As-salam dan selamat sejahtera.. Saya Chempaka (bukan nama sebenar) berumur 40 tahun, sudah berumah tangga 15 tahun yang lepas.
Masih menantikan zuriat dan berusaha. Saya orangnya kecil molek sahaja seperti pelakun Amy mastura, walaupun sudah berusia tetapi masih berwajah muda.
Saya berkhawin dengan adik kepada abang ipar , oleh kerana itu saya dan suami amat rapat dengan kakak dan abang ipar..
Malah ketika kakak saya ingin melahirkan zuriat yang pertama saya turut ada disisi.. zuriat kedua, saya dan suami yang menghantar kakak kehospital kerana ketika itu abang ipar saya berada diluar negara.
Ketika kakak dan abang ipar ada majlis-majlis yang perlu dihadiri saya dan suami lah yang mengasuh anak-anak meraka.
Mereka dikurniakan 4 orang zuriat, 3 orang lelaki dan seorang perempuan.
Ketika mereka kecil saya lah yang mengasuh mereka, mandikan, tukarkan pampers buat susu dan bawa mereka beriadah. Malah, dalam borang asrama pun saya dan suami adalah waris terdekat untuk dihubungi.
Mereka semua amat rapat dengan saya dan suami dan kami menganggap mereka adalah anak-anak kami sendiri. Setiap tahun kami tak lupa untuk menyambut hari lahir mereka yang mana kadang-kadang ibu bapa mereka sendiri terlupa.
Mereka juga akan bermalam dirumah saya sekiranya cuti sekolah bermula.. mereka kata berada dirumah saya lebih seronok kerana saya dan suami rajin melayan karenah mereka.
Sehingga anak yang sulung (saya gelarkan dia Irwan, bukan nama sebenar) berumur 13 tahun, Irwan sudah tidak banyak bercakap dengan kami.
Andai menginap di rumah saya pun Irwan lebih gemar berkurung di dalam bilik belajar atau dibilik tetamu mengadap telefon bermain game.
Berbeza denga adik-adiknya, mereka masih lagi mahu berbual atau sama-sama menonton television atau membuat apa-apa aktiviti bersama kami.
Saya menganggap perubahan itu satu perkara biasa bila meningkat dewasa. Sekarang Irwan berumur 19 tahun sebelum Irwan menyambung pengajian di IPTA, Irwan bersekolah disekolah aliran agama.
Sangat pandai mengaji boleh menjadi imam malah ketika abang ipar meninggal dunia 3 tahun lepas, Irwan lah yang mengetuai solat jenazah ayahnya. Saya sangat bangga mempunyai anak saudara yang boleh diharap, baik, sopan dan hormat orang tua.
Sehingga suatu masa kami sama-sama pulang kekampung bercuti, ketika saya sedang mandi di bilik air, tiba-tiba saya ternampak kelibat kepala menjenguk di bahagian atas dinding bilik air.
Bilik air di kampung bersebelahan dengan tandas dan dinding tidak tertutup sehingga ke bumbung.
Jika kita panjat mangkuk tandas, kita boleh menjenguk bilik mandi di sebelah.
Ketika itu saya amat terkejut. Tetapi kelibat itu terlalu pantas. Saya tahu Irwan yang masuk ke tandas kerana saya kenal bunyi cara dia berjalan.
Saya terfikir-fikir, tak mungkin Irwan mahu mengintai saya mandi kerana Irwan amat rapat dengan saya seperti emak dan anak. Sampai hati ke anak mahu mengintai emaknya mandi?
Saya bersangka baik, mungkin Irwan sedang melompat bintang di dalam tandas atau cuba menangkap cicak. Setelah beberapa lama perkara itu pun saya lupakan dan saya melayan Irwan seperti biasa.
Walaupun kami rapat tetapi jika Irwan dan adik-adiknya bermalam dirumah saya, saya masih menjaga batas. Saya akan memakai pakaian yang sopan. Tidak sekali-kali memakai pakaian yang seksi.
Tetapi dahulu semasa Irwan kecil adalah saya memakai pakaian yang seksi seperti baju tak berlengan dan seluar pendek ketika dirumah.
Ketika Irwan berumur 12 tahun saya tidak lagi berpakaian sebegitu dirumah.
Baru-baru ini kami pulang lagi ke kampung kerana meraikan kenduri kahwin emak Irwan. Kakak saya berkahwin lagi setelah 3 tahun abang ipar saya meninggal dunia. Ketika saya sedang mandi dibilik air saya terdengar bunyi orang masuk ke tandas.
Selepas 5 minit lebih kurang bunyi tandas dipam entah kenapa saya tergerak hati untuk melihat ke dinding tandas dan alangkah terkejutnya tiba-tiba ada handphone dihalakan ke arah saya .
saya tergamam, dan sepantas kilat tangan yang menghalakan handphone tersebut hilang dari pandangan.
saya cepat-cepat mandi. Saya rasa seperti ditikam-tikam. Rasa marah, rasa nak menanggis, rasa nak menjerit.
Saya tahu itu Irwan. kerana ketika itu hanya saya dan keluarga Irwan sahaja yang baru sampai kekampung. Saya juga mempunyai 9 orang anak saudara lelaki berumur dari 14 tahun hingga 20 tahun.
2 Orang lagi adik lelaki Irwan berada di luar rumah bersama ayah tirinya dan emak saya kerana memasak telur pindang. Saya dengar suara mereka berbual-bual sambil memasak. Siapa lagi yang saya boleh syak.
Tidak mungkin bapa saya kerana bapa sudah bongkok dan tidak pandai menggunakan telefon pintar. Mustahil untuk bapa memanjat mangkuk tandas untuk menghala kan telefon kearah saya.
Selepas mandi saya solat dan menggis sambil berdoa, semoga Allah menutup aib saya. Lama saya termenung di tikar sembahyang.
Kenapa Irwan berkelakuan bergini? kenapa?
Tidakkah selama ini dia menganggap saya seperti emaknya sendiri?
Kenapa dia mahu mengintai saya mandi di bilik air dua kali?
Adakah untuk memalukan saya?
Atau untuk berseronok?
Atau tertarik dengan saya kerana saya suka bergaya seperti gadis-gadis muda?
Atau kerana tubuh saya yang kecil molek, Irwan tidak pun menganggap saya lebih berusia dari pada dia?
Mungkin selama ini saya banyak membebel tentang pelajaran, tentang hidup dan macam- macam lagi, membuatkan dia benci dan mahu memalukan saya?
saya memberi nasihat atas dasar saya amat sayangkan Irwan dan mahu Irwan berjaya didunia dan akhirat. Lagi pun tidak selalu saya membebel dan memberi nasihat.
Atau Irwan mahu melakukan itu kerana ingin berseronok, memuaskan nafsu semata-mata?
tetapi tidak kah Irwan malu saya adalah makciknya yang paling rapat, saya lah yang membasuh punggungnya ketika dia kecil dulu.
Atau Irwan sudah terpengaruh dengan apa yang dilayari di internet selama ini?
sebelum ini kecoh tetang kes buli di MRSM hanya kerana mangsa menegur rakan menonton video tak senonoh.
Saya ingin memberitahu kakak, tetapi mahukah kakak percaya.. selama ini Irwan sangat baik dan sopan. Kakak saya seorang yang berpurdah, solat dan mengaji tak tinggal. Dia memilih untuk menamatkan zaman balunya dengan seorang duda beranak 3.
Mempunyai dua orang anak gadis sunti berumur 9 tahun dan 7 tahun serta seorang lelaki berumur 4 tahun.
Katanya dia amat takut kes sumbang mahram ayah tiri merogol anak tiri. Ini kerana kakak mempunyai satu-satunya anak perempuan berumur 6 tahun.
Andai Irwan yang mengintai saya mandi selama ini apa nasib adik perempuanya dan adik-adik tiri perempuannya pada masa akan datang?
Perlukah saya menceritakan perkara ini kepada suami? atau kepada kakak?
Atau saya hanya perlu menjauhkan diri daripada Irwan?
Percayakah suami dan kakak saya jika saya ceritakan perkara ini kerana saya tiada bukti.
Handphone yang dihalakan kepada saya ketika saya mandi itu saya tengok sekali imbas sahaja, puas saya periksa handphone anak-anak saudara yang lain macam tidak ada yang serupa.
Saya juga tidak pasti sama ada handphone itu sama dengan milik Irwan, kerana kejadian itu amat pantas dan saya dalam keadaan tergamam.
Selepas kejadian dibilik mandi, saya ada menghantar satu status diwhatsup menggunakan ayat-ayat perli seperti “iman tidak boleh diwarisi” dan malam itu Irwan langsung tidak keluar bilik.
Malah esok paginya dia seperti malu untuk memandang muka saya. Ini menguatkan lagi firasat saya memang Irwan yang mengintai saya dibilik mandi.
Ketika sedang sebuk mengurusakn majlis kenduri kahwin, saya terlupa hal itu, kemudian saya mengucapkan selamat hari lahir kepada Irwan kerana hari itu adalah hari lahirnya dan Irwan terus berani menegur dan memandang muka saya.
Adakah itu hanya satu kebetulan? bukan Irwan yang mengintai saya dibilik mandi?
Wahai pembaca sekalian, pantau lah anak-anak bujang kalian. Periksa lah sekiranya mereka sering bersendirian didalam bilik bersama handphone. Periksa mereka ada 1 handphone atau lebih.
Ini kerana sekarang amat mudah untuk mendapatkan bahan-bahan tak senonoh untuk dilayari.
Tolong doakan Irwan cepat tersedar dan kembali kepangkal jalan andai benar-benar dia yang melakukan itu kerana saya sangat sayang kan Irwan seperti anak sendiri. Saya mahu dia menjadi anak yang soleh yang dapat membawa ibu bapa ke syurga.
Sangat kecewa,
– chempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit