Assalamualaikum & hi pembaca iiumc yang setia. Tajuk aku agak cliche ya, tapi aku nak highlight di sini bahawa confession aku bukanlah mewakili semua kaum wanita ya, cuma sebahagian sahaja.
Zaman sekarang ramai wanita cantik dan bekerjaya yang masih membujang sehingga usia lewat 30-an. Jika nak dikata tak laku, cantik je orangnya . Takkan tak ada yang mahu? Mustahil lah kan. Jadi apa sebabnya? Selaku perwakilan persatuan makcik bawang kategori belia wanita, ingin aku jelaskan serba sedikit asbab musabab kenapa wanita sekarang masih ramai membujang.
Ya aku wanita bujang dan masih belum berkahwin. Bukan tak kahwin kerana tak laku tapi berikut adalah antara sebab-sebab kenapa aku dan kaum kami ramai memilih untuk membujang.
1) Fobia dengan pengalaman orang sekeliling
– Kami dengar terlalu banyak pergolakan & konflik rumahtangga zaman sekarang sehingga membuatkan kami takut nak kahwin. Kes perceraian pun agak tinggi juga di Malaysia dan faktor perceraian pun kadang2 remeh sangat sehingga aku rasa lama kelamaan wanita ni hanya dianggap sebagai hamba lelaki sahaja. Perlu jadi perfect serba serbi baik dari segi layanan mahupun paras rupa . Kalau fizikal dah lari dari alignment terus lelaki tawar hati dan cari perempuan lain. Nampak biased kan statement aku? Tapi hakikatnya begitulah realitinya. Ya tak semua lelaki spoil & trash tapi yang trash ni pun boleh tahan ramai juga
2) Belum jumpa lelaki idaman
– Siapa kata wanita takde taste? Ingat lelaki je boleh demand perempuan putih dan lawa je? Perempuan pun ada taste ye. Kebanyakan dari kami suka lelaki sado dan tegap handsome dan yang penting poket tebal. Ahaks nampak materialistik kan? Tapi realitinya begitulah . Kami mahukan lelaki yang boleh menjamin masa depan kami dan anak2 kami . Yang penting kena sweet romantik tak merokok dan tak panas baran. Eleh satgi ada lah tu yang akan cakap “kau ingat ni drama tv3 pukul 7 ke? Berpijak di alam realiti lah sikit”. Aku tv pun tak tengok.
Aku bukan high demand cuma realitinya duit tu penting untuk kehidupan selepas kahwin. Nak masak perlu duit, nak bayar bil perlu duit, nak beranak perlu duit, nak cantik perlu duit, anak sekolah perlu duit. Cash is king dear. Kalau takde duit boleh bergolak jugak rumahtangga. Almaklumlah wanita ni sifatnya kurang penyabar dan suka berleter. Memanglah boleh susah senang bersama tapi….. confirm ke kami takkan pernah rasa sedih bila dihimpit masalah kewangan? Nauzubillah. Kalau kami tak memilih , parents kami tetap akan memilih lelaki stabil juga
3) Belum bersedia
– Rata-rata dari kami belum berkahwin sebab belum bersedia dari segi financial emosi dan mungkin juga fizikal. Dannn ada juga di antara kami yang mahu improve diri sendiri dulu kemudian barulah fikir untuk kahwin kerana kami fikir, orang yang baik hanya deserve untuk orang yang baik sahaja. Jadi kami memilih untuk improve amalan & solat kami, tambah ilmu agama kami sebab kelak kami juga yang perlu didik anak2 kami. Lagipun zaman sekarang, tugas didik anak dah jadi tugas para ibu memandangkan bapa sibuk bekerja.
4) Parents terlalu memilih
– Kalau kami tak memilih, parents pula yang over picky. Parents ni rule dia simple je. Dia nak lelaki yang boleh menjamin kebahagiaan hidup anak dia. Sebab tu parents akan memilih juga faktor kewangan lelaki sebab mereka lebih makan garam dari kita generasi muda.
5) Kejar cita-cita
– Ada sesetengah wanita mempunyai banyak impian yang perlu dilaksanakan sebelum kahwin. Antaranya mahu langsaikan segala hutang ptptn dan balas jasa ibu bapa dahulu. Atau ada juga yang mahu travel solo dulu ke seluruh negara then baru fikir pasal kahwin. Atau ada juga yang mahu sambung belajar sampai phd then baru fikir untuk kahwin.
6) Memang tiada lelaki yang mendekati
– Ya golongan ini pun ramai membujang kerana memang tiada lelaki yang mendekati. Boleh jadi lelaki yang ada sangat limited dan yang ada semua dah berpunya. Jadi probability untuk dapat jodoh sangat kecil peratusannya. Maka jalan terakhir golongan ini untuk mencari jodoh adalah dengan mendaftar di website cari jodoh atau cari jodoh di wechat/tinder. Kadang2 kami minta kawan2 atau family yang carikan
6) Masih belum move on
– Masih terkenang kisah cinta lalu, lalu kami masih belum berjaya move on dari kisah silam. Maka kami memilih untuk friendzone semua lelaki yang mendekati. Kami perlu masa untuk betul2 move on. Mungkin setahun mungkin 5 tahun atau mungkin hati kami tetap setia mencintai lelaki yang 1 itu secara diam2 walaupun dia sudah jadi jodoh orang lain
7) Frust sebab asyik kena reject
– Ada antara kami yang jenis approach lelaki dulu. Bila kami suka someone kami terus approach dia. We play men role, approach men first sebab lelaki yang kami suka tu jenis yang tak pandai nak mengorat atau mungkin dia tak notice kehadiran kami. Tapi setiap kali nak try someone mesti kena reject. Last2 kami jadi frust dengan lelaki dan takut nak mendekati lelaki lagi. Kena reject ni banyak sebab. Boleh jadi sebab kami tak cantik, atau dia tak suka karakter kami atau kami bukan taste dia atau dia dah berpunya.
8) Tak straight
– Yes the last reason kenapa kami single boleh jadi sebab tak straight. Means pengkid atau tomboy atau lesbian. Komuniti ini agak rare tapi tak dinafikan memang ada.
Jadi korang yang masih single tu tergolong dalam nombor yang mana?
– Cik X
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit