Kenapa Jodoh Lambat?

Hai. Baru baca confession pasal jodoh. Lately banyak betul confession pasal jodoh. Okey la nak reply confession dari si gadis umur 29 pernah clubbing tu, (https://iiumc.com/dah-putus-asa/).

Hai awak. Meh baca nukilan saya yang serba sedikit ni.

Saya pun macam awak. 28 tahun masih single dan dah give up cari jodoh. Saya gadis suci tak pernah bercinta, tak pernah disentuh lelaki, tak ada social media dan saya betul-betul cover up aurat saya dari atas sampai bawah. Baju longgar, tudung labuh dan pakai warna gelap sentiasa sebab nak elak dari jadi tarikan lelaki.

Saya sangat menjaga hubungan dan ikhtilat dengan lelaki sehingga saya takkan reply whatsapp dari lelaki yang saya rasa tak berkaitan dengan belajar dan kerja. Kalau mesej dia seolah2 mahu mengorat, saya takkan pernah reply. Betapa menjaganya diri saya sebab saya mahu jadi wanita sufi seperti Rabiatul Adawiyah.

Saya bukannya tak cantik, ramai yang mahu mendekati, tapi saya selalu cakap.. kalau betul mahukan saya, terus jumpa ibu bapa saya.. dan saya juga letakkan syarat subuh wajib berjemaah di masjid. Tapi ramai lelaki undur diri sebaik saya berikan syarat berikut.

Selepas mereka undurkan diri, tup2 mereka pun bercinta dengan perempuan lain yang seksi pakai baju ketat, gedik dan siap berpegangan tangan padahal baru couple.

Saya frust juga sebab mereka langsung takde effort nak penuhi syarat saya. Mereka kata saya terlalu demand. Demand sangatkah saya?

Saya cuma mahukan bakal suami yang menjaga solat dan pandai jaga maruah diri dia sepertimana saya yang telah jaga diri saya sebaiknya. Tapi apabila fikir balik, saya bersyukur Allah selamatkan saya dari lelaki-lelaki berkenaan. Ternyata mereka memang langsung tidak layak untuk saya. I deserve better

Saya juga ada cuba laman web cari jodoh. Tapi ternyata lelaki2 di sini hanya berangankan isteri yang solehah tapi diri sendiri pun takde effort untuk jadi soleh.

Saya tak kisah pun kalau dia banyak dosa tapi kalau dia ada usaha untuk jadi baik, saya sangat suka. Sebab bagi saya, orang yang berusaha jadi baik lebih menghargai nikmat iman dan taqwa yang selama ni susah dicari.

Di laman web cari jodoh ni, kebanyakannya akan tanya apa kerja calon isteri dulu. Dunia sudah terbalik ke? Sepatutnya wanita yang terlebih dulu pentingkan kerjaya calon suami, tapi zaman sekarang macam terbalik. Adakah lelaki zaman sekarang semuanya mahu menumpang senang si isteri?

Sis, saya punya kawan2 yang free hair, pernah terlanjur, pernah jadi minah rempit bergendong moto dengan lelaki, semuanya dah berkahwin dan juga dapat lelaki baik.

Saya pernah juga menangis. Mengapa saya yang sangat menjaga diri tidak laku sedangkan kawan2 saya yang sudah tiada dara dapat lelaki baik selepas kahwin?

Benar suami mereka tak tahu pun sejarah hitam hidup mereka. Tetapi Allah lebih tahu.

Saya fikir, mungkin mereka pendosa ini sentiasa menangis di tikar sejadah setiap malam mengenangkan dosa lampau mereka. Disebabkan itu, Allah hadirkan jodoh yang baik untuk mereka supaya boleh bimbing mereka ke jannah. Kita yang self claim suci ni pula berapa kali solat taubat dalam seminggu?

Manakala saya, wanita kuat dan saya self claim diri sendiri sebagai beriman (insyaaAllah doakan saya istiqamah) mungkin Allah sekat jodoh saya di dunia kerana takut jodoh saya tu nanti akan mengurangkan rasa cinta dan keimanan saya kepadaNya.

Jika saya sudah kahwin, sudah tentu saya harus sentiasa fikirkan tentang suami dan anak-anak. Jika saya kahwin, mungkin saya kurang ingat Allah dan kurang berzikir kerana terlalu sibuk uruskan rumahtangga.

Jika saya kahwin, mungkin pahala saya kurang kerana sakit hati dengan suami hanya kerana hal hal kecik. Jika saya kahwin, mungkin saya tidak lagi mampu hadir ke surau dan mendengar tazkirah agama kerana dihalang suami.

Sis, Allah sedang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Kahwin bukanlah benchmark bahagia. Tak kahwin pun jauh lebih bahagia jika dimanfaatkan sebaiknya hidup membujang.

Sis mahu anak? Ambil lah anak angkat. Berlambak anak tak sah taraf yang patut sis fikirkan tentang kebajikan mereka berbanding fikirkan anak sendiri yang entah lahir nanti cukup sifat ke tidak (sebab kita sendiri tak pasti anak kita nanti macam mana kan?).

Tambah tambah pulak sekarang makin banyak anak autisme. Sis sanggup ke kalau dapat anak autisme? Mungkin sis kahwin akan dapat anak cacat? Sebab tu Allah halang jodoh sis.

Sis sangka baik sajalah dengan Allah. Allah sedang aturkan yang baik-baik untuk sis. Tak pernah ada istilah lambat dalam soal kahwin. Sedangkan isteri nabi zakaria pun boleh beranak ketika usia tua, means everyone can if Allah berkehendak.

Sis, boleh jadi Allah tangguh jodoh sis sebab sis belum berbakti sepenuhnya untuk parents sis. Ramai orang yang dah kahwin tapi selepas kahwin mereka kurang cakna akan kebajikan parents mereka.

Berapa duit gaji sis spend untuk parents? Berapa kali sis bawak parents sis pergi umrah dan haji? Berapa kali sis bawak parents melancong luar negara? Rumah parents sis sekarang dah cukup selesa ke untuk parents sis?

Sis, kalau soal nafkah parents pun sis bagi ala kadar, takyah sembang soal jodoh la sis. Member saya yang dah kahwin, mereka bahagia di instagram. Tapi realitinya mak ayah diorang mengadu kat saya sis, sebulan cuma bagi RM200 sahaja dekat parents. RM200 je sis? Kedekutnya dengan parents.

Ada yang tak bagi langsung, malah siap meminta minta dengan parents padahal dah kahwin. Muka kemain cantik, gigi braces, tiap bulan pergi spa, selalu travel, tapi mak sendiri selekeh, baju mak pun lusuh.

Saya gaji cuma RM2K tapi lebih separuh gaji saya bagi kepada orang tua saya sis. Sebulan hanya RM500 sahaja saya guna untuk diri saya, lagi RM1500 saya bahagi untuk ibu dan ayah.

Kenapa? Sebab itu sahaja lah cara untuk saya ucap terima kasih kepada Allah kerana hadirkan ibu bapa untuk jaga saya selama ni dan hadirkan ibu bapa yang tekankan soal agama supaya tidak lupakan Tuhan.

Siapa lagi saya nak berbakti kalau bukan ibu bapa? Saya tiada suami. Tapi saya percaya Allah sedang beri rezeki untuk saya jana pahala dengan berbuat baik kepada ibu bapa saya.

Merekalah ladang pahala saya. Saya selalu gembirakan mereka, bawa mereka jalan2. Hadiahkan rumah yang selesa dan lebih besar, hadiahkan kereta yang baru dan selesa, selalu buat surprise untuk mereka.

Tolonglah sis. Jangan fikir soal jodoh sekiranya sis belum cukup berbakti untuk parents sis. Tu saje…

– Ammara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *