Dalam luahan ini, aku bahasakan diri sebagai Kakak, dan adik lelaki ku sebagai Adik. Kami cuma 2 adik beradik. Dan ibu kami, saya bahasakan sebagai Mama.
Ini adalah luahan hati kakak kepada mama, sebab kakak tak tahu nak luahkan kepada siapa. Andai kata mama terbaca luahan ni, kakak minta maaf sangat-sangat. Kakak sayang mama.
Tak lama dulu, kami sekeluarga macam orang lain. Ada Mama, Papa, Kakak dan Adik.
Namun semua berubah bila Papa ada perempuan lain, dan akhirnya Papa dan Mama berpisah. Maka kami adik beradik duduk dengan Mama.
Namun bukan itu yang ingin Kakak ceritakan. Tapi apa yang terjadi selepas itu.
Selepas mama berpisah dengan papa, maka berkawan dengan seorang kawan perempuan mama ni. Kawan sama di tempat kerja.
Tapi, kawan perempuan mama ni,
Macam lelaki.
Rambut pendek, pakai tshirt dgn seluar pendek. Dengan gelang dan rantai besar. Macam laki gengster tu.
Yang tak bestnya, kawan mama ni duduk dengan kami sekali. Kakak tidur satu bilik. Adik bilik lain. Mama dengan kawan dia tidur sekali.
Keluar pun sama-sama dengan kami, macam dah jadi ahli keluarga pula dengan kami.
Sampai kawan2 kakak kat sekolah pun dah tegur kakak.
“Kenapa aku tengok papa kau macam perempuan ye?”
Mama, kakak dengan adik malu.
Kawan2 pun selalu ejek.
Kakak takde kawan.
Takde sape nak kawan kami.
Adik pulak baran.
Selalu nak gaduh dengan orang lagi2 kalau orang lain sebut pasal mama.
Mama,
Mama lesbian ke?
Kakak ada baca.
Orang lesbian ni perasaan dia pada wanita lain.
Maafkan kakak mama.
Hari tu kakak ade tertengok kat H0 mama. Mama save nama kawan mama tu “sayang”
Mama bercinta ke dengan perempuan yang macam lelaki tu?
Hari tu masa kat rumah, kakak dengar mama dengan kawan mama gaduh besar sebab kawan mama ada perempuan lain.
Mama,
Mama tak boleh ke tinggalkan kawan mama tu?
Tak boleh ke kita hidup bertiga je?
Mama, kakak dengan adik.
Kakak janji kakak belajar sungguh2.
Dapat kerja baik2. Kakak akan jaga mama.
Tolonglah mama.
Kakak dengan adik sayang mama.
Tinggalkan semua tu mama.
Walaupun kakak ni budak sekolah lagu tapi kakak tau apa yang mama buat tu berdosa.
Tolong, mama.
Pleaseee
Kakak rindukan kita semua macam dulu.
Harap-harap satu hari nanti
Kakak doakan mama.
Mama pun doa juga tau.
Kami semua sayang mama.
– KAKAK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alahai kesiannya kat awak dik, cuba confront dengan mak baik2…
besar dugaan ko dik, mak ko ni nape?
Allah..big hug to kakak & adik..banyakkan berdoa pada Allah & cuba cari orang tengah (mak saudara ke) utk nasihatkan mak..
Dalam hal ni last2 papa jd “org baik” tinggal anak bini terkontang kanting
Ya Allah syg, sedihnya dengar luahan hati awak. Tlg cari bantuan sebelum mama awak hanyut lebih jauh..kalau awak ada nenek/atok/makcik yang boleh nasihatkan mama awak mungkin awak boleh mengadu pada mereka. Kalau papa awak masih mengambil berat tentang hal anak², mungkin awak dan adik boleh tinggal sementara dengan papa. Hal macam ni tak boleh dibiarkan tapi dalam masa yang sama agak sukar untuk diselesaikan bagi budak bawah umur macam awak..awak kena cari orang dewasa untuk tlg..sementara tu awak dan adik berbaik² ya, jaga solat 5 waktu dan jangan putus doa untuk awak sekeluarga..take care to each other k..aunty doakan awak berdua sentiasa dilindungi Allah dan moga ada jalan penyelesaian untuk masalah awak.
Pegi cari bapak ko dik.. apo ni, dah kenapa duduk dengan mak yang tak ketahuan identiti ni.. adoii
Pegi cari bapak ko dik.. apo ni, dah kenapa duduk dengan mak yang tak ketahuan identiti ni.. adoii