Kenapa Masih Rasa Kosong?

Hai semua. Saya C (bukan nama sebenar). Telah berkahwin selama 11 tahun dan dikurniakan 2 orang putera yang hansem dan bijak.

Saya ingin bercerita dan meminta pendapat mengenai kisah saya, suami saya yang saya bagi nama M bukan nama sebenar jugak dan skandalnya A, bukan nama sebenar yang merupakan seorang janda yang bekerja di salah satu kementerian di Malaysia.

Ceritanya begini.

Pada tahun 2019 dulu, suami saya M ni kantoi bermesej, wasap dan berdating dengan A. Apabila kantoi, suami dengan kononnya gentelmen meminta izin saya untuk kahwin dengan A.

Baginya permintaannya untuk kahwin lain itu sangat suci dan tidak bersalah dan mungkin tidak memikirkan perasaan saya langsung.

Sejujurnya saya sangat sedih pada masa itu. Saya mengamuk, rasa sangat down, rasa sangat tidak dihargai dan rasa sangat tertipu.

Sebenarnya kes ini adalah kali ke dua saya detect die ade perempuan lain (perempuan yang sama), tapi pada kali pertama suami hanya kantoi bermesej i-u dalam facebook messenger.

Saya rasa pelik sebab kalau dengan kawan lain suami akan membahasakan diri aku-hang je, tapi ngan perempuan ini ber i-u bagai…. Isteri mana yang tak pelik kan… Tapi masa tu saya tanya suami elok2 dan die janji tak akan contac perempuan tu lagi.

Perempuan itu ialah A. Jadi pada 2019, apabila dia kantoi lagi contac perempuan yang sama, saya sangat down dan rasa benci kat suami.

Saya mintak suami lepaskan saya pada masa itu, tapi suami tidak mahu lepaskan saya dan die telah call ibu saya dan adik beradik saya untuk meminta maaf, berjanji dengan mereka untuk jaga saya dan meminta mereka memujuk saya.

Saya sedar mungkin pada masa itu ada silap dari pihak saya yang menyebabkan suami cari A balik.. Saya mungkin banyak tidurkan anak2, baca buku cerita sebelum tidur dengan anak sehingga kadang-kadang saya tertidur sekali di bilik anak.

Saya jarang masak sebab saya penat, bila balik kerja petang, biasanya saya terus beli makanan untuk anak-anak. Tempat kerja suami agak jauh dari rumah saya, die travel sejam lebih setiap kali pergi dan balik dari kerja.

Dia biasanya hanya akan sampai ke rumah selepas magrib. (itu waktu paling awal die akan sampai ke rumah. Sekiranya dia pergi jumpa A dia akan balik lebih lambat).

Dan die juga selalu cakap die mengantuk semasa drive balik.. jadi biasanya die minta nak makan siap-siap semasa pulang dari kerja untuk hilangkan mengantuk.

Sejujurnya saya tiada masalah dengan itu, malah lebih senang sebab tak perlu masak. Saya risau kalau die mengantuk semasa drive balik, jadi kalau die makan siap-siap mungkin die boleh kurangkan mengantuk.

Jadi, saya hanya perlu fikirkan untuk makanan saya dan anak2 untuk malam sahaja. Semua yang saya beli pon saya gunakan duit saya.

Kami suami isteri bekerja dalam bidang profesional. Dia beri nafkah dengan membeli semua barang basah, barang-barang dapur dan semua keperluan rumah.

Jadi bila saya tak masak, saya lah yang akan gunakan duit saya untuk makan malam saya dan anak-anak. (Suami tidak beri saya wang belanja sebab bagi suami dia dah sediakan semuanya).Saya okey dengan itu, dan tak pernah berkira pon.

Namun rupanya, masa itulah die selalu ambil kesempatan keluar dengan A, belanja A makan sedap2.. tertipunya saya rasa..

Saya di rumah uruskan anak2, ajar anak mengaji selepas magrib, die tak pernah ambil tahu perihal mengaji dan pelajaran anak. Semua saya yang uruskan.

Tapi saya sedar, mungkin silap saya terlalu fokus dengan anak, sehinggakan kadang-kadang tertidur dengan anak, saya akui mungkin itu silap saya dan saya cuba maafkan suami. Saya ikut nasihat keluarga untuk berbaik baik dengan suami walaupun saya sangat terluka.

Tambahan pula, saya pernah contac A melalui fb messenger, A pon cakap die tak ade hati dengan M dan menganggap M hanya kawan dan berjanji dengan saya tidak akan layan M lagi. A jugak bagitahu saya yang die sudah ada boyfriend.

Jadi saya hanya katakan pada A, semoga boyfriendnya itu bukan suami orang. Sebab saya telah rasa sakitnya ditipu suami hidup-hidup.

Jadi selepas itu, saya dan suami teruskan hidup macam biasa walaupon saya masih tidak percayakan suami. Suami layan saya sangat baik dan sentiasa caring dengan saya.

Tahun 2022

Tiba-tiba pada 21 Mac tahun ini, saya dapat tahu suami masih jumpa dan contac A lagi. Bukan sekali, rupanya berkali-kali, sejak akhir tahun lepas lagi mereka menipu saya. Samapai dia pon tidak ingat berapa kali dah die keluar dating dengan A.

Sebenarnya sejak suami kantoi 2019, saya berusaha perbaiki diri saya dan saya tak pernah tidur sekali dengan anak lagi. Banyak lagi yang saya berusaha ubah perangai yang mungkin membuatkan suami curang dulu.

Suami juga layan saya dengan baik.. setiap hari sebelum ke tempat kerja kami akan bersalaman dan dia akan mencium pipi saya.. Dia juga akan mengatakan dia sayangkan saya setiap hari.

Namun bila die kantoi lagi kali ini, saya tak tahu nak gambarkan bagaimana saya kecewa terhadap dia. Kami macam sangat bahagia, tapi di belakang saya M dan A berkomplot menipu saya hidup-hidup..

Masih lagi contac n keluar makan bersama-sama… setiap kali saya tanya suami die dengan yakin cakap die hanya keluar makan seorang. Rupanya die keluar makan dengan A.

Hairannya, kali ini bila saya dapat tahu suami kantoi curang lagi, dengan perempuan yang sama lagi, saya sudah tidak mengamuk atau marah suami lagi.

Saya hanya jauhkan diri dari suami, cari peguam dan failkan penceraian. Suami langsung tidak meminta maaf, mungkin bagi dia tindakan dia tidak salah.

Dia mampu nk kahwin 2 katanya. (Walaupon hakikatnya saya tahu kewangan dia macam mana). Okey, tak pe lah, biarlah saya yang berundur. Selepas 3-4 hari selepas melihat surat peguam yang saya lantik baru die minta maaf dan berusaha memujuk saya.

Tapi sejujurnya, hati saya rasa sangat kosong dan hilang percaya dan sayang kepada suami. Saya langsung tak fikirkan kesan pada anak pada masa itu, saya hanya tidak mahu lihat muka suami lagi. Biarla saya berundur, dan dia kahwin je la dengan A dah nak sangat, kan.

3 hari sebelum tarikh sebutan kes di mahkamah, ibu dan ayah saya datang dari kampung untuk menjaga anak saya semasa tarikh perbicaraan. Suami masih berusaha memujuk saya, ibu dan ayah saya juga ada memujuk.

Dipendekkan cerita, akhirnya suami bertaklik depan ibu dan ayah saya, sekiranya dia contac dan jumpa A lagi, jatuh talak ke atas saya.

Akibat taklik itu, saya tarik balik kes yang saya telah failkan demi fikirkan nasib anak-anak, sehari sebelum tarikh perbicaraan. Saya sedar, anak-anak saya sangat rapat dengan ayah mereka. Betulke tindakan saya ni??

Sehingga sekarang bulan 7 2022, saya masih teringat kisah suami dan A, komplot mereka menipu saya, dan saya rasa sangat kosong. Saya rasa tak boleh sayangkan suami seperti dahulu lagi.. Saya saya hanya bertahan demi anak-anak yang masih perlukan ayah mereka.

Saya langsung sudah tidak percayakan A dan rasa tidak bahagia dengan perkahwinan ini. Perluke saya bertahan dalam perkahwinan ini walau sudah tidak ada rasa cinta dan percaya?

Suami ada menunjukkan perubahan dengan balik makan malam setiap malam, saya akan masak simple2 untuk suami atau kadang-kadang makan di kedai.

Tapi sejujurnya hati saya rasa sangat kosong. Saya sangat ingin menyintai dan menyanyangi seorang lelaki bernama suami, tapi bukan die.

Sebab dengan dia, saya selalu tertrigger dan akhirnya akan sedih bila ingat semua penipuan yang die dan A dah buat di belakang saya.

Saya selalu doakan kalau die lelaki yang terbaik untuk saya dan anak-anak, satukan hati kami, hilangkan rasa sakit dan tak percaya saya pada dia dan datangkan rasa bahagia dalam diri saya..

namun sekiranya bukan die yang terbaik untuk saya, permudahkan urusan perpisahan kami,

Dan semoga Allah gantikan dia dengan seorang lelaki lain yang boleh membimbing saya dan anak2 saya ke arah Syurga, yang boleh menyanyangi saya dan anak-anak saya dan terima saya dan anak-anak saya dengan ikhlas.

Saya tak pasti doa begitu patut atau tidak, tapi sampai sekarang saya masih rasa kosong dan tak percaya pada suami. Apa sebenarnya yang saya patut buat ye??

Buat A, tahniah kerana anda berjaya melukakan hati seorang wanita seperti anda, dan hampir meruntuhkan sebuah masjid.

Saya pon tak pasti sampai bila saya boleh mempertahankan masjid ini. Atau awak memang nak kan suami saya ke??? Perlu ke saya bagi suami saya kat awak je??

Yang pasti, saya tidak mampu untuk berkongsi sebab saya tahu itu akan lebih melukakan hati saya. Terima kasih.

– C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *