Kenapa Mudah Terpedaya dengan Sifu Hartanah?

Hai assalamualaikum semua. Harap IIUM Confession siarkan lah penulisan aku ini untuk bacaan dan pedoman semua, buka mata buka hati mereka yang sedang berkira-kira mahu terjebak dengan Sifu Hartanah.

Kebelakangan ini banyak betul confession berkaitan sifu hartanah.

https://iiumc.com/konspirasi-sifu-hartanah/

https://iiumc.com/mangsa-sifu-hartanah/

Siapa sifu nya, aku tak nak cakap. Aku yakin semua yang baca ni dah cukup bijak menilai mana kaca mana permata.

Dalam penulisan aku ni, aku nak ciri-ciri sifu hartanah ataupun mana-mana lah bisnes yang jual air liur di sebalik servis kayangan mereka (kononnya) yang korang patut elak atau fikir sejuta kali sebelum terjebak.

First, webinar/ talk FREE untuk membantu ramai orang berkenaan ilmu sekian-sekian Aku ambil contoh hartanah la ye. Ilmu bebas hutang, ilmu pengurusan kewangan dan sebagainya. FREE saja. Ya free.

Ini lah point pentaksub-pentaksub sifu ini akan guna ‘ILMU FREE PUN SALAH KE ENCIK?’, ‘CIK DATANG saja DENGAR TALK NANTI CIK, ILMU BERGUNA FREE saja’

Alhamdulillah bagus sangat nak bagi ilmu free ni. Pesan aku, setiap kali keluar iklan TAJUK WEBINAR PADA MINGGU INI IALAH sekian-sekian,

Korang boleh saja search dekat internet atau pun google TAJUK YANG SAMA dan korang boleh dapat ilmu yang sama atau lebih daripada apa yang dalam Webinar nanti. Trust me.

Pesan aku juga, kalau nak attend jugak webinar tu, attend sekadar nak tambah ilmu atau dengar sahaja content penceramah tu. Yang lepas tu punya selling point jangan korang menggatal nak join.

Apa ingat semua benda FREE? Yang free tu depan-depan saja. Belakang-belakang baru real punya bisnes.

Kalau tak tak kan lah berduyun-duyun agent/ client Sifu ni beriya iklankan webinar dekat laman-laman sosial, ‘DM UNTUK REGISTER, FREE saja’.

Dah kalau kau attend bawah dia, lepastu kau terjebak pulak nak join jadi client ke, dapat lah komisen cik nun. SEMUA PUN BISNES DAH DUIT DUIT.

Beli rumah tanpa modal? Tutup hutang jahat dengan cashback? Korang tahu tak cashback tu sebenarnya termasuk dalam LOAN korang jugak nanti? Tutup lubang gali lubang? Hutang baik hutang jahat?

Dalam dunia ni, setiap orang mempunyai situasi/ keperluan/ kepentingan kewangan yang sangat berbeza.

Cara A yang diajarkan kepada korang, takkan boleh apply untuk semua orang. Yang beriya ajak korang buat financial screening untuk untuk apa? Untuk tahu kelayakan korang beli rumah saja.

Ada ke dorang offer buat screening IF investment korang tak menjadi, apa nak buat? Kalau takde penyewa, siapa nak tolong cover?

Kalau harga rumah tka naik-naik, siapa nak back up lost? Yang dorang cakap nanti ‘Biasalah cik, setiap investment semua ada risiko, cik hanya perlu sabar’.

Aik, habis apa guna data, graf, statistik kajian yang sifu hamparkan pada korang semua yang menjamin property korang nanti akan berjaya? Last-last melingkup? Masa melingkup tu nak jawab apa?

‘MACAM NI LAH RISIKO INVESTMENT, ADA NAIK ADA TURUN’. Habis apa back up plan nak bantu client sifu yang dah terciduk ni?

Then ada pulak sign NDA, yang tak bagi korang sebarkan perkara buruk kalau sesuatu berlaku. Ni lagi satu ciri-ciri SCAM, kenapa takut sangat nak transparent?

Oh yang berjaya doktor engineer gov servant semua dicanang-canangkan, habis yang terciduk tu, nak tutup mulut pulak?

Aku nak bagitahu, the best businessman is the one who always be transparent to their services. Kalau yang jenis sorok benda buruk, canang benda berjaya semata-mata, tak usah lah kau terjebak.

Yang pentaksub-pentaksub gigih komen kata fitnah tu, meh aku nak cadangkan satu benda dekat Sifu korang.

Berani tak sahut cabaran buat live and batalkan NDA untuk 1 hari saja, dan welcome semua client yang dah terciduk untuk tampil berkongsi pengalaman mereka jadi client korang.

Amacam, berani tak? Allow them to share the experiences without being afraid to get sued by YOU.

Dekat sini nak make sure yang bakal-bakal client semua yakin nak invest in your company. Duit yang dibayar jadi client tu, duit titik peluh masing-masing, bukan suka-suka bayar then terciduk dan dibiarkan.

Kepada pentaksub sejati, tak perlu susah-susah komen nak back up. Pergi saja cadangkan kepada sifu korang untuk sahut cabaran ni. Yang mangsa-mangsa terciduk (kononnya), boleh lah tampil and guna medium yang betul nak share and spread the awareness.

Baru boleh tahu betul ke tak dakwaan masing-masing kan. Yang meluah kata fitnah, yang sifu kata semuanya baik-baik belaka.

Lagi satu pesan aku, walau apa jua yang korang ceburkan, pandai-pandai lah cari ilmu dan info sendiri dulu.

Sekarang ni zaman teknologi mudah sangat dah. Kau nak carik rumah? Search saja, taip kawasan mana, keluasan berapa, facilities apa, dan tengok bajet korang.

Bukan tunggu disuap saja. Orang suap A, kau telan A. Orang suap B, kau pun telan B. Silap-silap rupanya kau alergic B, terus merana. Ukur kemampuan sendiri.

Kau sendiri boleh tengok berapa banyak unit rumah dari semua peringkat yang terbiar kosong dan dijual/ disewa dengan harga di bawah installment bulan-bulan, sedangkan property tersebut sangat lah hot (katanya).

Hustle income? Biarkan orang lain yang uruskan investment kau?

Come on bro and sis. Jadi lah smart sikit. Buat lah kajian dulu, mana duit kau lagi banyak mengalir, kau uruskan sendiri atau biar sifu kau uruskan? Lain lah holding power kau infinity. Itu ikut kau lah. Duit kau.

Ni aku nak pesan pada yang mudah terjebak dengan tengok kejayaan orang lain yang da di filter tu, bawa-bawa lah kaji dulu sebelum parah di kemudian hari. Percaya lah, tak de benda yang FREE pun atas muka bumi ni.

Kalau sifu tu baik sangat, record kan saja webinar tu dan post kan dekat facebook/ youtube, segala persoalan jawab saja dekat ruangan komen, biar semua boleh baca. Tak perlu nak register nak attend webinar ni. Dekat situ pun dah nampak marketing point after talk.

Akhir kata, berguru dengan usaha sendiri lebih bagus daripada berguru dengan orang lain kemudiaanya tersungkur. Lalui dulu dengan pengalaman, itu guru sebenar. Tiada jalan pintas untuk bebas hutang dan kaya.

Para pentaksub, stop there.

– Miss K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *