Kenapa Lelaki Takutkan Aku

Assalamualaikum wbt.

Harap admin approve confession ni, sebab confession aku selama ni tak pernah di approve. Kecewa tu kecewalah jugak bila tak di approve, terus ban kejap page iiumc. Tapi bila bosan, aku buka jugak page ni sebab aku suka baca confession orang. Aku harap lepas ni admin approve je semua confession confessors lepas ni. Mungkin bagi admin confession tu tak penting @ entah apa2. Tapi bagi orang lain, mungkin ianya menarik. Harap admin jangan pilih kasih dalam bab approve confession. Kalau ada part yang tak sesuai boleh je admin delete atau padam ayat2 yang tak sepatutnya. Betul tak? (Admin boleh je nak delete part ni)

Okey dah tersasul pulak dari topik utama. Kisah ni adalah mengenai kisah aku. Aku seorang wanita berusia hampir 30-an. Di usia ini, rakan-rakanku hampir semuanya telah berkahwin dan beranak pinak, sedangkan aku masih lagi membujang dan sedang menghampiri fasa ‘andartu’.

Kisahnya, aku ini bukanlah langsung tak cantik. Aku ada je rupa paras (eh puji diri sendiri pulak). Bukan aku angkat bakul sendiri tau, tapi memang ramai je kawan-kawan puji cakap aku cantik comel dan sebagainya. Tapi masalahnya sekarang, kenapa tak ada lelaki yang lamar aku di usia begini? Kenapa?

Ya. Aku muslimah bertudung labuh. Aku tidaklah begitu jumud sehingga mengasingkan terus dunia dari lelaki. Aku masih berkawan dengan lelaki, cuma aku menjaga batas. Aku berkawan dengan lelaki, tapi tidaklah begitu rapat. Nak ketawa lebih-lebih tu, sorry. Tu bukan aku. Aku hanya berurusan untuk hal penting aje. Dan aku, ada lah sedikit watak independent dan lasak tu. Tidaklah aku ini hanya berjilbab dan berzikir sahaja. Aku pun bukanlah bidadari dari langit ketujuh yang memiliki ciri-ciri wanita maksum. Aku masih lagi wanita biasa yang suka travel, suka sport dan kadang-kadang ada sedikit sikap gila-gila.

Tapi, realitinya semua orang memandang aku sebagai “wanita tudung labuh”, yang mana kalau aku buat silap sikit terus manusia seluruh alam akan judge keseluruhan wanita bertudung labuh akibat kekurangan aku. Ingin aku tegaskan di sini bahawa kami kaum wanita bertudung labuh bukan sebab kami alim dan warak, tapi sebab kami nak menjaga ‘kehormatan diri’ kami dan nak jaga iman sendiri. Sebab kami tak perfect lah kami bertudung labuh, supaya kami sentiasa ingat bahawa kami ini muslimah yang mahal, bukan murahan. Jadi tudung ni secara tak langsung akan jadi benteng untuk aku dari buat benda-benda yang tak patut.

Okey back to the main topic.

Pernah kawan aku cakap. Mungkin disebabkan aku yang kurang bergaul dengan lelaki, jadi aku susah bertemu jodoh. Benarkah? Adakah kerana aku terlalu rigid bab pergaulan menyebabkan lelaki takut denganku? Ya. Kawan lelaki aku tak ramai. Yang aku berkawan tu pun tak lah rapat. Sekadar berkawan atas urusan belajar dan kerja. Nak bermesra mesra sharing lebih lebih tu memang tak ada.

Oh, satu lagi. Pendidikan aku tinggi. Aku tengah on the way nak habiskan phd aku. Kawan-kawan aku selalu cakap, semakin tinggi level pendidikan wanita, semakin susah dia nak dapat jodoh. Aku terfikir, adakah kerana level pendidikan aku lelaki takut nak melamar? Apa kaitan tahap pendidikan dengan jodoh? Aku kurang faham bab ni. Kenapa mesti jadikan level pendidikan sebagai alasan? Sejujurnya aku langsung tak kisah kalau bakal suami aku tu tak masuk universiti pun. Kalau dia kerja cleaner pun aku tak kisah, posmen ke, tukang paip ke. Aku tak pandang pun tahap pendidikan. Yang aku pandang ialah kebaikan dia dan kerajinan dia. Selebihnya, aku tak kisah.

Risau hantaran tinggi sebab aku ada phd? Aku malah pernah merancang untuk langsung tak kenakan hantaran untuk kahwin nanti. Sebab bagi aku, buat apa hantaran tinggi tinggi? Yang wajib mas kahwin je. Hantaran tu adat je. Buat yang wajib sudah. Kita ni bukannya alat jual beli nak kena ada ‘harga’. Bagi aku, hantaran ni macam nak memperdagangkan wanita je. Entahlah, tu pendapat aku lah.

So apa lagi sebab untuk lelaki tak berminat dengan aku? Selain faktor jodoh belum sampai, mari aku simpulkan antara sebab sebab yang mungkin menjadi asbab kenapa jodoh aku belum sampai.

1) sebab aku bertudung labuh.

Kawan aku cakap : lelaki takut nak dekat dengan wanita bertudung labuh. Sebab mereka rasa tak layak nak lamar wanita yang sangat baik. Mereka rasa wanita bertudung labuh terlalu baik untuk mereka. Mereka rasa wanita bertudung labuh ni ibarat bumi dengan langit untuk mereka. Jadi mereka play safe, try wanita biasa-biasa je.

Jawab aku : kau ingat semua yang bertudung labuh ni bagus sangatkah? Kami tak perfect pun. Seriously, kami takde beza sangat pun dengan wanita lain. Kalau nak cakap pasal amalan dan ‘alim’, wanita tak bertudung labuh pun ada yang alim, malah lagi warak dari yang bertudung labuh. Aku tak kisah pun kalau bakal suami aku tu bukan yang jenis suka pakai kopiah atau serban. Aku tak kisah pun dapat suami gila-gila dan hipster. Janji dia ada agama dan baik dan boleh sama-sama berubah nak jadi lebih baik dengan aku (yela aku pun nak berubah jadi lebih baik jugak sebab aku yang sekarang pun ada je kekurangan).

2) sebab aku ada tahap pendidikan yang tinggi (phd)

Kawan aku cakap : lelaki takut nak approach perempuan yang ada education tinggi, sebab first takut kena reject. Kedua rasa tak layak. Ketiga takut hantaran tinggi. Keempat takut perempuan tu ego dan demand macam macam. Kelima takut perempuan tu taknak lelaki yang tak sama level.

Jawab aku : aku tak pandang pun semua tu. Dan aku yakin, tak semua wanita yang ada education tinggi tu memandang level education dan bersikap materialistik. Aku langsung tak kisah kalau bakal suami aku tu ada spm je , janji akhlak dia bagus. Kalau dia ada phd sekalipun tapi perangai tah pape. Aku pun taknak.

3) sebab aku kurang berkawan dengan lelaki.

Kawan aku cakap : perempuan yang kurang berkawan dengan lelaki susah dapat jodoh sebab kenalan lelaki sikit je. Linkungan kawan kawan tu ada sedikit pastu yang ada pun kebanyakannya dah berpunya dan dah berkahwin. Jadi, probability untuk bertemu jodoh tu kecil sebab kebarangkalian untuk jatuh cinta tu kecil.

Jawab aku : yang ni aku rasa logik la jugak. Jadi lepas ni, aku mungkin kena tambah lebih ramai kawan lelaki dan fokus kepada yang single single saje mungkin? Tapi sumpah aku taktahu caranya. Aku ni dah la jenis yang tak suka nak approach lelaki, dan aku rasa aku ni tak de lah terhegeh-hegeh sangat nak mencari jodoh sampai terpaksa memurahkan diri cuba approach lelaki. Hmm. (Tapi realitinya aku memang dah terdesak sangat nak kahwin T_T aku tak rela digelar andartu)

Okey. Itu sahaja list dan sebab musabab mengapa aku belum bertemu jodoh.

Kawan aku ada cakap, sebenarnya dalam kawan-kawan lelaki aku tu ada je yang sukakan aku. Tapi sampai sekarang mereka tak berani nak lamar aku disebabkan oleh faktor aku ni wanita bertudung labuh dan level education aku tinggi.

Jadi, sekarang aku nak bagitau kepada lelaki lelaki di luar sana. Tolong jangan buat assumption bukan-bukan sebelum cuba boleh?

Jangan jadi penakut sangat boleh? Jangan jadi pengecut boleh? Apa salahnya mencuba. Kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama. Terus sahaja lamar wanita yang anda berkenan. Takpe kena reject pun. Lebih baik direject lepas mencuba dari tak mencuba langsung dan at last tak dapat apa-apa.

Aku kalau dah terdesak sangat, aku terpaksa jadi Siti Khadijah. Terpaksalah aku yang melamar lelaki kalau takde lelaki yang nak lamar aku :(

So please ye lelaki. Jangan jadi penakut sangat. Face your fear. Selagi korang duk buat assumption tentang reaksi perempuan yang korang suka tu, selagi tulah korang takkan dapat dia. Faham tak maksud aku?

P/s : kalau suka teruslah lamar cara baik. Jangan lah nak kapel kapel ke apa. Follow cara islam k

– Anak dara yang belum tua

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit