Dalam keadaan sekarang mungkin ramai ingin mengaitkan topik ini dengan seorang pendakwah terkenal yang sering mengundang kontrovesi. Itu pilihan anda tapi tujuan saya menyampaikan artikel ini adalah untuk jelaskan isu audit NGO Penderma ini.
Saya ada perhati gelagat setengah rakyat yang terlalu defensive dan over react sikit. Defensive mudah mereka hanya berdasarkan segelintir alasan sahaja..
Sangka baiklah. Kurang2 dia derma dan ajak orang lain untuk derma. Dia kena photoshot untuk tunjukan derma dia kepada orang ramai. orang kita dengki. Dosa fitnah. Awak tahu apa?Awak ada derma ke?? Ya semua ni defensive biasa..
dalam defensive begini, penyokong NGO ni gagal memikirkan benda mudah. Kenapa perlu susah2 ambik photoshot dengan pelbagai angle bila NGO ni hanya perlu semudah sampaikan draft laporan audit bulanan setelah selesai derma di setiap projek.
Selitkan saja draft audit sekurang2nya untuk mudahkan penderma melihatnya dan audit penuh setiap tahun. dalam website boleh saja upload kan. Sampai bila nak guna photoshot saja untuk jelaskan anda telus gunakan wang derma?
yang nak ajak2 derma ni rasanya Bersamamu TV3 dah lama kot buat keje ni. Lagi telus..
Bila approach orang susah relax saja depa derma dan ajak pula jabatan kebajikan dan politikus tempatan untuk turut sama berikan solusi lebih mantap dan berkekalan..
Bukankah cara ini elok untuk ajak 1 Malaysia untuk derma melalui tabung Bersamamu tu? BTW tak pernah pun ada 1 kontrovesi dengan pemilik beras Faiza yang jalankan aktiviti derma ni hampir berpuluh tahun lamanya kan?
OK, MENGAPA SAYA BERSUNGGUH2 NAK JELASKAN ISU INI?
Ramai mungkin tidak paham kenapa saya bersungguh2 ingin masuk campur isu ini. Malah isteri saya pun melarang saya dengan mengatakan ramai akan benci saya.
Takpe. Saya dah jumpa ramai pembenci dalam hidup saya sehingga sanggup nak cabut nyawa ketika saya berjuang membela nasib anak2 miskin seorang diri dalam kes solar sarawak.
So really, who care kalau ada 1 2 tu nak hate2 bagai. Anyway, s ebelum itu, saya ingin jelaskan bahawa apa yang ingin saya merujuk adalah berkenaan rompakan kekayaan negara melalui ketirisan cukai dan bukannya ingin debat tentang kewajaran aktiviti derma ini.
Its purely about technical details yang ramai mungkin tak paham.
BILA JABATAN ROS BERSUARA.
Berdasarkan laporan dibawah ini jika anda baca betul2, agak jelas ROS mensasarkan NGO yang menumpukan kutipan derma untuk Palestine. Saya tidak ingin membuat spekulasi tapi yakin ada sebab ROS mengeluarkan kenyataan sedemikian diketika ini.
Ya, saya yakin ia bukan kebetulan dan ada sebab ROS keluarkan 1 kenyataan berbentuk ingatan tegas untuk kepentingan negara dan rakyat.
RAHSIA DIBALIK NGO PENDERMA
INGIN saya jelaskan, apa yang bakal disampaikan tidak merujuk mana2 pihak dan hanya purely educational dan demi menyampaikan ilmu sahaja. Agar kita lebih peka dan mengetahui sedikit ttg isu disekeliling kita.
Ok let me get to the point. Kisahnya begini..
Katakan saya memiliki syarikat koporat power yang perlu bayar cukai jutaan ringgit setahun. Maka saya akan menemui pelbagai cara untuk mencuci wang untuk elak dicukai. Benda ni biasa saja.
Setengah syarikat minat membeli kereta mewah baru dari bayar cukai agar boleh dimasukan dalam belanja perniagaan dan kurangkan keuntungan yang boleh dicukai.
Tak kurang juga beli hartanah, bayar sewa kediaman pekerja dan masukan sekali belanja travel holiday mereka sbg belanja perniagaan juga. Ini semua cara kuno zaman dinosour.
Namun semua ni ada kengkangan dan rumit kerana memerlukan justifikasi. Juga melibatkan auditing yang agak rumit tanpa mampu lari sepenuhnya. Maka apakah kaedah paling mudah?
Pernahkah anda perhati ada berapa banyak yayasan di Malaysia? Merata2 dan kebanyakannya oleh politikus.
Kita bukan tak paham apa fungsi yayasan ini dan jika tak paham, sila perhati apa yang telah dilakukan yayasan seorang politikus terkenal yang sedang didakwa di Mahkamah sekarang.
Terlalu banyak tanda tanya dan persoalan tentang yayasan sedemikian termasuk keluar masuk duit yang amat meragukan.
Jika and perhati yayasan ini sebenarnya serupa dengan NGO yang ditubuhkan untuk tujuan kebajikan namun ada 1 kelebihan kerana mudah selindung dibalik nama kebajikan untuk menguruskan wang malah mendapat pelepasan cukai sekali.
Maaf kerana saya tak tuduh semua sama tapi malangnya kebanyakannya begitu dizaman ini.
BLACK MONEY KEPADA WHITE MONEY!
Antara muslihat paling kerap dibuat dalam pertubuhan begini ialah aktiviti cuci wang. Cuci wang bermakna, duit yang perlu dicukai akan digubah untuk tujuan lain dan menjadikannya duit putih yang tidak perlu dicukai.
Duit yang dilarikan cukai dikenali sebagai black money dan jangan hairan kerana negara kita menduduki antara tangga tertinggi dalam aktiviti black money. Ini fakta.
Jika anda belum paham muslihat ini biar saya jelaskan melalui 1 scenario mudah.
Syarikat AA (SAA) perlu membayar cukai sebanyak RM10juta kepada kerajaan setiap tahun.
Diketika pengarahnya mencari jalan melarikan cukai, dia menemui sebuah NGO terkenal yang sudah membina nama sebagai penderma yang memiliki sokongan padu rakyat melalui broker yang digerakan NGO ini untuk mencari pelanggan.
Harus anda paham bahawa kebanyakan NGO2 ini memiliki levy untuk gunakan 30% dari duit derma sebagai kos perbelanjaan secara undang2 tanpa cukai. Ini kekuatan mereka dan sumber kekayaan dan kemewahan setengah NGO korup yang selindung dibalik nama derma.
Broker NGO ini akan tawarkan 1 pekej mencuci wang dengan tawarkan kos 30% sahaja dimana jika (SAA) ingin melarikan cukai, dia hanya perlu belanja RM3juta dari 10juta yang perlu dibayar tanpa kos tambahan dimana RM7 juta akan dipulangkan semula kepada SAA.
Well, Ini yang dinamakan cuci wang atau pengubahan wang haram jika anda belum mahir istilahnya. 7 juta bakal diputihkan melalui NGO sebegini.
NGO ini pula akan mencatat seolah2 SAA telah serahkan 10juta kepadanya untuk tujuan derma dan seterusnya SAA akan gunakan resit dan bukti bayaran ini untuk lari cukai sepenuhnya.
BAGAIMANA WANG YANG DICUCI DIPULANGKAN?
Bagaimana wang ini dipulangkan?
Ada beberapa cara sebenarnya. Kebiasaanya mereka akan gunakan akaun offshore atau persisiran seperti labuan, hong kong, singapore, dubai dan sebagainya. Akaun ini tertakluk kepada audit luar negara dan tidak perlu dilapor dalam negara sama sekali.
Ini kelebihan DTA atau double tax agreement yang disertai Malaysia dimana syarikat2 Malaysia boleh hantar penyata audit dan cukai diluar negara jika mereka ada cawangan dimana2 negara.
Maka kebiasaanya NGO2 begini akan memiliki operasi diluar negara untuk tujuan sebegini.
Alasan mereka ialah untuk belian barangan derma diluar negara atau menerima derma dari penderma luar negara.
Maka jangan pelik melihat kenapa ada NGO tergesa2 cuba beroperasi diluar negara dengan susah payah ketika ramai lagi rakyat dinegara ini sedang kibarkan bendera putih!!
Maka katakan SAA ingin lari cukai, syarikat ini akan pilih akaun offshore diluar negara milik NGO ini dengan alasan derma untuk aktiviti luar negara NGO itu.
Maka kerajaan tidak mampu menjejak aktiviti akaun luar negara itu dan hanya anggapnya sbg derma bagi tujuan aktiviti NGO ini di luar negara.
Cara lain ialah, NGO itu akan pulangkan semula wang itu kepada SAA dengan declare diri Syarikat ini sebagai penjual atau pemborong barangan yang NGO ini declare sebagai barangan untuk didermakan. SAA pula akan memberi Invoice dan Delivery order palsu untuk sahkan jualan itu.
seperti kebiasaannya, keje pemulangan wang ini berlaku selepas SAA declare cukai untuk tahun itu agar dia boleh lepaskan diri dengan mudah tanpa ditrigger.
Ok, apa peranan NGO disini.?Mereka hanya perlu delay pembelian barangan dan membeli secara olok2 kemudian bagi genapkan wang yang didermakan.
Pada masa sama, NGO ini pula akan delay audit untuk beli masa sehingga pendermanya selesai declare cukainya. Maka jangan hairan kenapa ROS mengingatkan submit laporan audit tepat pada masanya.
Segalanya mungkin nampak rumit tapi agak senang jika anda ada kumpulan akuantan yang bijak mengatur semua ni.
Untuk memeriksanya kita perlu jalankan forensik auditing iaitu audit mengikut peringkat demi peringkat dengan meneliti setiap 1 sen belian tanpa menerima bulat2 apa yang dideclare. Jarang ia dibuat kerana kengkangan masa dan tenaga kerja oleh pihak kerajaan.
RAKYAT yang RUGI AKHIRNYA.
Ok skrg saya ingin jelaskan tujuan utama saya menulis artikle ni. Kesannya rakyat pasti akan merasai lambat laun. Kenapa?
Jika anda perhati, target cuci wang adalah wang cukai koporat. Ia adalah salah 1 sumber pendapatan utama negara untuk biayai kemudahan rakyat.
Kedua, melalui ciri2 ketaksuban yang diterbitkan oleh NGO sebegini,
Ramai penderma tegar bakal terpedaya dan salurkan wang yang sepatutnya mereka salurkan kepada Zakat, cukai mahupun terus kepada jabatan kebajikan masyarakat mahupun rumah2 penjagaan asnaf, anak yatim dan orang tua kepada NGO ini
Wang2 yang sepatutnya didermakan disini, diderma pula kepada NGO2 sebegini meninggalkan pertubuhan2 yang benar2 perlukan derma ini kering.
Anda sebagai penderma harus paham 1 pekara. Jika ada wang dan niat, pergi jelah ke mana2 rumah asnaf untuk salurkan bantuan anda.
Mengapa perlunya 1 NGO sebagai orang tengah yang sebat 30% komisyen disini sambil memiliki kemungkinan bersekongkol dengan pelari cukai untuk cuci duit?
Bolehkah anda sekurang2nya pastikan 100%wang derma itu sampai kepada orang miskin seperti yang anda nak.
Jika anda beli beras atau salurkan bantuan kepada rumah anak yatim dengan menjamu makan, beli pakaian dan alat tulis, bukankah anda boleh puas hati 100% wang itu sampai ketangan penerima?
Maka melalui apa yang saya jelaskan, NGO2 sebegini secara langsung ada kecenderungan menafikan hak peminta sedekah dan mempedaya penderma dengan mudah.
Dalam kes begini, wang yang sepatutnya diagihkan kepada zakat dan cukai telah disebat orang tengah ini. Bukankah ini merugikan negara dan rakyat?
MAKA USAH JADI b0d0 MENYOAL PULA MEREKA YANG CUBA MENYOAL NGO INI!
Bagi yang biasa dalam dunia politik dan koporat seperti saya, saya dah lama masak ngan keje2 Yayasan2 dan NGO2 sebegini yang over2 cuba glamerkan diri..
Saya bukan orang baru dalam benda2 seperti ini dan jangan merasakan saya menulis untuk halang anda derma. Just saya ingin jelaskan 1 scenario nyata yang sentiasa berlaku di negara ni dan juga seluruh dunia..
Hanya berhati2 lah sikit dan usah terlalu taksub sangat bila terdedah dengan publisiti berlebihan mana2 NGO yang terlalu menonjol dalam aktiviti2 sebegini. At the end its all about money and business actually. Fikir dan nilaikan sendiri ok.
– Rayyan Radzwill (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit