Kenapa Kita Belajar Tinggi-tinggi

Assalamualaikum dan hai, selamat sejahtera. Sebelum tu, Confession yang aku tulis ni mungkin berserabut sikit sebab secara jujurnya aku bukan mahir menulis. Tapi aku akan cuba sedaya mampu aku untuk guna tatabahasa yang betul. Dan sebagai seorang pelajar jurusan bahasa Inggeris, aku minta maaf kalau aku tercampur aduk bahasa Inggeris dan Melayu dalam confession ni. Terima kasih admin kalau sudi publish confession aku ni.

Haritu aku ada terbaca satu thread tweet berkaitan “realiti sekarang memang kita lihat institusi pendidikan adalah lubuk sumber kewangan masa depan”. Dan secara peribadinya aku sangat setuju dengan thread tu. Kenapa? Sebab sebelum aku mula dalam jurusan bahasa Inggeris, aku berada dalam bidang statistik di U***. Dan kos tu sangat mencabar bagi aku. Mungkin ada beberapa reader merupakan pelajar atau alumni statistik, jadi korang mesti faham betapa kompleks nya subjek itu sendiri. Bukan kos statistik yang aku nak sentuh, tapi berdasarkan pengamatan dan pengalaman aku sendiri, kawan-kawan yang kurang gemar dengan matematik atau formula yang terlampau kompleks akan rasa terbeban dengan kos tu. Sebab? Sebab tak minat! Ya, tak minat. Termasuk aku.

Sejak sekolah rendah lagi sampai lah sekolah menengah aku ikut je apa yang mak ayah aku suruh, termasuk dalam atur kehidupan aku sendiri sebab aku tahu mereka lebih tahu. Lepas SPM dan keputusan UPU dah keluar, aku minta pendapat orang lain termasuk cikgu, kaunselor, mak ayah, dan senior. Dan jawapan mereka kebanyakannya sama, “kos statistik banyak peluang kerja”. Nah! Aku nak sambung belajar bukan sebab nak kerja gaji besar. Aku nak sambung belajar sebab aku nak belajar.

Sebelum korang marah aku sebab aku kata bukan sebab nak kerja, meh nak bagitahu. Cuba korang bayangkan apa jadi dengan diri aku kalau aku teruskan hidup dengan kos tu dan sambung lagi dengan kos tu dan dapat kerja lagi bawah kos tu? Sedangkan belajar pun aku dah cukup stress dan penat menipu diri sendiri, inikan nak “hidup” dalam bidang tu? Mungkin bagi korang ok, tapi bagi aku, memang tak sanggup. Itu pun belum tentu aku dapat kerja dalam bidang tu.

Buat pertama kali dalam hidup, aku buat keputusan sendiri untuk berhenti belajar statistik. Aku ikut passion aku. Aku nak belajar bahasa, sebab itu cita-cita aku sejak sekolah rendah. Alhamdulillah 3 tahun selepas belajar dalam bidang bahasa Inggeris, aku lulus dengan cemerlang. Aku berjaya, dan aku enjoy. Aku tahu mak ayah sedih masa mula-mula aku suarakan apa yang terbuku dalam hati masa tu, tapi aku terpaksa berkeras, dari terus tunjuk kegagalan untuk “handle” subjek yang aku tak minat langsung, lebih baik aku jujur.

Ok itu sedikit selingan je. Berbalik pada thread tweet tu tadi, beliau ada tulis “aku tahu ramai saja yang belajar sebab nak bergaji besar, tapi ramai juga sebenarnya belajar sebab minat”. Ya, secara dasarnya aku sendiri belajar sebab aku minat belajar. Itu maksud aku bila aku kata “aku bukan belajar untuk kerja”. Sebab aku yakin dengan rezeki yang Tuhan tentukan untuk aku. Mungkin bagi sesetengah orang fikir “oh kau belajar bahasa ni nanti nak kerja apa je?”, cuba korang tanya diri sendiri, korang belajar tinggi-tinggi ni, apa yang korang dapat? Pengalaman dan kejayaan itu lebih penting. Dan ingat, definisi kejayaan itu berbeza mengikut target individu.

Aku ingat lagi cikgu selalu pesan, dapatkan pengalaman masa belajar. Semua tu penting, lagi-lagi dalam pembentukan akhlak yang baik. Dan sampai sekarang aku pegang dengan pesanan beliau. Aku bukan nak merendahkan golongan yang tak belajar tinggi, tapi aku tabik mereka yang meletakkan taraf yang tinggi pada pendidikan. Kita tengok bidang kulinari pun belajar, bidang perhotelan pun belajar. Kenapa bukan ahli medik, bukan ahli kimia, bukan ahli fizik, ahli matematik dan sebagainya saja yang ada di dunia ni? Kenapa bidang-bidang simple ni pun wujud hingga perlu tubuhkan fakulti? Sebab mereka minat dan mereka nak belajar! Jadi jangan sesekali pandang rendah pada golongan yang belajar dalam bidang yang bagi korang takda masa depan. Dan jangan juga, pandang rendah pada golongan yang belajar tak tinggi. Sebab kemampuan kita semua tak sama.

Kepada golongan yang belajar tinggi-tinggi tapi dapat kecaman “belajar tinggi nanti menganggur jugak”, teruskan belajar. Itu tugas korang.

Kepada golongan yang belajar tak tinggi tapi dah kerja gaji ribu riban, tahniah, korang memang hebat.

Kepada golongan yang belajar tinggi-tinggi dan dah kerja bergaji besar, terima kasih kerana jadi contoh pada kami yang masih belajar.

Kepada golongan yang belajar tak tinggi tapi tak kerja dan menganggur dan merempat je, moga disuntik kesedaran segera!

Apa-apa pun, keputusan kehidupan masing-masing ada di tangan masing-masing.

Dan kepada ibu bapa, tolong jangan terlalu memaksa anak-anak untuk belajar apa yang dia tak minat. Apa yang dia minat tu walaupun remeh, bukanlah satu kegagalan buat anda. Let them lead their life happily, and be proud of your children. Kejayaan bukan terletak pada kerjaya atau jumlah gaji. Itu bonus rezeki. Apa-apa pun, kekal positif.

Sekian tu je sedikit confession dari aku, seorang pelajar jurusan bahasa Inggeris yang belajar sebab minat, dan masih belajar, dan berharap akan ada rezeki untuk kerja nanti. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dalam confession ni, menyinggung perasaan atau ayat terlalu bercelaru. Teruskan doakan anak-anak muda terus berjaya dan semoga mentaliti masyarakat kita terus disuntuk dengan vitamin positif setiap hari. Terima kasih!

– Yaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit