Kenapa Kita Rasa Narsis Itu Menarik

Kenapa ramai orang end up berkenalan dengan orang² narsis? Ya lah Si narsis ni sangat pentingkan diri sendiri, jadi dia hanya fokus diri dia.

Sayang diri, improve diri, cantikkan diri, tambah ilmu, asah kemahiran.

Orang tengok tv, dia belajar pasal skincare.

Orang cuti, dia cari duit.

Orang minum petang, dia pergi gym.

Orang balik kerja, dia sambung buat bisnes pulak. Orang ambil sambil lewa, dia tegas / strict.

Orang tengok video hiburan, dia tengok video self-care.

Orang main², dia sungguh².

Orang tidur, dia belajar.

Lama² value dia naik dan dirinya semakin menyerlah.

Nampak yakin, cantik, nampak bijak, tahu apa dia nak. Berduit.

Selalu sebut benda yang tepat.

Tahu je apa nak cakap.

Tampak sempurna.

Jadi rebutan semua.

Malah dalam naskah filem banyak paparkan refleksi sebegini.

Watak seperti iron man, batman. Gaya hidup mereka penuh dengan perkembangan character. Dia bukan duduk pada tempat sama.

Ini sifat high-functioning narcissist. Yang low-functioning narcissist tu tak payah ulas. Sebab yang tu orang pun tak minat dari awal.

Ye lah, dah la tak menarik, mulut suka salahkan orang pulak tu. Siapa yang suka kan.

Orang biasa yang non-narsis ni pulak asyik bekorban untuk orang lain. Padahal orang tak peduli pun dia. Selalu jadi servant orang. Niat baik tapi selalu kena buli. Namun tetap tertarik pada si narsis yang tinggi memuncak.

Terbentuklah relationship / perkahwinan toksik yang lama² berubah jadi gelanggang buli.

Keluarlah kata² seperti “you ni, benda simple macam ni pun tak tahu ke?!”,

Rolled eyes*

Disrespect pasangan indirectly depan orang.

Ungkit, cari salah, dan taknak mintak maaf.

Hidup dengan si narsis ni, tak ada mawaddah, sakinah wa rahmah. Yang ada hanya helah, seranah dan marah-marah. Akhir sekali punah, hilanglah sunnah.

Si narsis tu memang lah perangai begitu sebabnya dia selalu rasa dia sempurna. Tapi soalannya kenapa si narsis ni boleh hidup selesa dalam masyarakat dan ‘menyamar’, sebagai pasangan idaman

Salah satunya silap kita lah. Kita selalu menjatinakan sifat buruk. Bila kita buat macam tu, kita dah bagi lesen untuk dia terus kekal begitu.

Contohnya kita kata perempuan selalu betul. Lelaki selalu ego. Perempuan selalu emosi. Lelaki kuat nafsu. Perempuan akal cetek. Lelaki memang begitu, perempuan memang begini.

Kita ambil contoh emosi. Realitinya lelaki pun berapa ramai yang beremosi. Yang pukul budak sekolah, yang gilis perempuan mengandung, yang jerit², yang belasah perempuan, yang bunuh ex.

Nyatakan apa bendanya tu kalau bukan emosi. Logik? Jauh sekali. Kalau fikir logik, orang tak buat benda² macam tu.

Tapi kalau tak pandai kawal emosi memang begitu sudahnya. Jadi, beremosi ni bukan hanya perempuan, lelaki pun sama.

Samalah macam kita kata lelaki kuat nafsu sebab tu kena kahwin 4. Padahal perempuan bernafsu pun ada yang sampai kena tangkap khalwat dengan 6 lelaki, yang cari Daddy Ash, dan kes curang isteri pun tidak sedikit.

Bila kita normalize menjantinakan sifat buruk. Maka jantina tertentu akan rasa ‘berhak’ untuk ada sifat tertentu. Kita dah tercipta satu perangkap.

“You kena dengar lah cakap I, perempuan mana pernah salah, naluri perempuan selalu tepat tau”

“You tak payah lah nak tegur² I, lelaki memang ada la ego, you kena jaga benda tu”

“Biarlah I nak buat macam tu, you kena faham la i ni perempuan memanglah beremosi sikit”

Bila jadi macam ni, sifat buruk dijustifikasi, bukan diperbaiki, dan diterima sebagai ‘lumrah’. Sifat baik, tak pulak kita rasa nak letak pada tubuh badan. Balik² yang tak elok tu jugak dijustifikasikan.

Hanya kerana kita dah ikut acuan masyarakat. Maka si narsis pun akan guna naratif ni untuk lindung sisi gelap mereka.

Itu sebab si narsis hidup selesa, sebab kita sendiri beri ruang. Padahal, kalau dah pandai kenal pasti sifat² buruk tanpa bias, dah boleh tapis awal² dah.

Ini tak, dah beri diskaun siap² pulak, sebab rasa dia ni the best, jadi kita kelabukan mata dari sifat² buruk tu atas alasan, jantina dia memang begitu pun.

Golden rulenya ialah. Walaupun bijak, jangan jadikan lesen untuk angkuh dan menghina. Kalau lelaki, jangan jadikan lesen ego. Kalau perempuan, jangan jadikan lesen untuk beremosi, sekian dan sekian begitulah seterusnya.

Empati, logik, self-awareness, dan emosi kecerdasan semua ni bukan milik mana² jantina. Tapi milik orang yang betul² nak jadi manusia yang baik. Bila kita boleh amati semua ni, tandanya dah betul² matang.

– Luke (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *