Kenapa bini orang lain manja penyayang tapi bini aku serius 24 jam. Aku tak pernah tengok dia senyum ke, gelak ke, cemburu ke.
Kalau aku buat lawak pun aku ja gelak dia diam ja. Aku nak la rumahtangga yang penuh gelak tawa macam family lain.
Aku ni datang dari family miskin. Walaupun dulu kami miskin tapi kami bahagia. Ada komunikasi, ada gelak tawa walaupun ayah aku garang.
Tapi bila aku dah kahwin, rumahtangga aku jenis senyap sepi.
Anak aku dua orang perempuan, dah remaja, so macam kekok dengan aku. Pemalu, apa2 mak depa ja. Kalau ajak bersembang pun macam tak nak.. Jawab sepatah2.
Dari kecik sampai sekarang setiap masa buku buku buku. Jenis anak2 behave gitu. Fikir belajar ja.. Main tak nak.
Kita ajak keluar ke apa ke.. Mesti tak nak. .Alasan nak exam la nak study la. Kalau keluar pun tetap diam atau tengok buku.
Yang sulung memang mak dia kuasa dua. Cita2 dia nak jadi doctor macam mak dia. Semua benda tiru mak dia, dari segi pakaian ke cara cakap ke, semua mak dia. So dari kecik dia dah asrama.
Walaupun aku tak bagi, tapi anak sendiri nak, so kena jugak la hantar. Mak dia pulak jenis apa yang anak suka, kalau tu benda bagus, biar ja, jangan halang.
Yang sulung tu mak dia hantar sekolah budak2 pandai yang bayar mahal gila tu. Walaupun aku suruh hantar sekolah biasa, mak dia tak nak. Anak pun tak nak, kononnya tak de class. Nak jugak macam mak dia.
Sekarang dia last year study medic. Tu memang best friend mak dia la. Dah bidang sama memang apa2 rujuk mak dia. Mak dia pun apa2 memang dengan dia.
Yang nombor dua kat matrix. Tu pun sama, tak nak campur orang. Anak2 perangai macam mak dia.
Budak2 ni kalau ada isu ke terasa hati ke, jenis tulis2 surat kat mak dia.. Nanti mak dia pun reply la dalam versi surat jugak. Sampai tak bercakap macam tu sekali.
Contoh surat tu, kakak merajuk dengan mama. Nanti mak dia balas kat surat yang sama tu why. Nanti ada la panjang lebar luahannya dalam english.
Tu lagi satu aku bengang. Darah melayu, tapi BI tak habis2. Kalau dua2 ni gaduh adik beradik pun sama, saling balas dalam english.
Kertas a4 tu kalau ada tulisan pen hijau kira luahan anak sulung, pen hitam mak dia. Pen merah anak bongsu.
Tapi kalau ada pen biru kat situ, luahan tu terhenti.. Sebab tu komen dari aku. Bukan aku tak cuba nak mesra, tapi diaorang ni macam kekok sangat.
Aku guna style depa tulis surat depa tak balas. Bini pun sama. Dia tanya pulak kita, awak ni dah kenapa. Cakap ja la, perlu ke nak tiru style anak.
Tapi kalau time mood baik rajin ja budak2 tu cerita itu ini dengan mak dia walaupun mak dia tak banyak respon. Tapi kalau aku lalu, terus depa senyap.
And kalau dekat hall tu ada budak2 ni dengan mak dia, elok ja riuh, tiba2 aku lalu terus senyap sepi.
And kalau aku duduk sekali kat situ. Nanti slow2 sorang demi sorang naik bilik. Tinggal aku dengan wife ja.
And depa2 ni jenis tak nak makan. Mak dia pun sama. Konon jaga badan.. Makan pun tah apa2 ja.
Aku jenis suka makan.. Kalau nak ajak makan family, memang cukup payah. Nanti aku ja makan.. Lagi 3 tu order satu menu share bertiga.
Kat rumah pun budak2 ni bukan makan sangat. Kat rumah ni aku ja minum air kopi. Yang lain2 air masak sahaja. Breakfast tak de, lunch tak de, dinner tak de.
Satu kalau makan lunch. Tak nak dinner dah. Satu dah breakfast langsung tak nak makan. Jenis suka makan yoghurt la, taufu la yakult la. Makan merapu budak2 ni. Nasi paling payah makan.
Kalau nak merasa makan sekali, tu pun selalu bulan puasa la. Tu pun jarang anak2 join. Sebab asrama.
Sekarang mostly kat rumah kami berdua saja. Depa ni kan study.
Dulu aku nak manja2 sentiasa tak di endah. Aku fikir time tu dia pun stress. Banyak nak fikir tambah time tu dia di gov.
Sekarang dia dah ada klinik sendiri. Tak dengan government dah. And share dengan kawan dia.. Seminggu 3 kali ja dia pergi klinik.. Pukul 5 dia balik dah.
Tapi aku hari2 la kerja.. Cuti sabtu ahad. Tapi kadang aku balik awal nak la manja2.
Actually aku menanti nak rasa perhatian dia kasih sayang dia. Tapi dari dulu sampai sekarang, apa saja aku buat, semua tak di layan.
Kadang rasa macam syok sendiri pun ada aku ni. Contoh kadang2 sengaja cakap, abang macam nak demam la.
Dia akan cakap makan panadol. Aku kata dah makan tapi still demam.. Sampai kelentong dah setahun demam tak baik.
Dia cuma jawab pergi klinik. Aik, kau doktor kenapa aku nak kena pergi klinik.
Kadang kita cakap supaya nak la dia pegang dahi ke, pandang mata kita ke. Tapi langsung tak de.. Tak tahu la kalau dia tahu aku menipu.
Tapi kalau aku demam betul pun dia just tengok macam tu ja.. Kot la nak pegang dahi ke nak tengok panas ke.. Langsung tak de. Just tanya dah makan ubat.
Kalau aku kata tak, dia just letak ubat kat meja suruh aku makan. Tapi aku makan ke tak ke, dia bukan kisah pun. Kira lepas pada tu tak tanya apa dah.
Gamaknya kalau aku mati pun dia tak kisah kot. Baru ni aku buat lagi taktik tu, saya sakit dada saya sakit sini sakit sana.
Same answer, pergi klinik.. Aku pun mengamuk la. Dia cakap even saya doktor pun ni rumah.. Bukan ada equipment. Kalau awak pengsan pun saya akan call ambulance ja.
Ok tak pe.. Esok pagi aku terus pergi klinik dia. Lagi dia tak puas hati. Dia cakap aku sengaja buang masa dia padahal patients kat luar ramai la.
Aku ni kan tak pernah dapat proper gaduh macam laki bini lain. Kadang nak jugak la gaduh kaw2 tapi tak pernah dapat sebab dia akan diam. Aku ja bising sorang2 last aku pun penat.
Macam tadi la, aku mengamuk.. Aku cakap aku ni nak la rasa di belai, di sayang, di beri perhatian.
Nak la orang tanya sihat ke, dah makan ke. Dah mati ke. Kalau aku tanya pun dia just diam.. Kalau dia jawab pun dia tak akan tanya aku balik.
So aku bising2, dia just diam lagi tengok hp.. Macam aku cakap dengan dinding. Kahwin dah berpuluh tahun, aku ja guna pangilan abang sayang.
Tapi dia, saya awak. Tu ja la. Berjuta kali dah pesan pangil saya abang. Tapi still same.
So tadi aku dah bengang, aku tinggi suara semaximum mungkin. Then dia tanya awak dah makan ke.
Tapi benda tu fake gila. Ibarat macam malas nak gaduh dengan orang gila so just buat ja la apa dia nak, macam tu la aku rasa.
Aku kata awak ni tak ikhlas langsung. Dia sambung diam. Aku tak dapat baca la macam mana nak tahu dia sayang aku ke tak.
Macam2 cara dah buat. Tak pernah rasa aku ni dihargai. Bagi hadiah ke apa ke, just thanks.. Tu ja la. Tapi dia sekali pun tak pernah bagi hadiah kat aku.
Setiap kali birthday aku, aku beriya cakap kat dia,hari ni birthday abang tau. Dia akan cakap happy birthday. Tu ja la.. Tapi kalau birthday dia, macam2 surprise aku buat. Tapi dia seperti tiada reaksi. Just thanks.
Nak slow talk ke, pillow talk ke, smuanya tak berkesan. Sebab dia hanya akan diam. Sampai sekarang soalan aku awak sayang saya tak, tak pernah di jawab.
Tadi aku cakap kat dia, awak kalau tak suka saya kenapa kahwin dengan saya.
Jawapan dia, kalau saya tak suka saya tak akan kahwin dengan awak, so jangan tanya lebih2 sebab saya tak de jawapan.
Senang ja dia cakap.. Habis apa yang aku dambakan dari seorang isteri tu macam mana?
Rumah apa tah ni, anak bini langsung tak de komunikasi.. Anak2 aku sampai sekarang tak approve request IG aku.
Bila tanya, lupa la nanti la… Apa yang segan sangat tak tahu la diaorang ni. Padahal aku ni bapak diaorang..
Jangan cadang suruh tambah cawangan, sebab dia tak pernah kisah pun. Aku pernah cakap, aku nak cari lain.. Dia cakap dia izinkan kalau tu buat aku bahagia.
Tapi kenapa dia tak nak faham aku hanya sayang dia, cinta dia, setia kat dia ja. Tapi nak rasa dia cemburu tu tak pernah rasa. Aku ja yang selalu cemburu..
– Ramly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bang, life ko macam ex bos aku.. Bini dia cikgu tapi lebih kurang bini ko bang perangai .. Anak pun 3 orang perempuan… Aku tahu bini ex bos jenis nonchalant sebab dulu pernah ada orang fitnah aku dengan ex bos aku… Punya la takut aku gi explain kat bini dia sebab taknak salah faham tapi bini dia tak kisah pon siap cakap kalau ada apa2 pun dia tak kisah… lama2 bos aku berdamai dengan takdir haha