sihat dikurniakan umur panjang agar kita dapat menua bersama sama..
Suamiku. Maafkan isterimu ini kerana tak menjadi isteri yang terbaik untuk mu. Aku berharap agar kita dapat bersama hingga ke syurga..
Berdosakah aku sebagai seorang anak? Betulkah keputusan yang aku buat? Apa yang patut aku lakukan?
– Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kisah sis ni memang sama macam yang saya hadapi skerang ni..saya pon tak tahu nak handle mcm mana..bila diam makin menjadi..bila menjawab dikatanya anak derhaka..sabar ja la sis..even tak mudah..