Kenapa Ibuku

Assalamualaikum and hai. Nama aku Bunga Dahlia (Bukan nama sebenar). Aku 20an. Kisah ini berlaku dekat ahli keluarga aku sendiri. Iaitu ibuku, wanita cantik, cekal dan kuat. Cantik namanya secantik orangnya. Wanita yang telah menginjak umur 60an.

Ibu, senyuman mu kian pudar dari hari ke hari. AKU RINDU. 

Aku membesar dengan melihat betapa strugglenya ibuku membantu bapakku dalam segala hal. Kewangan, masa dan segala galanya. Ibuku menggadaikan segala yang ibuku punya hanya untuk membantu bapakku. Ye, dari muda sehingga kini.

Dan kadang aku tertanya tanya, kenapa ibuku seolah olah tak mementingkan diri nya sendiri. Tidak kah ibu ku merasa dia pun berharga dan layak berbahagia !YOU DESERVE THE WORLD, MOM. 

Hampir tiap tahun usia aku meningkat, aku selalu mendengar ibuku akan berkata dihujung hujung usia ibuku, dia ingin travel pelbagai tempat dan menikmati hari tua yang indah bersama suami anak dan cucu cucunya.

Kesana kesini melakukan perkara yang dia suka bersama bapakkku, berjalan makan dan minum benda yang dia tak dapat lakukan semasa muda. Dia ingin memenuhi segala impiannya yang terpendam sejak dulu lagi. 

Ibuku seorang wanita yang tiap harinya membanting empat kerat hanya untuk membantu bapakku memenuhi segala kelengkapan, makanan minuman dan segalanya untuk keluarga kecil kami.

Ibuku mempersiakan masa muda, kecantikan nya, impian nya hanya untuk membantu bapakku dari pelbagai segi.

Ibuku bangun pagi, meninggalkan kami berdikari, melakukan segala kerja rumah demi pergi bekerja. Dan akan pulang setelah jam 7 malam. Letih, barai, kepenatan. Apa sahaja yang tak ibuku rasakan.

Begitulah rutin harian ibuku demi membantu bapakku. Tapi jarang sekali keluhan yang ku dengari. Kecuali kata kata semangat demi keluarga kecik kami

Sepanjang aku membesar, ibuku memakai baju kurung yang hampir sama setiap hari ketika hendak ke kerja.

Ada setengah baju ibuku, koyak dibahagian ketiak, poket, koalr leher, hantar tukang jahit, pakai balik, koyak balik, hantar balik ke tukang jahit. Zip kain yang rosak, ibuku tutup dengan pin panjang orang dulu dulu selalu guna.

Mana yang boleh dijahit tangan, ibuku akan jahit tangan. Mana yang boleh ditampal, ibuku akan tampal. Yea hampir semua baju kurung ibuku seperti itu.

Alasan ibuku mudah dan tersangat mudah “sayang dan mana boleh pakai, pakai je lah.. Bapakku mana ada duit untuk belikan “

Ibuku jugak selalu berimpian untuk berjalan kemana mana bersama bapakku. Makan yang sedap2, beli barang kesukaannya dan kesana sini bersama bapakku.

Tapi disebabkan kami kecil dan susah. Ibuku selalu berimpian akan memenuhi segala keinginan nya di hari tua nanti bersama bapakku. Menggunakan wang pencen yang ada untuk memenuhi impian ibuku.

Kerna kata ibu, anak anak kecil lagi dan banyak komitment yang perlu didahulukan

Ibuku mempunyai pelbagai hasrat di hati dan selalu berusaha sendiri untuk mencapai segala hasratnya. Ibuku selalu merasa akan menyusahkan bapakku jika dia meminta sesuatu.

Dan sebab itu, ibu selalu mengeluarkan semua duit yang dia ada demi sebuah keselesaan untuk keluarga kecil kami.

Aku selalu melihat sedara mara kami jijik hingga menjinjitkan kaki apabila ke dapur kami, tak makan makanan yang ibu masak kerana dapur kami.

Kerna segan Ibuku selalu meminta bapakku mengupah orang untuk membetulkan dapur kami dan mengeluarkan simpanan kecil yang beliau ada.

Tapi bapakku selalu kata membazir dan biar dia buat sendiri dan endingnya selalu mengecewakan dan seperti rumah setinggan. 

Short story, dia usia ibuku menginjak berapa an, bapakku telah melakukan perkara yang tidak kami duga, bapakku dengan bangganya mengatakan dia telah bernikah dengan wanita lain. Wanita yang tidak akan kami selidiki asal usulnya.

Bapakku merasa dia mampu untuk bernikah dengan wanita itu sedangkan ibuku yang telah bergolok gadai dari muda sehingga pencennya hanya untuk membantu bapakku.

Bapakku juga memgeluarkan simpanan yang beliau ada untuk membaiki rumah wanita tersebut, mengguna khidmat kontraktor yang mahal dan segala galanya.

Ibuku? Ibuku yang telah melakukan semuanya demi tampak sederhana dan sempurna. Masa nya, kecantikannya, impiannya dan dan mimpi mimpinya, segala galany. Ibuku telah pertaruhkan dan semuanya sia sia!

Dan bermula dari itulah kami kehilangan sosok ibu kami. Ibu yang cantik, cekal dan kuat. Kami kehilangan wanita yang berimpian tinggi, wanita yang mempunyai segala keinginan dan wanita yang suci.

Ibuku telah meleburkan segala impiannya pada hari dimana bapakku mengatakan beliau menikah lain. Ibuku menanam segala impian ibuku dan sudah menyerah.

Tiada lagi butir2 impian dari ibuku, tiada lagi kata kata untuk dihari tua nya, tiada lagi senyum tawa ibuku, tiada lagi semuanya. 

Ibuku telah menguburkan semua nya termasuk senyuman manisnya. Kini yang ada hanya redupan wajah yang sedih, wajah yang sudah berserah dengan takdir tuhan, wajah yang mengharap belas kasih sayang Tuhan.

Yea Demi Allah kami telah kehilangan sosok ibu kami. Ibuku sudah tak seceria dulu, tak semangat seperti dulu, dan hanya sebutir butir sahaja ayat dari mulutnya. Menghampar sejadah, berkomunikasi di dalam tadahan airmata kepada Tuhan.

Aku rindu panggilan ibuku kepada “Anak cantik ibu” “Moga cepat sembuh sayang ibu”. AKU RINDU. 

Kami? Kami kehilangan kedua duanya. Bukan kehilangan didunia tapi kehilangan kasih sayang dan komunikasi. Dunia kami bagai terhenti.

Bapakku sangat sangat tertarik dengan kehidupan barunya. Hinggakan aku hampir tidak lagi mendengar perkataan “sayang cantik ayah” “anak manja ayah”.

Aku tipu kalau aku kata aku tak rindu bapakku, aku tipu kalau aku tak rindu kan pelukan dan ciuman bapakku. Aku tipu kalau aku kata aku tak terkesan dengan semua ini. Tapi sesakit aku melalui, sakit lagi ibuku yang menghadapinya. 

Dulu, keluargaku susah dengan kewangan dan kesempitan hidup tetapi kami bahagia. Bahagia dengan cara kecil kami. Kini, kami mempunyai segalanya tetapi kami kehilangan harta yang kami tak dapat jual beli dimana mana.

Kalau lah masa boleh berputar kembali, Aku hanya ingin kembali kehidupan yang dulu. Biarlah dihina miskin, dicaci dikeji tapi kami bahagia.

Kami hanya ingin ibu kami kembali, kami ingin senyuman dan tawa ibu kami, kami hanya ingin melihat selera makannya, kami hanya ingin lihat ibu kami yang berimpian tinggi dan sentiasa cantik di mata kami. 

Ibu, andai engkau membaca coretan hatiku ini. KEMBALI LAH IBU. Tersenyum lah seperti dahulu, ketawalah seperti dahulu, kami janji takkan persiakan segala impianmu ibu. Kami rindukan kamu IBU. 

Tiada tokok tambah didalam cerita ini, Inilah kisah kami yang kehilangan kedua dua sosok kesayangan kami. Mereka ada tetapi jauh dan susah untuk kami gapai. Inilah coretan keluarga kami di tahun ini. Aku bunga Dahlia yang sudah layu. 

– BUNGA DAHLIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sedihnya bila si ayah mudah terpesona kecantikan wanita lain di usia tua yg sepatutnya menghabiskan sisa2 masa yg ada dgn anak cucu dan menantu.

    • Ya Allah..satu masa achik pernah lalui ape yg ibu Kakak rase .ibarat hilang jiwa mati perasaan.. Alhamdulillah anak2 penguat hati .
      Achik doakn moga senyuman ibu lakak akan kembali.moga ibu kakak temui bahagia di jiwanya . Insyaallah… Kakak terus kuat ye .

  2. Bunyi macam nak suruh ibu terima perlakuan ayah je. Hahaa solusi melayu sangat.. Ibu dah broken, seluruh hidup hancur, sia-sia dipergunakan lelaki. Tolong ceraikan dan carikan lelaki yg baik untuk ibu. Semoga semua ibu senasib macam ni dijauhkan dari lelaki tak guna dan didekatkan dengan manusia yang saling menghargai dan menghormati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *