Assalamualaikum dan hai. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku ni. Sebenarnya bukan confession apa sangat, cuma teguran dan peringatan untuk diri sendiri dan juga pembaca – pembaca yang lain.
Aku ada seorang kawan yang aku namakan sebagai A. A ni putih melepak, tinggi dan kurus. Aku kenal dia sekitar tahun 2014, masa tu A bertudung litup. Awal tahun 2017 baru – baru ni, setelah lama tak contact kawan aku ni, aku tergerak hati untuk melihat instagram miliknya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati si A sudah tidak bertudung litup lagi dan bertambah terkejut lagi apabila melihat semua gambar – gambarnya berada di kelab.
Berparti, berhibur, minuman air kencing syaitan dengan bangga penuh atas meja, aku terkejut, betul – betul terkejut. Pada mulanya aku cuba berfikiran positif, aku fikir akaun instagram miliknya kena hack memandangkan jumlah followernya yang beribu – ribu, mungkin ni gambar lama A (A dahulu free hair). Hati aku melonjak – lonjak nak tahu betul ke apa yang aku lihat ni, A dah balik semula macam dahulu ke. Aku terus DM si A di instagram bertanyakan samada betul ke dia sudah tidak memakai tudung lagi. Dan 2 minit selepas itu, A jawab soalan aku dengan mengatakan dia sudah tidak bertudung, dan sebelum ini dia bertudung pun sebab dipaksa oleh bekas kekasihnya.
Termenung panjang aku memikirkan keadaan A. Sebelum ni aku cuma baca perihal beberapa orang artis yang memakai tudung kemudian tidak bertudung dengan alasan nak jadi diri sendiri dan dipaksa bertudung. Dan apabila berlaku dekat kawan aku sendiri, walaupun aku cuba memujuknya dengan cara yang lembut untuk kekal istiqamah tetapi dibalas dingin, aku jadi sedih.
Aku sedih bukan sebab dia tidak mahu mendengar nasihatku, aku sedih sebab aku rasa di mana letaknya islam di dalam hati seorang islam yang lahir sebagai islam. Islam warisan sahajakah? Dahulu aku juga tak menutup aurat, bangga tayangkan rambut aku dekat semua orang. Tapi lama kelamaan, aku rasa nak pakai tudung, masa tu aku pakai tudung sahaja, bukan lagi menutup aurat sepenuhnya, yela ada beza bertudung dan menutup aurat. Aku memakai tudung tapi masih lagi pakai seluar skinny, pakai tudung tak tutup dada, tak pakai stokin dan banyak lagilah.
Tapi bila dah pakai tudung ni, lama – lama aku nak jadi lebih baik. Aku mula baca buku keagamaan. Aku mula mengaji. Aku mula beli stokin kaki dan stoking tangan yang comel – comel. Al-Quran dan terjemahan pun aku beli yang berwarna – warni, jadikan aku lebih semangat nak baca. Tudung aku labuhkan sehingga tutup dada. Aku mula jaga pertuturan aku, cara ketawa, pergaulan aku dan batasan – batasan sebagai seorang muslimah. Aku perlahan – lahan istiqamah jadi lebih baik.
Sebenarnya aku rasa wanita yang dah elok bertudung, lepas tu free hair balik ni, maaf cakap tak menjadikan mereka semakin moden, tapi semakin menapak kebelakang. Sebab sepatutnya kita perlu sentiasa ingatkan diri kita kenapa kena tutup aurat. Betapa cantiknya yang tertutup itu. Aku pernah dengar ustazah cakap, wanita yang menutup aurat ni, yang sentiasa istiqamah menutup aurat ni, ibarat dia berjihad, jihad dengan diri sendiri.
“The greatest jihad is to battle your own soul, to fight the evil within yourself”. Tak mudah nak istiqamah, aku pergi shopping mall pun, pakai baju long tunic dan pencil pants, stokin kaki dan tangan, tudung tutup dada, tapi bila nampak gadis bertudung lalu sebelah pakai skinny jeans, long tunis, tudung selimpang kiri kanan, ala – ala hipster pun aku macam siap cakap ‘Eh, cantiknya’, padahal suami aku dah cakap aku pakai tu sopan dan cantik, sedap mata memandang. Aku macam rasa underestimate sampai aku rasa akulah paling selekeh pakai semua longgar – longgar padahal suami aku ni dah cakap cantik dan sopan.
Dalam tak sedar, sebenarnya syaitan ni dah hasut hati aku ni, dah goyahkan iman aku ni, syaitan ni dah menari dangdut dekat mata aku ni, buat aku nampak yang ketat – ketat ni lebih cantik dari longgar. Terus aku gosok mata sambil cakap ‘Cuba lagi ye syaitan durjana, aku rasa aku dah cantik pakai macam ni’. Aku nak cakap dekat sini, iman orang perempuan ni memang selalu goyah, turun naik, tapi ni kan diri kita sendiri, kita yang kawal, kita yang corakkan diri kita.
Dalam orang berbalah – balah berkenaan harga tudung brand B ni, aku rasa macam malu, malu dengan orang islam negara lain yang jihad nak menutup aurat walaupun ketika dalam perang. Tapi kita dekat Malaysia ni, bergaduh sebab tudung? Bagi aku terpulanglah pada kemampuan masing – masing untuk membeli, tudung harga seribu ke, 10 ringgit ke, tak kisahlah berapa harganya, yang penting menutup dada dan menutup aurat. Antara bersederhana atau tidak, itu antara mereka dan Allah, yang penting, kita istiqamah menutup aurat.
Jadinya, tanya diri sendiri, kenapa kau tutup aurat? Sebab boyfriend? Sebab kena paksa? Apa kau rasa kalau kau suruh orang kau sayang ikut cakap kau, tapi dorang tak ikut pun sebab rimas. Kau rasa apa? Jadinya kau kena ingat, kau lalai, kau alpa, kau leka, kau tak jalankan perintah Allah, Allah tetap bagi kau rezeki, rezeki kau hidup lagi, kau dapat kerja elok, dapat naik kereta besar, kau tak ingat Dia, tapi Dia selalu ada dengan kau. Bagi kau nyawa untuk hidup di muka bumi ini. Jadi, beringatlah semua. Hidup ni bukan mati bila sakit atau dah tua. Aku tengah tulis confession ni, kalau Allah nak tarik nyawa aku pun boleh. Para pembaca yang tengah baca confession ni, Allah nak tarik nyawa bila – bila masa pun boleh.
Iman memang turun naik, bukan senang nak istiqamah, tapi sekurang – kurangnya kita cuba. Cuba demi Dia.
– Insan kerdil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit