Aku suka membeli. Ya, aku selalu membeli. Beli macam-macam la, makanan, baju, perabot, barang elektrik, barang preloved.
Tempat favourite aku nak membeli adalah Facebook Marketplace, Carousell, Group-group Facebook.
Hari tu aku kena tegur dengan laki aku. Kami jemput orang datang rumah, ala bukan orang lain pon, ipar-duai, mak pak mertua jer.
Memang dah jadi kebiasaan untuk berkumpul sekali-sekala especially kalau nak sambut harijadi, buat makan-makan sikit, lepak ramai-ramai main game, borak-borak. Plus minus ada la dalam 20 orang.
Laki aku offer laa rumah kita orang. Aku ok jer tapi biasa laa perempuan, mesti kepala ligat nak bagi tamu makan apa walaupun potluck.
So, aku suggest la kat laki aku untuk order jer main food, nasi arab to be specific. Cadangan aku ni telah membawa kepada 2 jam perdebatan sihat, hahaha.
Laki aku kata, masak la, jimat sikit. Beli bahan mentah, masak ramai-ramai.
Aku cakap tak payah laa, orang datang, boleh rehat-rehat borak sambil makan. Tak payah penat-penat nak masak. Semua boleh enjoy. Kalau order pon dalam RM200 sahaja.
Aku faham, RM200 tu tak sama nilai untuk semua orang. Pada aku pon agak besar, boleh beli barang dapur untuk sebulan kalau bijak. But hear me out first.
Macam aku cakap, aku kan suka membeli, to be exact, aku suka membeli kat peniaga-peniaga kecil. Kenapa?
Aku pernah jadi peniaga kecil suatu masa dahulu. Aku jual buku, baju, perfume, jual preloved handbags, apa saja laa yang aku boleh jual. COD sana sini, buat postage.
Untung tak banyak pon, satu barang kadang-kadang dalam RM5 jer.
Dengan untung yang sikit-sikit tu laa aku bayarkan baju sekolah anak, beli buku latihan sekolah, beli barang dapur, bawak anak pegi tengok wayang ke, beli pokok, hahaha.
Jadi aku faham kesulitan peniaga-peniaga kecil ni, some just trying to make ends meet.
Dulu masa kami baru mula berniaga, bila ada makan-makan memang kami akan masak sebab nak berjimat.
Sekarang alhamdulillah, berniaga dah ada untung sedikit dan aku rasa aku ada tanggungjawab untuk memajukan perniagaan orang lain, mana yang aku mampu, aku nak support.
Laki aku bukan kedekut tapi mungkin sebab dah biasa.
Mana tau, dalam RM200 yang aku belanjakan tu boleh la peniaga tu beli susu anak ke, bayar tuition anak ke, isi minyak kereta untuk balik kampung ke.
Itulah aku kata, nilai RM200 boleh nampak besar, boleh nampak kecil. Peniaga masakan selalunya tak untung besar mana pon.
Sama juga dengan yang jual barang-barang preloved. Aku memang tak malu nak mengaku handbags yang aku beli kebanyakkannya preloved.
Pernah ada yang tanya, tak malu ke pakai preloved?
Aku kata, nak malu apa? Aku nak impressed siapa? Ada yang jual handbags preloved sebab nak beli handbags baru tapi ada juga yang jual handbags preloved sebab tak ada duit.
Macam mana aku tau? Sebab aku pon pernah lalui semua ni. Aku sayang tau handbags aku tapi terpaksa jual sob sob.
Sebab itulah, harapan aku, dengan aku pembelian aku tu, dapat la memperkasakan ekonomi peniaga tu.
Mungkin ada yang setuju, ada yang tidak. Tak mengapa, pandangan masing-masing. Cuma aku nak seru la, kalau kita ada kemampuan untuk membeli, beli la daripada peniaga-peniaga kecil.
Support business mereka. Kalau peniaga-peniaga kecil tu adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan lagi la patut support.
Kalau rasa pekhidmatan mereka tak memuaskan, bagi feedbacks membina secara private supaya mereka boleh baiki.
Kalau bagus, pon bagi feedbacks, secara terbuka, supaya mereka lebih bersemangat untuk terus berniaga.
Lagi satu, kalau boleh tak payah la nak minta diskaun dengan peniaga-peniaga kecil ni. Kita kalau pergi shopping mall ada berani mintak diskaun lebih ke? Kalau dah kata 10% diskaun, kita bayar saja kan.
Perniagaan kami takde la untung puluh-puluh ribu pon tapi alhamdulillah, semua bil-bil sudah tak ada tunggakan.
Sebab tu aku rasa dalam bahagian rezeki aku hari ni, ada terselit bahagian orang lain juga. Dengan harapan aku dapat la membantu ekonomi orang lain.
Itu lah, kalau kita mampu, kita boleh pandang nilai RM200 tu besar atau kecil. Your choice.
Back to makan-makan kat rumah aku, korang rasa, order ke tak nasi arab tu? Hahaha.
– Claire (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit