Untuk part I, (https://iiumc.com/kenapa-kita-teruk/).
Hai Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan coretan saya (ingatkan tak diterima).
Terima kasih kepada pembaca yang komen jem otak nak baca. Hahaha.. Maafkan aku dan terima kasih sudi luangkan masa baca kisah aku.
Insya Allah, aku cuba murnikan semula dan harap yang komen tu baca semula ya, aku tengah tulis pepagi hari ni dan pakai laptop compare hari tu aku pakai phone je, brightness paling rendah sebab tengah panas.
Aku suka kata- kata, sekali kau sakiti orang dengan kata-kata selamanya akan diingat, kesakitan akibat non- verbal (kata-kata) accually lagi sakit daripada verbal (perbuataan).
Terutamanya para wanita, atas faktor otak yang lebih kuat menyimpan memori. Silapnya aku bila aku selesa ngan seseorang, aku anggap benda tu akan kekal macam tu.
Tapi sebenarnya tak, ada orang yang semalam kau sangat bergantung segalanya kat dia, hari ni tengok muka dia pun kau dah tak sanggup.
Sebab apa, sebab dia pernah sakiti kau sedang kau di sudut hati kau, kau harap dia takkan lukakan kau.
Dunia sekarang kalau kau jumpa orang yang treat kau dengan ikhlas aku, keep that precious one, hargai itu sesungguhnya.
Kau ingat kat dunia serba moden ni,ada lagi orang yang nak kisahkan kau sangat? Sebab tu aku sangat anti dan benci bila seseorang pandang rendah atau hina kat diri dia.
Sebab kau tengok kelebihan orang lain dan compare benda tu dengan diri kau. Belajar hargai diri geng, kalau kau tengok yang indah-indah je, memang gitu jelaa..
Kalau dengan itu, kau rasa terpandu naik baiki diri, nak upkan diri takpe, tapi kalau sekadar tambah give up dalam diri kau, TAK PAYAH.
Sekarang, mana ada orang kisahkan orang lain (hard truth of life). Accually, aku tak nak percaya benda tu, tapi perlahan-lahan aku dah mula kene terima kenyataan tu.
Aku dah banyak saksikan macam mana kawan sanggup pijak kawan untuk markah akademik yang baik (claim kerja dia yang full buat, palau kawan sorang2, anggap dia yang paling betul, putar belit fakta) dan etc.
Sangat realitilah tu kan, mungkin ni persediaan untuk Tuhan mempersiapkan aku dalam alam pekerjaan kelak. Katanya, kalau kau buat kerja, kau kene tunjuk, kene ada bukti.
Betul lah tu, tapi sikit2 dah lah, dah bendanya semua sama-sama.. That competition musnahkan ukhuwah, cederakan emosi dan perasaan orang lain dan yang paling penting sejauhmana keikhlasan kau time buat benda tu.
Aku terjentik bila ada kata-kata. “Kita akan disoal tentang amalan kita, misalnya pekerjaan kita selama 60 tahun, tapi waktu yang kita betul2 ikhlas dengan kerja tu ada laa secebis je, secebis tu jela Allah kira, lain-lain tu kira burn dan sia-sia”. Maafkan aku kalau aku tersilap.
Sayangkan kalau seandainya begitu, sebab tu konsep kalau kau kerja kau mesti tunjuk tu bagi aku tak valid. Jangan ikut perangai tak semenggah aku ni, sah2 laa kan kalau camni kat tempat kerja kau berenti jelah.
Nilai ikhlas tu suci kan, tak perlu dilihat sebab ada Allah yang direct lihat dan sentiasa ada “kiraman kaatibin” yang mencatat segala amalan sepanjang hidup. Jadi, pandai2 lah ya, aku pun sedang belajar tips untuk berjuang hidup ni.
Okey aku sambung kejadian lepas. Hari kejadian amali sukan aku. Similar to golf, maaf aku tak nak sebut sini. Pastinya ada stick kayu tu la ye, aku tak reti dan tak pernah main benda alah tu. Mr. X dah demo, buat macam ni ye.
Next, sapa yang dah biasa main, 1/3 angkat tangan, dan mereka diminta tunjuk ajar yang tak pandai. So yeah, aku pergi kat kawasan untuk buat latihan tu, aku tak buat elok2 tak bongkok yang sepatutnya dan golek bola tu dengan tak betul.
Tapi, taklah aku niat nak main2 ke apa, aku nak cuba, kalau tak aku takkan buat tgh2 panas, dah memang aku tak reti. Mr. Z nampak aku dan jerit “kau buat apa hah?”
Sampai hari ni masih terngiang –ngiang kat kat telinga aku. Mainan setan eh, tapi emosi aku quite tercedera bukan sebab aku kene jerkah atau the crowd yang pandang dan jauhkan diri ta;I sebab dia tu yang aku hormati.
Sebab tu kat sini aku tekankan, takde manusia yang betul- betul mampu kawal amarah.
Dalam dunia pendidikan (guru-murid), sentiasa diajar bahawa “marah bukan jalan penyelesaian”, “kau tak perlu bagi dia rasai kesakitan”, “kurangkan marah, jentik/ sentuh hati dia dengan kasih sayang dan cari solusi”. Hahaha..
Sebagai testimoni aku rasa tu tipu, takdela. Kita kan manusia, lumrah manusia marah, semua kata-kata tu teori, Allah uji balek dalam bentuk real life, mampu ke tak mampu kau buat. Atau sembang kencang je.
Marah tu normal, cuma kene perlu kawal je, boleh marah tapi tak perlu guna kata- kata kesat yang melukakan tu pun.
Tu satu, banyak aku typo kat confession lama tu. Satu lagi peristiwa tahun lepas, waktu bulan puasa jugak. Kawan aku sakit til now (doakan kesembuhannya), jadi cikgu aku minta semua diam, tutup mata kot,aku tak ingat.
Masing2 doa (nama dia). Kawan aku tidur kat sebelah, so aku kata, bangun jom doa untuk (nama dia). Sebab semua tengah khusyuk, aku jadi terpaling nampak rude dan buat hal.
So, kene jerkah, (nama aku), saya suruh buat apa hah?. Jujurlah, dia takkan pernah marah student kecuali yang macam aku ni aa, rude dan menganggu. Yee, aku laa tu. End up lepas tu, after class la memang aku nanges.
So, kat sini aku nak simpulkan, yang kadang aku rasa takut, quite trigger bila tegok orang yang sama yang marah aku. Sebab sensation of emotion / vibe kebencian, kemarahan dan kejelikan dia dengan kita. Terpadu tepat untuk menkoyakkan hati aku sehanvur- hancurnya.
Sekian, aku bakal pendidik geng.
Doakan aku dan sesapa laa yang dalam journey jihad belajar dan kerja jua. Takkan ada mudahya. Sebab memang gitu, kadang kau okey kadang kau tak okey. Lumrah nyah.
Bolehkan kita saling mendoakan, stranger ke tak stranger, kalau kau doa pasti terjentik kat hati seseorang tu. Lagi2 kalau kau doa yang baik2, Allah makbulkan dan balas yang sama untuk kau.
Tak rugi, cost RM zeroo, Kalau kau rasa terkesan dengan dunia, dengan apa jadi kat kau, pujuklah diri kau elok2, hentikan self sabotaj.
Kepada yang komen jem otak tu, kalau baca ni komen laa lagi ye, Hahaha.. Terima kasih.
Semoga Allah berkati kita semua.
– A Forevor Tryer (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit