Kenapa Maria Berubah Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca setia IIUM Confession. Boleh panggil saya Maria. Harini Maria nak cerita kisah Maria, suami Maria (Iskandar) dan Hadi (boss di tempat kerja Maria) semua bukan nama sebenar.

Tahun ni tahun perkahwinan Maria yang ke tujuh. Asalnya Maria dan Iskandar duduk serumah dengan ibu Maria. Ibu pula seorang yang sangat cerewet.

Kerbersihan rumah tip top. Rumah tu dah macam show house bersih dan tersusun. Jadi bila datang orang baru Ibu harap Iskandar ni pon ikut la acuan ibu. Tapi Iskandar tak boleh terima diatur macam tu.

Maria dan Iskandar kerja di negeri yang sama, sebab tu Maria pujuk Iskandar untuk duduk dulu dengan Ibu. Sekurang2 nya dapat la jimat sikit duit dari bayar rumah sewa. Rupanya Maria silap, ibu Maria dan Iskandar gaduh teruk, dan disini la mulanya ujian untuk Maria..

bila gaduh dengan Ibu, Iskandar akan mengeluh seolah2 dia menyesal kawin dengan Maria.. sedih tau bila dengar. Yeala Maria ni dah la kawan tak ramai, bila kawin ingat boleh la susah senang bersama.

Maria dah cuba sedaya upaya support Iskandar dari segi kewangan dan emosi. Tapi semua rasa macam sia-sia, macam tak dihargai. Selepas setahun akhirnya Iskandar buat keputusan lari ke negeri lain dan mulalah kehidupan PJJ kami.

Kenapa Maria tak ikut? Maria nak kena support juga Iskandar dari segi kewangan. Kalau ikutkan komitmen bulanan Maria lagi besar dari Iskandar. Sebab tu Maria tak berhenti kerja dan terus ikut Iskandar. Maria PJJ dulu sementara cari kerja di negeri lain.

Tapi lain pula jadi bila PJJ, Iskandar macam lupa kat Maria, bila whatsapp berjam2 masa berlalu baru Iskandar reply. Bila Maria ajak call atau video call Iskandar tak nak. Katanya sibuk. Tapi takkan la hari-hari sibuk?

Kalau sibuk kenapa last seen Kat whatsapp Iskandar tu mesti yang paling latest. Maria ingat lepas kawin Maria ada la tempat nak bercerita, berjenaka dan bermanja. Rupa-rupanya tu semua angan-angan Maria yang tak tercapai.

Kadang2 bila dah lama sangat tak berhubung, Maria jadi sedih. Bila sedih Maria akan marah Iskandar. Lepastu Maria kena maki balik dengan Iskandar macam Maria ni buat dia rimas dan lemas.

Ada satu tahap tu sampai Maria merayu pada Iskandar. “Call la Maria abang, Maria nak bercakap dengan abang ni”.

Tapi Iskandar cakap “kau ingat aku takde kerja lain ke asik nak kena call kau”. Tersentak Maria bila Iskandar cakap macam tu. Terasa merajuk nya hati.

Tiba2 Maria rasa kering mulut, tangan sejuk menggigil, jantung degup laju dan tak keruan. Maria call dan call dan call Iskandar sampai beratus call.

Tapi takde satu pon berjawab. Makin teruk rasa tu, menangis2 macam orang tak betul, nafas pon macam rasa nak lemas.

Maria tak tau lah apa yang terjadi selagi Iskandar tak angkat call Maria, selagi tu la Maria akan rasa macam tu. Tapi memang kental betul Iskandar. Satu call pon dia tak jawab.

Dari malam sampai ke pagi setiap selang 5 minit Maria akan call. Memang beratus2 miscall. Tapi tetap tak dijawab. Menangis2 Maria seorang diri dalam bilik dari malam sampai ke pagi dengan rasa nak lemas. Geram punya pasal, esoknya Maria terus drive ke rumah sewa Iskandar.

Jauh juga la dlam 400km dari rumah Ibu. Bila sampai, rupanya Iskandar ada je kat rumah, baru bangun tidur. Terkejut juga la dia tengok Maria ada depan rumah. Terus dia ajak masuk.

Tapi Maria ni macam mana ea, bila nampak Iskandar terus tak jadi nak marah. Terus berbaik. Sebab Iskandar ni pandai main kata2. Lepastu bila mood dia baik, dia jadi romantik.

Lepas beberapa bulan macam tu Maria dapat kerja senegeri lagi dengan Iskandar. Maria pon pindah duduk serumah berdua dengan Iskandar. Bila time Maria mengandung, Iskandar mula balik perangai tak ambil peduli tentang Maria.

Nafkah dia tetap beri, tapi macam mana nak cakap ea, Iskandar buat tu macam atas dasar terpaksa dan tanggungjawab. Dia anggap macam beban untuk dia. Hampir hari2 Iskandar mengeluh seolah2 menyesal kahwin. Kalau tak kawin mesti dia ada banyak duit.

Boleh simpan duit. Boleh travel kesana kesini, boleh makan sedap2 kat kedai mewah, boleh beli kereta mewah. Sebabkan kahwin, dia tak boleh buat semua tu. Sebab terikat dengan tanggungjawab nafkah pada Maria dan anak. Sedih hati Maria.

Bila Iskandar cakap macam tu, memang Maria akan seboleh2 usaha bantu Iskandar dari segi kewangan. Tapi tetap juga di cakap macam tu.

Bila bergaduh, lagi teruk dia ungkit, siap cakap ke Maria kalau nak Iskandar lepaskan Maria boleh cakap sekarang. Iskandar boleh lepaskan sekarang. Tapi Maria tak pernah cakap nak cerai atau nak berpisah.

Paling2 pon Maria mengamuk je sebab tak boleh terima Iskandar sebut2 pasal cerai ni. Sedih hati, sampai kan boleh rasa ke fizikal sedih tu. Tekak ni rasa macam kena garit2 je dengan duri, hati ni rasa macam ada seketul batu tak boleh keluar. Rasa lemas je.

Lepas bersalin, lagi sekali Iskandar dan ibu bergaduh. Sebabnya ibu perasan yang Iskandar ni tak ambil peduli pon hal Maria. Semua Maria kena uruskan. Dah la bersalin czer. Naik turun tangga sorang diri. Iskandar balik rumah lain and tidur sana.

Bila tegur, mulalah Iskandar ungkit pasal menyesal kahwin dengan Maria, duit apa semua takda, walhal dah macam2 dah Maria bantu. Even bill czer pon Maria bayar. Tak tau apa lagi nak buat untuk But Iskandar rasa happy dengan perkahwinan ni.

Last2 Maria kemurungan, dan kena refer ke hospital pakar. Rasanya dalam setahun juga la Maria kena makan ubat. Tahun 2020 start pkp.

Hospital tu pula jadi pusat rawatan pesakit covid. Kiranya Maria tak pergi dah la checkup apa semua. Ubat pon stop makan.

Start tahun 2021, Maria dapat kerja baru kat sebuah company terkemuka la. Kiranya MNC yang sangat2 terkenal. Gaji Maria pon jauh lagi tinggi dari Iskandar. Bila masuk sini, kawan2 best, boss pon best, jadi lagi la Maria rasa tak perlu dah pergi ke pakar psikiatri.

Sebab dah tak rasa murung walaupun Iskandar still ungkit2 menyesal kahwin. Tapi ada satu time yang betul2 buat Maria terkesan, Iskandar pos di media sosial, yang betapa dia berharap kalau masa tu boleh diputar balik dan dia tak akan buat lagi keputusan yang salah.

Untuk pengetahuan, time tu Iskandar marah kat Maria sebab pergi share kat fb pasal satu post suami tak membantu isteri buat kerja rumah. Maybe Iskandar terasa hati. Tapi okay fine la, memang Maria silap pon.

Cumanya Maria terkilan dan sedih sangat2 yang Iskandar boleh post bab menyesal kahwin ni kat FB jugak. Malu sangat2. Sebab ada beberapa orang kawan DM Maria dan tanya kenapa Iskandar post macam tu.

So ended up Maria dan Iskandar bergaduh… bila gaduh memang Maria akan kena maki dengan kata2 kesat. B*d*h, B**i, s**l, c***ka, lepastu dia akui memang dia menyesal kahwin. Selama tujuh tahun kahwin. Maria terima kata2 ni. Terkedu, kelu lidah Maria. Sedih yang tak terkata.

Sampai Maria peluk diri Maria, seolah2 pujuk diri sendiri. “Maria dah buat yang terbaik, Maria dah cuba support macam2, Maria jangan sedih” siap tepuk2 diri sendiri dari belakang.

Kiranya dalam sebulan lebih la Maria macam ni. Dan seperti biasa bila Mood Iskandar dah baik, dia takkan minta maaf tapi dia akan layan Maria baik2. Cumanya kalini, Maria dah takde apa2 perasaan lagi.

Bila start kerja tempat baru, Meja Maria belakang meja Hadi. Hadi ni pula senior manager department sebelah. Umur dia dalam awal 40-an.

Hadi ni tak kahwin lagi. Handsome, lemah lembut, baik bahasa nya. Kami mula lah berbual. Tapi mostly hal kerja sahaja, dan hobi masing2.

Tak pernah cerita hal peribadi dan masalah perkahwinan Maria. Tapi bila dengan Hadi ni, lepas habis waktu kerja kami boleh berbual sampai sejam lebih. Waktu rehat pon sama. Jadi Maria rasa macam gembira laa.

Hari2 mendung Maria dengan Iskandar macam dah insignificant untuk Maria. Hari2 rasa tak sabar nak pergi kerja nak berbual dengan Hadi. Yeala, kalau balik rumah pon, Iskandar bukannya nak layan Maria, bila ajak berbual dia tak dengar. Dia main game atau tengok tv je.

Rasa macam berbual dengan orang yang tak fokus apa kita cakap. Last2 Maria pon diam. tapi dengan Hadi ni lain, betul2 ada two way communication. Masing2 fokus pada percakapan masing2. Lama2 Maria rasa seronok. Kalau boleh hari2 nak berbual dengan Hadi.

Maria still jaga batas Maria sebagai isteri orang. Tapi Maria tak boleh tipu perasaan Maria. Maria sebenarnya dah suka kat Hadi. Dan harapnya Hadi pon sama. Sebab nampak gaya macam yea. Atau could be Hadi ni saja2 je nak game Maria ke apa.

Tapi Maria tak kisah pon. Asalkan Maria ada tempat nak berbual. Dan Hadi ni memang betul2 orang baik. Selama setahun lebih duduk satu office dengan dia, tak pernah Maria dengar dia marah, even staff dia pon cakap benda yang sama.

Lately, Maria perasan ada perubahan pada diri Maria.. bila Iskandar mengeluh ke atau maki Maria. Memang dah tak rasa apa2. Yang Maria tau Maria nak berbual dengan Hadi je. Kadang2 tu Maria boleh bayangkan dalam kepala Maria tengah sembang dengan Hadi.

Kalau Iskandar buat perangai pon. Maria boleh senyum je dan buat tak tahu, sambil2 tu dah duk membayangkan dalam kepala tengah mengadu kat Hadi.

Ada satu masa tu, Maria boleh berangan sampai berjam2 berbual macam2 hal dengan Hadi. Sampai Maria rasa, Maria ni dah gila betul2 ke?

Tapi kan, bila Maria ada Hadi dalam kepala Maria ni, Maria rasa happy tau.

Rasa macam takde problem. Sebab boleh mengadu macam2. Tapi semua tu dalam kepala Maria la. Bila depan2 dengan Hadi, Maria tak cerita semua hal yang terlalu peribadi. Just sembang biasa2 je.

Cuma nya apa yang Hadi cerita kat Maria pasal diri dia, memang dia tak pernah cerita kat colleague lain. Tu yang buat Maria rasa suka.

Sebab akhirnya Maria rasa macam diri Maria ni penting, macam akhirnya ada juga orang ambil berat pasal Maria. Rasa macam mimpi terindah la macam tu.

Rasanya dah berbulan2 Maria macam ni. Maria dah hilang perasaan kat Iskandar. Usaha macam mana pon perasaan tu dah takde. Yang ada sekarang ni, dalam kepala Maria ada Hadi.

Maria rasa gembira sangat memang sampai terbayang2 Hadi tu depan mata. Boleh tersenyum sorang, rasa bahgia. Maria rasa macam Maria dah dapat bahgia yang Maria nak. Walaupon dalam kepala Maria je.

Tapi Maria tau, kelakuan ni sebenarnya tak normal.. harap para pembaca IIUMC boleh tolong bagi nasihat kat Maria. Apa Maria nak kena buat. Maria tau Maria ni isteri orang. Tapi kan, Maria takut nak buang bayang2 Hadi dari fikiran Maria.

Maria memang tak nak balik ke hari2 mendung Maria dengan Iskandar. Setelah sekian lama, baru Maria rasa gembira and tak sabar nak tunggu hari esok. Ni angau atau Maria dah betul2 gila?

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *