Orang kata perkahwinan tu satu perjudian. Tak kisah lah kita ni skilled macam mana pun, masih takkan dapat perkahwinan yang mudah dan lancar sepanjang masa. Hatta yang dah berkahwin lebih dari sekali pun masih rasa perkahwinan tu penuh cabaran.
Betul ke?
Aku pun tak tahu sebenarnya hahaha. Aku M. Belum kahwin. Umur 3 series. Perempuan.
Ramai lelaki ajak kahwin – semua aku tolak. Dulu bila orang tanya kenapa tolak, aku akan cakap tak tahu. Ada yang kata aku memilih, tapi melihat kepada senarai crush tak kesampaian aku, bukannya yang jenis-jenis lelaki pujaan Malaya pun. So ternyata aku tak memilih.
Crush aku semua muka biasa-biasa, yang berbelas tahun lagi tua, yang perangai tak semenggah, yang kerja nan hado. Semua ada. Tapi aku tetap jatuh hati; cuma diorang tak layan aku. Kalau diorang layan, mungkin aku kahwin dah kot.
Meanwhile, lelaki-lelaki yang nak berkenalan, nak berkawan, nak serius dengan aku semua baik-baik. Setiap kali aku reject, bff aku akan kata aku bodoh.
Anyway bff aku lelaki. Dia dulu minat dekat aku. Lama juga, dari zaman sekolah menengah. Tapi aku keep on reject, so dia pun kahwin dah. And wife dia pun dah jadi bff dengan aku.
Wife dia bagus. Sikit pun tak jeles dekat aku. Katanya kalau aku ni nak dekat laki dia, lama dah aku kahwin dengan laki dia.
Truth! So, aku ni bukan threat untuk dia, sebabtu dia tak kisah aku bff dengan laki dia. Apa saja aku text dengan laki dia semua dia tahu, semua dia baca. So, takpelah kan aku bff dengan laki dia kan?
Anyway, back to the actual story. Only men can tell whether their fellow species is gonna be a good guy or not.
Based on bff aku ni, dia selalu komen pasal lelaki-lelaki yang aku suka; dan suka aku. Semua lelaki yang aku suka, katanya sejenis sampah. Lelaki yang suka aku dan aku reject, semuanya yang jenis baik-baik. Selalu dah dia bodohkan aku sebab pilihan yang aku buat.
Tapi entahlah. Aku langsung tak hingin nak kahwin dengan lelaki-lelaki baik tu.
Bila diorang concern pasal aku, aku rasa diorang tu menyibuk. Bila diorang dahulukan aku, aku rasa diorang lelaki tak ada pendirian. Bila diorang sanggup buat macam-macam untuk aku, aku rasa diorang tu loser.
Makanya, aku dibodohkan bertalu-talu diiringi ayat “kau ingat senang ke nak jumpa lelaki macamtu?”
Mungkin susah untuk orang lain, tapi aku selalu saja jumpa lelaki macamtu. Adakah itu sebab aku take things for granted?
Meanwhile, bila crush senyum dekat aku, terus rasa cair meleleh macam hape saja. Padahal mamat tu jenis awek keliling pinggang. Jenis tabur janji manis siap tabur benih merata lagi. Bukan aku tak tahu.
Tapi bila aku dah suka, memang unconditional love terus. Buta terus jadinya. Again, aku akan dibodohkan oleh bff aku.
Aku jenis crush tak lama. Kalau aku suka dekat satu-satu lelaki tu, dalam 2-3 bulan saja. Bila tak dapat response yang aku nak, lama-lama aku bosan so aku move on. Cari crush baru. At the same time crushing the heart of orang-orang yang ada crush dekat aku.
Kalau lelaki yang suka aku ni ajak kahwin, 1001 alasan aku bagi. Tak ready. Nak fokus kerjaya. Nak beli rumah sendiri dulu. Tak nak beranak, sakit. Takut kahwin, sebab takut tak mampu didik anak.
Etc etc etc alasan yang memang tah pape tapi memang aku akan jadi sangat-sangat takut dengan komitmen. Real fear, bukan sekadar alasan.
Tapi bila dok berangan pasal lelaki-lelaki teruk yang aku dok crush mrush tu, jadi macam “eee bestnya kalau dapat kahwin dengan dia, bestnya kalau ada anak dengan dia, bestnya kalau buat aktiviti dengan anak-anak sama-sama” and so on and so forth.
Rasa macam kalau kahwin dengan orang yang aku suka, I’ll do anything, I’ll face anything. Biasalah, berangan kan free.
Entah kenapa aku jadi macamni entah?
Menurut kata bff aku, maybe sebab nature aku yang jenis suka challenge, jadi bila lelaki-lelaki yang nak dekat aku, aku tak tertarik sebab rasa tak challenging. Meanwhile, lelaki-lelaki yang aku suka and dok ngorat tapi tak layan aku ni, jadi challenging. So sebab tu aku dok kejar.
Betul ke aku macamtu? Entahlah. Aku ni bukan sejenis suka buat outdoor activity pun. Berdebat, yes. Aku suka. Consider suka benda challenging ke camtu?
Yang aku tahu, aku rasa aku tak boleh kahwin without love. Kalau aku tak ada hati dekat someone tu, dia baik macam mana pun aku tak ada rasa teringin nak bersuamikan beliau.
There was this one guy yang sungguh-sungguh sangat lah nak kahwin dengan aku. Aku bagi chance juga lah. Thinking that, lelaki baik susah cari; I should love someone who loves me; cinta boleh dipupuk lepas kahwin and all sort of positive mantra I could think of so that it would work with him.
Dia ajak keluar, aku ikut. Walaupun dalam hati menyumpah gila sebab aku sejenis malas keluar kalau weekends.
Yelah, weekdays hari-hari dah keluar kan (kerja); so weekend memang off day sepenuhnya untuk aku. Tapi, nak bagi peluang punya pasal, aku korbankan weekends aku untuk keluar dengan dia.
Sepanjang dalam kereta aku dok melayan phone saja. Dia ajak borak pun aku hmm hmm saja sebab topik dia membosankan.
Aku suka cakap pasal serious issues, pasal politik, pasal academic, history, science etc. Takpun pasal movies, dramas. Contohnya review movie ke, opinion about drama or documentary ke. Kalau berdebat pasal benda-benda camni pun aku suka.
Tapi beliau sejenis suka cerita pasal diri dia, pasal family dia, pasal kawan-kawan dia yang aku tak kenal pun.
So sepanjang dia bercerita tu I’d be like “IDGAF, shut up” tapi dalam hati saja lah. Bosan weh. Sebabtu bila dia call ke, whatsapp ke memang berat saja aku nak reply or layan. Tapi beliau sungguh berusaha untuk ajak aku borak.
Mysterious guys are more charming okay! tak ada lah suruh berahsia ke apa tapi kalau dah londehkan segala cerita on the first date, what else is left to know? I didn’t have to figure him out anymore. 2,3 kali keluar dah tahu dah dia sejenis apa. Terus jadi bosan.
Banyak kali dah aku sound dia, aku cakap aku bosan lah dengar cerita pasal dia. Boleh cakap pasal benda lain tak?
Nope he can’t. Terus diam membisu. Paling kuat pun dia tanya aku “awak nak borak pasal apa?” Allahu terasa bebal ketika itu. Ni keluar dating ke keluar jawab exam speaking MUET? Nak kena ada topik sesiap ke?
Aku memang anti small talks. Buang air liur. Tak memberi input untuk kepala otak aku. I don’t want to know about your life. I don’t. I don’t even need to. I’m not interested.
Sebab aku memang tak ada hati dekat kau jadi aku tak teringin pun nak tahu. Haa camtu lah kekdahnya dengan beliau and lelaki-lelaki sebelum ni.
Last-last aku bagitau saja dengan dia yang aku memang tak boleh dengan dia. Merayu-rayu dia suruh aku fikir balik tapi aku memang tak boleh. Sebab bila aku bosan dengan dia aku jadi benci dekat dia and nak marah.
So yeah, untuk menyelamatkan masa depan dia, aku put a stop on it before it gets further. Kesian tu ada juga tapi takkan nak kahwin semata sebab kesian.
Tapi lelaki-lelaki baik mostly macamni lah. Sejenis tak mencabar minda. On paper, yes calon suami mithali. Rasa macam mesti senang hidup kan kalau dapat suami yang menurut cenggitu. Suruh buat apa pun, buat saja. Tabah dan sabar walaupun kena sound tepek.
Oh ye, aku memang outspoken. Aku kalau tak suka something, aku bagitau saja. Orang tu nak offended ke apa ke, not my prob. Memang bukan jenis aku lah cakap belakang ni. Dan ternyata lelaki-lelaki baik tersebut sangat bersabar dengan mulut tak ada filter aku ni.
Then, apa lagi aku nak?
No idea. Seriously.
Actually I do have an idea; tapi macam aku cakap awal-awal tadi lah. Bila aku dah suka someone, ehhh perangai macam tahi pun aku terima seadanya. So, no matter how I wish my future husband will be, selagi tak ada hati, memang takkan kahwin rasanya.
And I do worry that I might end up with trash. Yelah, dah asyik tertarik dengan bad boy vibe saja. Aku bukan jenis percaya “bad boy boleh berubah jadi baik” macam dalam drama tu.
Instead aku rasa, kalau dah jahat tu, susah nak berubah jadi baik just because dah kahwin, dah ada responsibility. Silap-silap terus tolak tepi saja responsibility tu. cari penyakit kalau kahwin dengan orang macamtu.
“Umur dah 3 series, memilih apa lagi” – ni benda-benda yang orang selalu kata dekat aku. Tapi aku lantakkan saja lah.
Cuma kesian dekat parents aku. Teringin tengok aku kahwin katanya. Biasalah parents kan. Anak perempuan ni lain sikit jaganya. Kalau tak kahwin tu, takut nau anak dia tak boleh hidup.
Tapi trust me, aku memang boleh hidup punya. I have a good career, savings and all. Insha Allah tak ada hal nak survive sorang. Kawan-kawan pun ramai saja, tapi aku memang sejenis loner.
Aku prefer duduk rumah, hadap netflix sepanjang hari. Or habiskan buku-buku yang aku belum baca. Aku memang suka borong buku. I have hundreds of books yang belum baca sebab tak ada masa, because aku tak suka baca 2,3 pages sehari then sambung esok.
Aku lagi suka baca sekali harung therefore, sebab kerja and all, memang tak ada masa nak baca on weekdays. Weekends saja.
Pastu aku review segala buku yang aku baca, or drama and movie aku tengok dalam fb aku. Pastu nanti ada orang komen. Or argue. So aku debate on that. Tu pun dah rasa fulfilled dah hidup aku hahahah
Anyway, back to the point. Korang rasa perlu ke aku kahwin sebenarnya? Jujurnya aku tak nampak keperluan kahwin tu selain daripada memenuhi angan-angan aku bila nampak crush. Tapi reality of marriage tak adanya seindah itu. So why bother kan?
Bila orang kata berkahwin kerana Allah, berkahwin untuk ikut sunah nabi, berkahwin untuk melengkapkan iman, sumpah aku kennot brain.
Aku tak faham konsep kahwin yang disebut dekat atas ni. Aku bukan belajar agama tinggi sangat pun so honestly memang aku tak boleh grasp the actual meaning of kahwin kerana Allah. What does that even mean? How does that work?
“Cintai seseorang kerana agamanya” pun aku tak faham. Sebabnya anyone could pretend to be a good muslim, walaupun hakikatnya nan hado.
Ada saja lelaki yang acah alim, acah solat tak tinggal masa pergi dating. Sekali lepas kahwin, baru tahu yang semua tu lakonan sebab nak mengorat saja. Tak ke naya.
Tengok pun tak ada feeling, nak cinta macam mana? Sumpah tak faham. Tak tahu nak buat apa sekarang ni. Nak kena menggelabah ke cemana
Mana lelaki yang baik tapi fun loving? Mana??? Yang suka talk about serious issues mana??? Yang suka travel mana???? Yang independent, stable dan takkan duduk sama-sama dengan parents lepas kahwin mana??? Yang suka kucing, rajin jaga kucing tapi tak gay mana???
Yang pembersih mana??? Munculkan diri weh. Kot-kot nanti parents aku buat drama nak aku kahwin juga ke apa ke boleh juga aku sebat siapa-siapa dekat sini.
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit