Kenapa Mesti Sambung Belajar?

Aku seorang perempuan dalam 20an, sudah menghabiskan degree dan sekarang sedang bekerja.

Kebelakangan ni banyak aku tengok post-post terutama dikalangan golongan muda yang sering menyatakan/ highlight “Buat apa belajar tinggi-tinggi, kerja makan gaji pun still miskin”

“Dahlah makan gaji, kerja tak setaraf tahap pendidikan” “Pastu kena bayar hutang ptptn mahal tapi hasil takda”

“Belajar tinggi-tinggi pun bila dah kahwin, berhenti kerja dan jadi suri rumah sebab jaga anak” “Tengok macam saya, level spm, walaupun keputusan teruk tapi hasil 5-6 angka. Lagi masyukk”.

Ni lah antara dialog-dialog “mereka yang berjaya” (boleh dibilang dengan jari) cuba mempromosikan kaya harta berbanding kaya ilmu.

Sorry mention terutama founder-founder atau yang menjalankan perniagaan sendiri. Alhamdulillah rezeki kalian Allah berikan dengan cara macam tu.

Tidak dinafikan kalau zaman sekarang, rasional nya sambung belajar ke peringkat lebih tinggi bukan lagi dipandang sebagai bentuk “pelaburan”.

Maksudnya, kalau dulu zaman 90an nak masuk tahun 2000, ramai orang berebut nak sambung belajar sebab memang akan menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih baik, nak bantu keluarga, ada kehidupan yang lebih selesa.

Tapi sekarang, maaf cakap… realitinya sambung belajar ni sesuai orang yang betul-betul minat belajar. You know what I’m saying?

Sambung belajar zaman sekarang sudah tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang baik. Pelaburan yang tidak menguntungkan dari segi duit dan keselesaan hidup.

Golongan muda tiada motivasi sebab tu ramai yang berebut nak jadi founder, lantaklah produk timbang kilo ke apa, kann. Tak pun menceburi business lain yang waktunya lebih fleksibel.

Namun, aku nak kalian refleksi dulu. Nak jadi businessman yang dungu ke atau businessman yang berilmu?

Sebenarnya sambung belajar zaman ni boleh kalian tukar jadi pelaburan kalau kalian rancang dari awal. Buat perancangan jangka panjang. Kalau di hujung target nak jadi businessman, ambil course business, account, economy atau lain-lain yang related.

Kenapa kena susah-susah nak belajar juga? Buang masa lah 3-5 tahun. Well, aku sarankan sangat belajar lah, supaya bila kau ada business, customer or pelabur percaya dengan kau. Supaya kau tak ignorant senang kena bo*oh-bo*oh oleh pekerja kau.

Dan satu lagi kenapa kena sambung belajar? Dekat universiti, memang kita ada course yang khusus kita ambil contoh: Accounting.

Tapi sebenarnya, itu mungkin cover 30% sahaja dari pendidikan yang kau dapat. Selebihnya, secara tak sedar kau juga belajar/ dapat pendidikan dari cara hidup, sosial, cara berinteraksi, cara bentang, macam mana nak lead orang dan macam-macam lagi.

Benda ni dipanggil sebagai soft skill. Soft skill ini penting sebab benda ni orang akan lihat dimana kau ni ignorant ke tidak, boleh buat kerja ke tidak, senang kena tipu ke tidak.

Satu lagi aku nak tekankan, ni terutama untuk wanita lah since aku pun wanita kan. Aku nak bagi alasan kukuh kenapa kena sambung belajar walaupun nanti kemungkinan jadi suri rumah.

Aku nak kalian fikir, kalian nak jadi suri rumah yang dungu ke atau suri rumah yang berilmu?

Sebelum tu, aku bukan nak kata zaman mak-mak yang tak sambung belajar tu suri rumah dungu, bukan maksud macam tapi ni nak cerita zaman sekarang ni since kita ada peluang kan.

Suri rumah ni satu pekerjaan yang mulia. Antaranya, mendidik anak-anak dan mengurus rumah tangga terutama kewanganlah sebab memang selalu isteri ni Menteri Kewangan.

Perkara-perkara ini memerlukan “ilmu”. Tak mustahil kalau isteri “tak function” dalam keluarga, habis punah satu keluarga.

Secara realistiknya, bila kita pernah sambung belajar, kita sudah terbiasa untuk berfikiran satu aras lebih tinggi/ kritis. Kita boleh membuat keputusan/ decision-making dengan lebih baik.

Kita tidak akan cepat melatah sekiranya terdapat perbezaan pendapat. Ni lah antara contoh hidden curriculum yang kita pelajari di universiti yang kita boleh terapkan dalam kehidupan seharian.

Kita sedar nak didik anak kena ambil tahu cara yang sesuai, baca buku, cari sumber. Bertukar pendapat dengan ibu-ibu yang lain.

Kalau berbeza pendapat, bukan terus hentam “anak aku suka hati aku” tapi check balik. Ambil yang baik. Discuss secara berilmiah tanpa perlu simpan ke hati.

Sama juga urus kewangan, kita boleh fikir apa yang elok dan tak elok, kita boleh ramal hasilnya untuk jangka masa yang panjang. Sedar tak sebenarnya pentingnya kita berilmu terutama para ibu dan suri rumah?

Bukan nak kata yang dah jadi suri rumah, takde peluang nak sambung belajar tu maksudnya bo*oh (ada je yang sudah dapat kesedaran dan cuba berubah kearah lebih baik), tak… tapi nak nasihat kat golongan muda yang mungkin belum nampak kesannya.

Sebelum kalian percaya cakap founder, businessman semua tu cuba reflect dulu apa yang aku cakapkan ni. Ye, mungkin kalian fikir “aku dapat course tourism, apa kaitan dengan business? Macam mana nak dapat kerja dengan course ni?”

Tapi tulah, berdasarkan apa yang aku nyatakan diatas, cuba kalian reflect, plan dan decide. Nak senang bukan 1-2 tahun. Orang yang betul2 lama dalam business pun sebenarnya tak berani sarankan orang lain jangan sambung belajar.

Oh ya aku lupa nak bagi contoh. Baru-baru ni aku ada kawan, tak sambung belajar dia sampai level spm je. Dia beli latest iphone dengan ansuran RM100+. Tu pun dia masih berhutang untuk iphone 11 yang dia beli tapi kira atas angin.

First tu terkejut jugalah kan sebab murah nya ansuran iphone12 so mesti expect kedai tu jual murah tapi rupanya overall harga iphone tu RM7k+. Aku cakaplah baik beli dekat Apple, harga baru RM5k+ tapi dia cakap Apple mahal ansuran RM200+, yang ni baru 100 lebih.

I was like speechless. Bukan isu ni je tapi ada beberapa lagi tapi malas nak cerita. Aku bukan nak kata aku pandai dia bo*oh tapi aku nak tunjuk nampak tak kepentingan BELAJAR tu? Supaya kau tak jadi ignorant. Kau tak jadi dungu.

Supaya juga para lelaki sekalian, kau tak dapat isteri yang suka menghabiskan duit, tak tahu nak plan kewangan macam mana, kalau kearah yang baik tak apa ni berhutang sana sini yang tak menjanjikan pulangan. Anak-anak pula main hentam kromo je dididik.

Memang tanggungjawab ayah juga mendidik anak tapi kalau ibu nya suri rumah, mestilah si anak banyak menghabiskan masa bersama ibu. Kesian anak menjadi mangsa. Tu yang muncul mak ayah toksik la apa.

Hah ni juga nak cakap. Muka cantik tak guna kalau character macam tu. Bercakap berdasarkan observasi sekeliling. Nampaklah kekecewaan di wajah para suami yang memilih isteri pada rupa mengatasi aspek yang lain. Seronoknya cuma sebentar, kecewanya selamanya.

Jadi ladies, you want to be beauty with brain or without? Kesian dengan lelaki yang mencintai anda seikhlas hati.

Oleh itu, marilah kita semua rajin untuk belajar, mencari ilmu, dan ini juga merupakan fardhu kifayah. Tak ada ruginya.

Kepada founder, businessman, influencer… stop spreading negative influence on these youngsters to be dumb like you. You want to be rich, go ahead. I want my sisters and brothers, future generation to be rich, clever and civilised.

– Zia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *