Kenapa Perangai Kakak Ipar Macamni?

Assalamualaikum, aku Dhia pertama kali confess di iium. Terima kasih sebab siarkan confession saya.Moga cerita saya ni dijadikan pengajaran buat yang masih belum berkahwin atau yang sudah berumahtangga

Begini, tahun 2015 abang sulung aku kahwin dengan pilihannya yang sama umur dengannya. Sebelum kahwin memang sopan, pemalu, pakaian pun labuh tutup aurat.Alhamdulillah aku happy terima dia sebagai kakak ipar.Lepas kahwin memang kakak ipar tinggal sekali dengan keluarga

Masa seminggu lepas kahwin, memang dia rajin, basuh pinggan, kemas rumah, kat sinki dapur tu, memang sentiasa kosong sebab dia selalu basuh pinggan.Aku pulak naik segan walaupun kerja rumah sama-sama buat.Patutnya tuan rumah yang kena lagi banyak buat kerja.

Tapi bila dah setahun kahwin, memang nampak perubahan dia. Mula malas buat kerja, pura-pura penat lah, padahal tak ada benda pun yang dia buat dekat rumah tu, tapi dia punya tidur mengalahkan yang bekerja 2 malam.Kalau nak ikutkan, aku lagi penat sebab dari pagi buat kerja non stop sampai malam.

And kalau dia masak, boleh dikira dalam masa setahun. Kadang terfikir, kalau diorang duduk asing, apa lah yang abang aku nak makan ? Dia tak rasa malu ke ? Abang aku lagi pandai masak berbanding dia.Sebolehnya dia mengelat nak masak.Terlajak bangun lah,balik kerja lambat lah, balik kampung lah.Kadang-kadang dia lebih prefer makan kat luar dari makan ramai-ramai dengan family.Family punya lah tinggalkan lauk untuk dia balik kerja nanti,tiba-tiba senang-senang je dia makan kat luar

Ada pernah sekali aku terfikir,macam aku pulak yang jadi isteri abang aku.Yela ,aku banyak tunaikan apa yang dia teringin nak makan.Banyak benda yang aku lagi tahu dari kakak ipar aku dari segi apa yang abang aku suka,apa yg abang aku tak boleh makan,pakaian dan lain -lain.Kalau bab masakan,aku lagi tahu apa yang abang makan dan tak makan.Sebab apa?Sebab aku yang hari-hari masak.Isteri masak apa untuk suami?TAKDE.Thats why dia tak tau apa yang suaminya makan dan tak makan.

Boleh dikatakan dalam sebulan tu, 2-3 kali je kemas rumah. Dia tak rasa malu ke ?Nasib baik lah aku ni bukan jenis perli-perli, sindir-sindir, sound direct.Kalau orang lain rasanya tak tahan dah dengan perangai dia ni.Keluarga aku jenis yang happening dan lembut, ibu aku pun tak suka sindir, perli, sound menantu dia. Yang ibu aku pulak, selalu menangkan dia.Lagilah kita ni sakit hati

Apa-apa kalau ayah bagi kat anak-anak, mesti dia pun dapat jugak, aku tak berkira soal tu, tapi kadang-kadang aku terfikir, dia tak rasa malu ke?Dah lah menumpang.Ayah tak tahu apa yang dia buat seharian.Kalau ayah tau ,sure ayah tak lebihkan dia jugak

Aku bukan nak buli dia macam kat dalam drama, and aku bukan jenis yang buat kakak ipar macam hamba. Aku cuma mintak kerjasama untuk buat kerja, bukannya suruh dia buat sorang. Selama ni aku diam je, aku jaga hati dia sampai aku makan hati. Sampaikan ibu aku pun serba salah nak tegur dia.

Sekarang pun bukannya malas buat kerja je, tapi dia pun malas nak masak. Pakaian dia pun dah singkat, dulu bukan main payah nak tengok dia pakai seluar, sekarang asik pakai seluar je.Masakan tak sedap takpe ,tapi at least masak la.Tak malu dengan ayah mertua ke?Serious la ,menyesal ada kakak ipar.Tak berbaloi bagi hantaran mahal berpuluh ribu tapi pemalas yang amat.

Kalau macam nilah caranya, RM5k pun dah cukup bagi kat dia. Serious, rasa stress sebab dia asyik cekelat dalam bab kerja. Hari-hari kakak aku yang masak,balik kerja dia cuma duduk dalam bilik tidur sampai maghrib. Kalau tak pandai masak takpe, at least tunjuk minat nak belajar.Kakak aku pun belajar masak sendiri jugak.Alhamdulillah masakan dia semua sedap-sedap.Apa yang kitorang teringin mesti dia masakkan.Untung sape dapat kakak aku hahahahah.

Aku nak tanya, masih ada lagi ke mertua yang boleh suapkan menantu dia makan ? Ibu ayah aku selalu suapkan sekali setiap kali makan kat setiap sorang anak and menantu.Ye memang masih ada, tapi dah jarang jumpa. Most of MIL mesti dengan sikap garangnya, tapi ibu aku tak. Kakak ipar aku ni, siap suruh ibu tuangkan lauk lagi tau.Rasa-rasa ada ke yang berani minta mak mertua tuangkan lauk.Kalau rasa nak kena perli buat la.Patutnya kena segan buat macamtu.Takkan orang yang lebih muda minta tuangkan lauk.Betul tak?Besar pangkat dia nak buat macamtu.

Aku harap sesiapa yang dah kahwin tu, rajin-rajin lah ambik hati mak mertua.Kalau duduk asing dengan mertua lagi bagus.Ini kalau dah pemalas macam kakak ipar aku, jangan harap adik ipar and mertua kau nak baik. Kakak ipar aku bernasib baik sebab family aku bukan jenis mulut celupar.Tu pun masih tak bersyukur.Lagi pijak kepala ada la.Moga Allah beri dia kesedaran atas apa yang dia buat selama ni.

Sekian itu sahaja confess dari saya.Moga saya diberi kekuatan dan kesabaran untuk hadapi benda ni .Maaf sekiranya ayat saya berterabur

– Dhia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit