Kenapa Orang Muda Perlu Beli Rumah Seawal Mungkin

Masalah orang muda zaman sekarang ni terlalu gilakan kereta. Bila baru mula kerja, terus tak fikir panjang dan beli kereta ikut kemahuan. Sudahnya, diri sendiri juga yang terbeban akibat menanggung kos lain dan juga hutang.

Jom kita tukar mindset daripada beli kereta terlebih dahulu, lebih baik beli rumah pertama sebagai aset pelaburan masa depan. Banyak sangat kelebihannya, nak tahu kenalah teruskan membaca, hehe.

1. Bayaran bulanan rendah dan tempoh pembiayaan yang lebih panjang. Untuk korang yang masih muda, hal ni penting agar setiap bulan korang tak rasa terbeban sangat.

2. Harga rumah masih murah. Lagi lambat korang beli rumah, makin mahal lah harganya. Harga rumah sentiasa naik, jarang sekali tau nak turun.

3. Pinjaman mudah lulus. Bila habis saja belajar dan bekerja, korang masih lagi tak banyak komitmen. Mungkin cuma ada hutang pinjaman pendidikan sahaja. Bila tak banyak hutang jahat, maka Bank mudah untuk luluskan pembiayaan rumah korang.

4. Kadar MRTT atau MLLT yang masih rendah. Umur yang muda dan badan yang sihat merupakan salah satu faktor diambil kira untuk caruman Takaful ni.

5. Pembiayaan Bank ada pelbagai, jika kena caranya mungkin korang akan 100% pembiayaan. Seharusnya korang kena rebut peluang Skim Rumah Pertama ni.

6. Dapat untung lebih. Bila korang start kumpul aset pada usia muda, lagi tinggi keuntungan yang akan diperoleh bila dah tua nanti melalui Capital Gain rumah itu sendiri.

7. Bakal Mak mertua mesti tersenyum lebar bila tahu korang dah ada rumah sendiri sebelum kahwin lagi. Lagi yakin dia nak serahkan anaknya kat korang nanti.

8. Jika korang perempuan, semestinya korang dah ada aset sendiri. Suami pun akan fikir dua kali sebelum nak melafazkan talak penceraian. Jika bercerai, dia yang terpaksa angkat kaki keluar dari rumah.

9. Jika korang Lelaki, rumah sendiri tanda korang seorang yang berwawasan. Bakal isteri pun akan lagi suka sebab dia tahu korang jenis yang merancang masa depan.

Begitulah, beli rumah waktu muda ni banyak kelebihannya. Memanglah ia tak boleh bawak korang berjalan ke mana-mana seperti kereta, tapi dengan keuntungan kenaikan nilai hartanah mungkin korang boleh guna duit tu untuk bercuti di luar negara.

Tips – Beli rumah ikut kemampuan, bukan ikut kemahuan ye. Belajar ilmu hartanah sedikit sebanyak agar tak tersilap beli nanti.

– AbamJambang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *