Salam semua. Cerita ni pasal arwah nenek aku sebelum dia meninggal. Entah kenapa, aku kecik hati dengan dia. Dia dah pergi tapi aku masih lagi kecik hati.
Nenek aku ni tipikal orang tua zaman dulu. Yang jenis merajakan orang yang kerja hebat, orang yang lawa/hensem.
Sedangkan dia taktau, zaman sekarang, duduk rumah pun gaji kepuk2. Tapi dia tetap tak pandang semua tu. Yang dia pandang, jenis pekerjaan. Ni apa yang aku nampak la.
Tapi bagusnya, dia tak la layan cucu2 yang kurang kaya dan hodoh ni jelik. Cuma yang kaya2 and lawa ni special treatment la.
Well dari kecik, aku ni memang la tak dipandang sangat oleh dia. Aku gelap. Tak lawa. Duit raya aku paling sikit. Kakak and sepupu aku, paling banyak. Duit untuk aku pun tak pernah hulur.
Kadang, aku balik cuti2, tak pernah hulur2 duit. Tapi, kakak dan sepupu aku, dia pasti hulur. Kadang hulur tu depan aku.
Aku nak juga kan, masa tu student, nak jugak extra money. Tapi takde. Sebab masa tu kakak and sepupu aku belajar course hebat. Aku cikai2 je.
Kakak and sepupu aku tamat SPM, nenek terus keluar duit bagi dorg belajar kereta. Kakak aku masuk uni, dia belikan handphone. Masa tu handphone kira mahal gila. Sepupu aku masuk uni, dia belikan laptop.
Paling terasa, nenek dapat duit jual tanah. Dia belikan anak2 dia gelang emas, termasuk kakak and sepupu aku. Aku takde, alasan kecik lagi. Aku ngan sepupu aku beza 2 tahun je. Masa tu kami masing2 kat uni.
Oh ye, masa ni kami bertiga je cucu. Family tak besar. Sekarang makcik aku kahwin, baru ada sepupu yang kecik2.
Hmm. So besar2 ni, aku jadi tak berapa rapat la ngan nenek. Sebab dari kecik asyik kena pinggir je. Nenek kalau call, akan kakak aku and sepupu aku je. Aku tak pernah call.
So one day, aku terasa nak cuba call sembang2, tapi krik krik. So aku tak buat dah sampai laaa aku dah kahwin ni. Susah sangat nak sembang2. Jadi tak reti. Tapi aku sayang je nenek.
Masa nenek start sakit masuk hospital. Kakak aku sebab duduk kat kampung kami, so dia always lawat nenek.
Sepupu aku kerja jauh, so dia always call nenek. Aku je tak. Aku berdosa ke eh? Tapi aku tak reti nak sembang ngan dia. Tapi sumpah aku sayang nenek.
Aku always tanya khabar dia melalui makcik aku yang jaga dia tu. Aku kalau balik cuti, belikan dia apa2 makanan. Cuma nak direct cakap ngan nenek, aku tak pandai. Bukan tak cuba. Tapi bila call nenek diam ja tak tanya apa2.
Aku pernah ja tengok dia call sepupu and kakak aku, macam2 dia tanya, dah makan ke belum, dah habis kelas ke belum. Masa aku, dia banyak diam..
Masa dia dah nazak. Kami semua balik kampung untuk jaga dia. Aku minta WFH. Sepupu pun sama.
Kami sempat jaga dia. Nenek ada jangkitan di paru2, tapi pihak hosp cakap takde apa boleh buat, sebab apa prosedur boleh bahayakan nyawa nenek.
So bila nenek ok sikit, dia discharge hospital. Tapi nenek always susah nak nafas kat rumah.
Masa dia susah nak nafas, dia akan tercungap2, mata terpejam, and tergapai2 tangan dia. So kami gilir2 la sapu minyak kat dada dia.
Tapi bila dia perasan yang aku yang tengah sapu, dia tepis tangan aku and tercungap2 panggil orang lain. Ada la beberapa kali terjadi. Last2 aku just tengok dari tepi.
And setelah beberapa hari, nenek pergi tinggalkan kami. Tapi aku ralat sangat. Aku sedih.
Sekarang dah 2 tahun. Aku masih sedih. Kenapa nenek tepis tangan aku. And tak mahu tengok aku langsung. Dari kecik aku tertanya, kenapa aku tak dapat layanan macam kakak and sepupu aku.
Kadang aku rasa marah.. tapi.. orangnya pun dah takda.. al-fatihah buat nenek.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit