Kenapa Kecantikan Sabah Sarawak Dibanggakan?

Alkisah yang aku nak ceritakan di sini adalah mengenai bangga diri menjadi anak kelahiran NEGERI tertentu. Terutamanya Sabah dan Sarawak.

Aku bukan nak bersifat perkauman (racist), tapi aku tak suka melihat cara orang lain yang ‘racist’.

“Sumandak sabah cantik-cantik, putih”

“Orang Sabah sarawak borneo memang lawa-lawa”

Mengikut pengalaman aku mengenali jejaka Sabah, dia sangat bangga dirinya yang berkulit putih dan berwajah seakan Cina.

Kerap sangatlah dia bangga diri. Konon-konon dia putihlah, ramai peminatlah. Acahlah katakan.

Asal Sabah Sarawak, semua nak dibangga, nak dijunjung. Eh, eh, eh. Inilah yang dinamakan pemikiran kolot dan mentaliti akal cetek kaum Malaysia kita ini. Aku memang sangat geram dan kecewa.

Aku tak nak racist, sebab ibu aku orang Sarawak, tapi ayah aku orang Semenanjung. Dan memang aku berkulit cerah dan bermuka seakan Cina.

Tapi, dengar dulu. Orang semenanjung lagi banyak yang berkulit putih dan berwajah cantik tanpa ada kaitan dengan kaum Sabah Sarawak.

Walaupun yang lain tak putih, masih ramai memiliki wajahyang jelita dan kacak. Aku maksudkan SEMENANJUNG ya.

Kenapa nak bangga kulit putih? Asal putih je, Sabah Sarawak. Bangga sangatkah? Kulit sawo matang, tan, gelap tak cantik ke? Sangatlah RACIST.

SETIAP NEGERI SAMA SAHAJA.

SEMUA ORANG CANTIK DAN TAMPAN!!

Tapi.. semuanya berkait rapat dengan keturunan juga. Kalau ibubapa rupa paras menarik, memang potensi besar anak cantik dan tampan.

Ikut REZEKI.

Tak ada kaitanlah cantik datang dengan Sabah Sarawak. Ada sahaja orang semenanjung yang lagi cantik daripada Sabah Sarawak. Bukan semua orang berwajah cantik di sabah sarawak.

Ada saja orang Sabah Sarawak memiliki raut wajah yang biasa-biasa. Aku kenal ramai orang dari Sabah Sarawak, dan ini adalah fakta. Aku tahu lah, sebab aku pernah ke sana.

Orang Kelantan? Banyak yang cantik-cantik.

Negeri Sembilan?

Selangor?

Pahang? SAMA sahaja. Cantik-cantik orangnya. Lihatlah artis-artis kita, yang asalnya semenanjung cantik-cantik orangnya.

Banyak sahaja. Jadi, tak perlulah bangga diri dan junjung sangat Sabah Sarawak. Semua negeri itu sama sahaja.

Aku kecewa sebab macam nak merendahkah taraf kecantikan orang Semenanjung. Sedangkan, kecantikan itu diwarisi dari ibu bapa yang ada rupa paras menawan.

Entah apa-apalah mentaliti Melayu kita ni. Lemah.

Aku berharap, rakyat Malaysia akan ubah taraf pemikiran terhadap kecantikan. Dan bagi sesiapa yang rasa aku salah, suka hatilah.

Yang penting, aku berpihak pada Semua NEGERI memiliki taraf kecantikan yang sama.

Jangan pernah rasa rendah diri menjadi orang semenanjung, dan jangan juga terlalu taksub dengan menjadi kaum Sabah Sarawak. Kita semua sama.

Sekian,

– Miss Justice (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *