Kenapa Pengambil Kerja Takut Untuk Terus Terang?

Assalamualaikum semua. Saya straight to the point ja la. Saya terasa nak share pengalaman saya semasa cari kerja dengan macam2 kerenah majikan.

Lepas grad merata saya mintak kerja, dan pesan2 dekat orang jugak kalau ada vacancy. Mostly saya apply kilang sebab bidang saya bahagian electronics engineering.

Saya jump kepada persoalan saya seperti tajuk tu. Kenapa orang yang interview kita kerja tak berani nak cakap kita dapat kerja ka tak. Kenapa suka main tarik tali dan suka bagi harapan palsu?

Beberapa kilang saya pergi, kalau yang interview saya tu chinese, dia akan cakap kalau i berminat i akan call u esok. Kalau tak dapat call tu kira kita tak berminat dengan u la, simple. Kita pun faham dapat kerja ka tak.

Ok meh saya tulis beza dengan orang islam,

Pengalaman pertama : pengalaman saya dengan HR kilang Panas####, lelaki melayu, dia cakap kat saya masa interview, awak berjaya temuduga ni.

Kami terus bincang pasal gaji dan semua skop kerja, siap dia cakap dia akan letak department mana dan akan kerja dengan siapa, siap mention perangai head tu, konon mudah saya nak adopt.

Tapi dia cakap dia akan chek tarikh kemasukan untuk bagi offer letter. Dia bagi nombor hp dia, suruh saya mesej selepas seminggu.

Ok lepas seminggu, dia kata dia sedang mc. Dia bagi tarikh berapa hb dia masuk kerja, dia suruh saya mesej tarikh tu petang pukul 3. Tepat pukul 3 saya mesej.

Dia reply dia kena outstation, dia akan balik sekian2 tarikh ni. Mintak saya confirm pada tarikh tu. Ok saya akur lagi. Masih berharap dan tunggu masa untuk masuk kerja. Ada la dia mintak maaf sebab terdelay, saya cakap tak pe, saya boleh tunggu.

Ok saya pendekkan cerita, almost 2 bulan dia bagi alasan macam2. Selama 2 bulan tu saya pun tak apply tempat lain, sebab dah yakin dah dapat kerja situ dengan segala janji manis dia. Masa tu muda, jadi otak tak fikir panjang.

Tapi kerap sangat alasan dia sampai saya dah rasa pelik. Sekali tu saya siap pesan kalau saya tak de rezeki sini bagitau la encik, saya nak apply tempat lain sebab lama sangat tunggu.

Dia cakap eh tak2, memang ada kerja. Awak tunggu sekejap ja, bos dah tengok resume awak, dia ok ja cuma nak tukar department. Saya ingat nak letak awak department saya. Bla bla bla lagi la ayat dia.

Pendek kan cerita, saya pun dah hilang keyakinan dan try apply tempat lain. Dia pun tak mesej dah lepas tu.

Kalau dia professional, dia boleh ja cakap kalau dah siap semua saya call balik ke, sementara tu awak cuba tempat lain ke. Atau department kita tengah ada masalah ke.Apa2 alasan yang boleh diterima la.

Kurang2 kita pun tak berharap dan boleh buka ruang kat lain. Ni dekat 2 bulan asyik cakap macam2, mintak saya mesej hari ni la hari esok la. Bagi saya tak sepatutnya perkara ni berlaku apatah lagi dia tu senior officer.

Pengalaman ke 2 : dengan tauke nasi kandar terkenal. Dia ada kedai peralatan electronic dan cari technician untuk kedai tu. Yang ni ada orang yang maklum kat saya dan owner tu suruh saya contact dia untuk sesi temuduga. Owner lelaki mamak, anak tauke tu.

Dipendekkan cerita, call dia untuk interview, dia cakap pagi esok mai office. Pagi2 sampai, secretary dia kata dia tak de kat sini pergi kl. Saya call dia, dia cakap tunggu dalam sejam dia sampai.

Secretary pulak naik pening. Sejam tunggu sampai ke 2 jam, saya call semula cakap saya masih dok tunggu dia. Dia kata awak mai esok la saya ada hal hari ni.

Memang la kan, dah dia kat kl sana. Secretary dia ada la suruh saya balik ja, sebab dia kata esok pun belum tentu bos masuk pejabat. Tapi saya kata bos suruh tunggu jugak, jadi dia pun diam ja la.

Ok, masih tak putus asa dan tak ambik pengajaran, esok pagi mai lagi pejabat dia, kali ni dia ada. Tapi tak interview pun, dia suruh saya call dia esok sebab ada hal lain nak urus.

Esoknya call, dalam telefon dia tanya apa kelulusan saya, saya cerita semua yang dia tanya, lepas tu dia tanya saya nak apply kerja apa, saya cerita la.

Dia balas kata ada kerja untuk bancuh ayaq mau dak? Saya kata saya tak pandai bancuh ayaq.

Dia kata kalau macam tu tak dak kerja yang sesuai untuk adik. Kalau ada kosong saya habaq. Saya diam tak menjawab apa. Patah hati sebenarnya dengan layanan orang.

Masa ni rasa macam aku ni nampak macam pengemis ka kat mata hangpa. Aku mai mintak cari rezeki halal kot, ada kata la ada, tak dak kata tak dak. Awat dok buat orang macam ni.

Tapi kalau saya tau bancuh ayaq saya terima ja offer tu, cuma kalau dia memang tak mau ambik saya kerja, dia mungkin akan cakap nak cari orang yang pandai sembelih lembu pulak.. Alasan demi alasan.

Please la majikan2 kalau baca confession ni, jangan la layan orang yang tak dak kerja macam hamba. Kita semua manusia. Tolong berani untuk terus terang, jangan bagi harapan kalau benda memang tak dak.

Owner nasi kandar tu buat saya macam tu saya cerita kat orang yang rekomen tu, dia pun terkejut..

Dia sendiri cakap, kita mai tanya kerja yang dia sendiri suruh cari perkerja. Kalau tak berkenan cakap ja tak dak kosong atau dah di isi orang lain. Kenapa dok kata macam tu.

Kita ni nak pi tempat dia berulang2 kali semua tu kos, sebab bukan dekat. Nak telefon lagi, masa tu zaman prepaid. Dah kita tak dak kerja, tak dak duit. Pinjam sana sini, bukan semua orang senang. Majikan tak fikir semua tu sebab depa king of money.

First sekali majikan pun kena ada discipline yang tinggi dari segi pengurusan masa. Puncual ke tak, menepati janji ke tak, alert tak, berani tak untuk terus terang. Berani ambil risiko bukan dari segi duit ja tapi dari semua segi.

Jangan ingat kita bos kita boleh buat sesuka hati sedangkan dalam islam pun ditekankan tentang masa dan adab.

Maaf kalau ada yang terasa, dari pengalaman saya, yang ada discipline tinggi tu hanyalah majikan chinese ja. Bukan nak racist ka apa, tapi itu la hakikatnya. Jarang nak jumpa orang islam ada ciri2 tu.

Yang cari kerja pun kena tengok majikan jugak. Kalau mai mintak kerja pun buat macam ni, nak cakap pun tak berani, masa pun tak tepati, baik tak payah teruskan kerja dengan syarikat macam tu.

Potensi untuk kena tindas adalah tinggi sebab ciri2 ketua yang baik tu tak ada, macam mana dia nak protect orang bawahan?

Tapi ada hikmah apa yang berlaku kat saya masa tu. Benda tu mematangkan saya. Sekarang alhamdulilah saya ada di satu position bagus walaupun syarikat kecik. Ya memang syarikat cina.

Tapi saya gembira kerja kat sini hampir 11 tahun genap tahun ni. Semua kebajikan saya terjaga. Saya bersyukur kerja kat sini dengan team engineering yang baik dan persekitaran yang bagus.

Saya pun interview ramai orang untuk macam2 jawatan kerja kat sini. Kalau layak, saya terus suruh HR buat surat. Kalau tak layak, saya terus terang masa tu dan saya siap cakap apa kelemahan dia untuk dia baiki di masa depan.

By the way, izinkan saya nak share pengalaman ke 3 saya yang terakhir dalam penulisan ni. Sebelum saya kerja syarikat sekarang ni, macam2 kerja saya buat. Cashier la, tukang cuci la. Asal ada job saya rasa nak cuba saya cuba ja untuk ambik pengalaman.

Pengalaman last ni, saya ada mintak kerja kat kedai makan. Dia tulis depan kedai dia perlukan pekerja. Saya call, owner perempuan melayu suruh datang kedai masa tu jugak.

Masa jumpa, dia cerita skop kerja. Dia kata awak kena bantu kat dapur, ambik order, cuci pinggan, kemas meja hantar makanan semua, semua2 yang berkaitan kedai makan. Masuk kerja pukul 3 petang sampai 12 malam. Gaji sehari 30 ringgit.

Dia kata kalau setuju esok mula kerja. Saya ok ja la .Sebab tak kisah kerja apa pun.

Tiba2 suami dia mai pangil dia cakap apa tah. Dia suruh saya kopek udang 1 besen sederhana tu. Dia kata nak tengok saya ada skill ka dak. Tapi saya buat jugak la sebab betul2 nak kerja.

Lepas tu suruh kopek bawang, potong bawang, potong sayur2. Saya tanya dia hari ni terus mula kerja ka.

Tiba2 suami dia kata ya la. Hang nak kerja ka tak mau. Saya kata mau. Tapi saya dengan tak makan nya, apa nya masa tu buat jugak dalam keadaan mengigil.

Saya ingat lagi masa tu saya belum zohor, saya mintak izin dia nak solat sat sebab nak masuk asar dah. Suami dia kata kat bini dia, dasar penyegan ni. Buat kerja sikit nak mintak rehat. Tak boleh kerja la budak ni. Cari orang lain la.

Padahal semua yang dia suruh saya buat. Saya pun bukan lari, cuma kalau dia suruh saya masak mungkin saya lari sebab saya tak pandai masak.

Bini dia pun kata hang pi cari kerja lain la adik. Aku tengok hang ni macam tak boleh buat kerja, buat kerja pun lambat. Saya akur la tanpa cakap banyak walaupun semua yang dia suruh saya dah settle.

Teringat pesan mak, apa pun solat penting. Jadi saya tak berkeras untuk kerja tu. Cuma saya tanya juga la, yang saya buat tadi tu boleh dapat upah dak?

Sebenarnya berharap jugak ada sikit ehsan untuk saya 5, 10 ringgit pun tak pa, boleh lepas topap atau minyak motor. Tapi suami dia kata, yang tu nak test ja, mana boleh bayar upah.

Saya kata ok tak pa la. Anggap bukan rezeki saya. Sampai sini saja la kisah pengalaman kerja saya yang hanya sikit ja saya cerita. Maaf agak panjang atau menyingung perasaan siapa2. Tak ada niat pun.

Buat yang masih tengah cari kerja, jangan putus asa, letak allah nombor 1, pasti semua mudah untuk anda. Solat jangan tinggal, doa jangan lupa. Assalamualaikum..

– Nash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *