Assalamualaikum dan hai. Aku cuma nak meluahkan dan tanya la kat sini sebab baru-baru ni aku nampak ramai pulak la Melayu Islam yang sambut Christmas. Buat dinner dan secret santa bagai. Ada yang all out sampai ada pokok.
Maaf kalau bahasa rojak sebab hari-hari memang aku rojak bahasa. Aku cuba untuk guna bahasa kebangsaan sebanyak yang mungkin.
Dekat sini aku nak bagitahu semua, dinner, secret santa dengan pokok tu memang bukan upacara keagamaan. Dia lebih kepada budaya.
Dekat luar negara, kau atheist pun kau akan buat benda ni. Cuma kau tak join la Christmas Mass.
Contoh lah. Kalau orang bukan Islam join kita makan-makan, bermaafan dengan bagi duit raya. Tapi tak join kita puasa, bayar zakat dan solat raya. Macam tu la lebih kurang.
Aku seorang graduate overseas. Dan lepas graduate aku diberi peluang untuk kerja dengan MNC yang hantar aku ke satu negara bukan Islam di mana aku seorang bukan Islam dan dapat la merasa solat bawah tangga kalau meeting room penuh.
Masa belajar, walaupun dekat negara bukan Islam, tapi aku memang bergaul dengan Melayu je di luar kelas. Jadi macam tak effect sangat. Masa kerja luar negara memang kawan-kawan dan rakan sekerja aku 95% bukan Islam.
Selama aku belajar memang aku dan kawan2 aku yang melayu ni tak pernah host Christmas dinner. Cuma masa tu selalu cuti panjang.
Jadi masa tu sahaja yang ada kalau nak berkumpul sesama kawan yang mana dari universiti lain. Khusus nak sambut Christmas tak pernah.
Kami pernah turut serta kalau ada sambutan Christmas peringkat universiti atau potluck kawan-kawan. Yang host ni orang yang memang sambut Christmas. Siap sediakan makanan halal.
Masa kerja pun sama juga. Kawan-kawan kerja mana yang sambut akan ajak datang rumah masa 23 Dec tu untuk dinner. Main game dan tukar-tukar hadiah.
Aku pun kalau raya gigih merendang melontong ajak diorang datang makan. Bagi anak-anak diorang duit raya.
Kerja aku sekarang pun dengan MNC di Malaysia. Kawan-kawan ramai bukan Islam dan sambut. Sama la keadaan macam masa aku kerja luar negara juga.
Kami yang Islam ni takde la sambut dari segi keagamaan. Tapi memeriahkan keadaan kalau ada event pejabat atau kawan yang jemput kerumah. Terharu la kawan-kawan ni jemput. Siap buat halal and vegetarian corner untuk kami.
Aku cerita semua ni sebab aku nak bagitahu aku bukan manusia yang tak bergaul dengan bukan Islam. Aku punya surrounding ni diverse. Jadi aku cakap ni bukan sebab aku ni ignorant.
Yang membuatkan aku kejutan budaya adalah baru-baru ni. Aku nampak banyak betul lah TikTok orang Melayu Islam sambut dan host Christmas party.
Aku tak nak cakap bab akidah, sebab tuduhan tu agak berat. Aku bersangka baik yang cuma tiru budaya sahaja. Bukan keagamaan. Aku pun bukan pakar bab tu.
Aku terkejut sebab, bila circle of friends yang buat Christmas dinner tu kesemuanya Melayu Islam dan aku tak faham kenapa orang yang tak sambut Christmas nak host Christmas party.
Mula-mula nak bersangka baik, “Oh mungkin yang host ni adalah Iban yang nampak melayu. Kawan-kawan dia nak memeriahkan keadaan supaya dia tak sunyi jauh dengan keluarga”
Tapi, tuptup nampak ada tiktok influencer dan artist yang dalam kumpulan tu memang 100% Melayu Islam.
Aku jadi keliru dan aku tak faham kenapa. Adakah sebab mereka nak menghargai budaya seseorang? Tapi apa point menghargai budaya orang bila tuan punya budaya tu tak ada pun dekat situ.
Kalau ex boss aku dulu nama Peter (bukan nama sebenar) tiba-tiba masak dodol, rendang, anyam ketupat dan bermaaf maafan sesama mat saleh sahaja aku pun akan pening dan keliru. Macam tiba-tiba je kan. Dah la tak ajak aku.
Ntah la. Apa pendapat korang? Kalau korang sambut kenapa? Ke sebab bulan December jadi sambut birthday kawan-kawan secara pukal. Please enlighten me.
– Mefelafayufu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit