Kenapa Ibu, Kenapa Bukan Ayah

Assalamualaikum semua. Aku rasa nak confess dekat sini sebab terbaca satu tweet.

Ayah aku ni kerja gaji tak sampai 2 ribu. Kalau column kena isi gaji, selalunya ayah aku isi RM1500. Ibu dan ayah aku bekerja. Ibu aku gaji besar sikit, dalam RM2500.

Ayah aku anak sulung, ibu aku pula anak tengah. Setiap bulan, gaji ayah aku sejujurnya RM700-800 dah habis dekat atuk nenek aku, dengan pakcik-pakcik aku.

Waktu ni, pakcik aku semua masih sekolah/belajar, ayah aku sorang dah kerja dan kahwin. Setiap bulan, transfer ke kampung RM500 (duit sewa rumah), lepas tu belanja lain dalam RM200-300.

Kami nasib baik sebab ibu kerja. Ibu lah yang bayar duit sewa rumah, duit api air, duit belanja rumah. Segala macam tu memang ibu keluar dari belanja kami adik beradik, sekolah, duit bulanan, kereta lagi.

Sedangkan ayah aku punya kereta pun kongsi 50/50, ayah separuh, ibu separuh. Kami sekeluarga ni saving pun tak ada, duit gaji ibu dengan ayah setiap bulan habis macam tu.

Kadang tu, ayah aku setiap bulan, “Ibu, pinjam 200, pinjam 300.” Tengah bulan, atuk nenek aku call ayah nak pinjam seratus dua. Pinjam yang tak akan bayar balik.

Of course lah akan ada yang cakap, biasalah rumah tangga saling bantu membantu. Tapi pada aku, ekonomi keluarga kami kekal static.

Yang paling nampak ketara payahnya bila ibu aku meninggal dunia. Waktu ni, ayah aku kerja sorang.

Kau bayangkan, waktu tu baru betul rasa susah. Ayah aku membebel cakap kami belanja banyak, duit asyik tak cukup. Tapi sebenarnya ayah aku yang tak sedar, ibu memang tanggung 100% dekat rumah.

Belanja sekolah ibu, belanja barang dapur ibu, belanja jajan nak beli itu ini ibu, kalau ayah aku pergi kerja yang kasi duit minyak ibu, waktu raya baju melayu, duit raya, ayam daging masak waktu tu ibu, naik sekolah baju sekolah, peralatan sekolah ibu.

Ayah aku selama ni okaylah tenang walaupun bagi atuk nenek adik beradik dekat kampung sebab arwah ibu sejujurnya tak pernah complaint. Ayah cakap, “Ibu, pinjam sikit,” ibu kasi. “Ibu, bayar kan ini dulu boleh,” ibu kasi.

Waktu arwah ibu meninggal, kami kemas barang ibu, sedih bila tengok ibu cuma dapat saving beberapa ringgit je dia tulis dalam buku. Sebab kami ada 4 adik beradik termasuk aku.

Sampai kami satu keluarga ni hampir kena halau sebab ayah aku lupa bayar duit sewa dan 3 bulan tak bayar api air. Hidup bergelap, pakai lilin, nak mandi pergi Petronas. Padahal waktu tu tak sampai setahun ibu meninggal.

Ayah aku pula salahkan kami, kenapa tak ingatkan, padahal akak aku setiap minggu kasitahu ayah ni dah berapa bulan dan dah dapat surat merah. Ayah aku cakap, nanti tunggu gaji.

Kami end up terpaksa pindah. Rumah yang kami duduk tu selesa, bilik cukup, tapi downgrade duduk rumah harga RM350, kalau tak silap aku, yang cuma ada satu bilik, itu pun ayah punya bilik dia sorang.

Kami nak pindah tu seksa teramat sangat, ayah aku tak tolong, dia main arah je kami yang kena sumbat barang semua, lepas tu masukkan dalam kereta.

Sampai sana, kami juga keluarkan. Dari mesin basuh, TV, peti sejuk, almari semua, kami. Ayah aku cuma reti membebel cakap kami lembap.

Itu tak termasuk lepas kami adik beradik habis SPM, ayah aku memang lepas tangan. Dia cakap, “Dah habis sekolah, pepandai cari kerja dan cari duit sendiri, ayah dah penat nak tanggung korang ni.”

Habis SPM, ayah satu sen tak kasi duit. Waktu sambung belajar pun kami terpaksa buat kerja part time. Memang waktu ni tak ada ayah tanya duit cukup tak dan nak masukkan duit sikit.

Yang aku geram, adik-adik aku lagi dua orang tu pun dia layan ala kadar. Bila aku dengan akak call dia, cakap ayah duit belanja, sekejap kasi, sekejap tidak. Makan pun sehari sekali, itu pun Maggi kena masak sendiri.

Ayah aku rupanya balik dia beli Maggi 2, telur 2 biji, dan suruh adik-adik aku masak sendiri. Itu je lah menu diorang dua sebab duit belanja kadang setakat seringgit, seringgit tahun 2013 ke atas.

Bila cuti sem balik, tengok nak menangis aku dengan akak tengok adik aku dua orang makin kurus. Kami end up kasi dia dua orang duit dalam RM400, itu je mampu, dan suruh simpan guna sikit-sikit untuk makan dan beli barang sekolah.

Bila kami, aku dengan akak dah kerja, ayah aku pula minta kasi atuk dengan nenek duit sikit setiap bulan. Akak aku cakap dengan ayah, adik beradik ayah dah kerja dan dah kahwin pun pandai diorang kasi.

Takkan dah besar ni kami anak-anak pula nak teruskan tugas ayah. Sedangkan ayah aku ada 3 adik beradik lain, semua lelaki dan dah kerja.

Bila adik aku lagi dua orang ni dah sambung belajar, lupa nak kasitahu, adik aku dua orang perempuan ni dia kembar. Akak aku pun suruh diorang duduk dengan dia sebab dia sendiri dah sewa rumah.

Sejak haritu, kami jarang balik, kadang satu tahun tu tak balik langsung. Ayah aku WhatsApp dalam group minta duit, kadang kasi RM100 ke RM200 ikut.

Adik aku pernah lah sekali balas WhatsApp ayah aku cakap, kenapa ayah tak minta duit dekat adik-adik ayah tu dulu, waktu kecik ayah yang support diorang semua.

Ayah aku punya jawapan, “Diorang tu dah ada anak nak tanggung, lagi mana banyak duit.”

Haha, kami adik beradik bila baca WhatsApp ayah aku tu rasa kelakar dan ironi sangat.

Aku sampai ada sekali ni fikir, kenapa bukan ayah aku yang meninggal, kenapa ibu yang kena pergi dulu.

– Farhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. aku bc geram je perangai bapakkk ko nie kn…apetah lg ko sbg ank…pndai pla bapa ko jwb mcm tue bila adik ko ckp suruh mnta duit kt adik2 dia…da bapak ko myusah kn bini,ank2 dia x pe pla…mmg ade je org mcm nie…dia ssh kn fmly sndiri x sedar..ank2 nie akan ingt ape yg org tua dia bt…

  2. Awal2 rasa nak salahkan atuk nenek ko tapi rupanya main problem bapak ko…kira baik lah boleh contact bapak tu kalau aku jangan harap

  3. Memang ada parents yg tuning otak anak wajib bantu adik beradik, sampai kiamat pon dia tetap anggap adik beradik ngan mak pak dia penting. Kadang tu sanggup suruh anak2 utk teruskan “bantu” keluarga dia.

    Aku rasa bapak ko one of them yg da kena brainwash. Percayalah ko cuci camna pon dia tetap kata mak pak dia dan adik beradik dia betul. Hidup dia kena korban utk adik beradik dia. Kalau boleh kena korbankan keluarga sekali jd lembu utk adik beradik dia. Kesian pak ko dia sedang digunakan sepenuhnya sampai lupa mana penting. Yg best tu adik beradik dia tak jaga dia elok2 pon tak balas budi pon. Aku tau sebb mak aku mcm tu gak masih merajakan adik beradik walau dihambakan sepenuhnya. Sekarang da tua kami la jaga mak elok2.

    Baguslah ko dan siblings ko da ok. Ngan pak ko jgn bg duit byk belikan je apa dia nak berpada2. Sebb dia sibuk nk bantu gak siblings dia tak caya ko tengoklah.

  4. Sama mcm laki aku mak ayah dah pencen, takda duit simpanan mengharap duit anak2, tai melebih2. Laki aku paling banyak kena pau sakan. tiap2 bulan dia masuk 1k kot kat mak ayah dia, aku suri rumah dengan anak sorang makan pakai apa yang ada, duit belanja tak pernah dapat. Aku buat bisnes kecik2 ada duit sikit dia tanya2 mana dapat duit, dan mcm lepas tangan tak bagi aku nafkah secukupnya terutama makan harian dan pakaian setahun dua kali. Bila aku cakap konfem jadi gaduh. Mak ayah dia mintak duit nak berjalan nak betulkan rumah beribu riban itu ini pinjam konon nya, mesti dapat dan tak pernah bayar balik pun. Aku tak meminta langsung dengan laki aku sebab dia selalu cakap takda duit. Aku teringin apa2 pun aku tak akan ckp. Baju anak dia tak pernah beli dari lahir smpai skarang aku yang kumpul sikit2 dan beli. Satu je orang mcm ni, anak2 tengok perangai kau, mcm confessor ni, kalau kat dunia kau tak mendapat, kat akhirat anak2 tuntut. Sungguh aku redha dan halalkan apa pun yang aku dapat selama aku jadi isteri dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *