Kenapa Perlu Berkahwin Semula?

Assalamualaikum dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Panggil aku Arya (bukan nama sebenar). Secara ringkas mengenai diri aku, ibu kepada 4 orang anak, sudah berkahwin semula selepas hampir 3 tahun menjadi balu.

Recently, aku dan kawan-kawan rapat buat small reunion. Ketika itu macam-macam kisah kami kongsi, maklumlah dah lama tak buat gathering.

Then, sampai keluar satu kisah tentang perkahwinan aku. Salah seorang kawan aku, mentioned yang kisah aku berkahwin semula itu agak havoc; jadi bahan cerita di kalangan rakan sekerja dan orang sekeliling.

Kata dia, ada seorang budak ofis dia, lelaki yang sudah berkahwin, bertanya kenapa aku perlu berkahwin semula?

Kami bekerja dalam syarikat yang sama namun berbeza jabatan. Aku bantai gelak saja mendengar soalan tersebut. Jadi masalah kepada yang bertanya ke kalau aku menikah semula selepas pasangan aku meninggal?

Perlu restu semua orang atau macam mana? Adakah mereka menyumbang anything untuk kelangsungan hidup aku dan anak-anak selama ini? Tak ada? Jadi aku abaikan sahaja soalan itu.

Yang kelakarnya, last-last aku dapat tahu yang lelaki tu berkahwin lagi seorang. Meaning what? Keperluan untuk menikah itu berbeza-beza.

Kau nak kahwin, atau tak nak kahwin terpulang kepada engkau, bukan orang lain. We are not in the same shoes, right? Nasib baik aku tak pulangkan soalan yang sama dekat lelaki itu.

Sebenarnya macam-macam perkara yang aku hadapi semasa bergelar balu. Macam-macam kerenah manusia dan stigma masyarakat yang dari dulu tak boleh nak ubah-ubah. Bayangkanlah maksud balu dengan janda pun dorang tak boleh nak beza. Sigh.

Antara perkara yang aku hadap, mungkin ramai yang kehilangan pasangan akan mengalami masalah yang sama. Keluarga sebelah arwah, in my case ipar-ipar aku.

Alhamdulillah, I think I don’t have much problem with my MIL. Mungkin sebab dia juga telah kehilangan suami , so I guess dia faham situasi aku.

Aku ada sorang adik ipar lelaki yang sudah berkahwin stay tak jauh daripada rumah aku. Setiap kali aku nak balik kampung ziarah MIL, dia juga mahu menumpang sekali. Semasa arwah masih hidup, jarang pula perkara tu berlaku.

Mula-mula aku tak annoyed sangat tapi bila setiap kali aku dan anak-anak nak balik kampung, dia mesti nak join sekali.

Lama-kelamaan anak-anak aku jadi tak selesa. Bayangkanlah, dia masih nak follow walaupun wife dia ada hal tak boleh balik sekali. Dorang ada kereta sendiri kot.

Ada sekali tu, aku sengaja tak beritahu awal aku dah plan nak balik ziarah MIL. Pagi masa nak gerak singgah sekejap rumah dorang, just nak beritahu nak balik kot lah dorang nak pesan apa-apa.

Adik ipar terus kelam kabut kemas beg nak balik sekali. Wife dia tinggal eh! Aku dah macam, omaigad apehal ko do! Aku tak boleh nak husnuzon.

Jadi, aku tak bagi dia duduk sebelah aku, aku drive, dia memang tak reti nak drive. Selama ni kalau dorang laki bini balik kampung memang wife dia yang drive. So, anak sulung aku dah memang duduk depan. Aku biar saja adik ipar aku tu duduk belakang.

There is one time aku buat tahlil dekat rumah, kawan-kawan arwah, jiran-jiran datang. So, adalah yang berpesan-pesan. Lebih macam mengusik pun ada juga. ‘Jaga kakak ipar engkau tu.’

Aku tak faham kenapa nak tinggalkan pesan macam tu. Aku perasan adik ipar aku tu tersengih-sengih. Tersenyum-senyum. Macam suka pun ada kena usik macam tu. Aku pula tak berapa nak suka tengok mimik muka tu. Entahlah.

Pesanan aku untuk lelaki di luar sana, korang please JANGAN MINTA kawan-kawan lelaki korang supaya tolong tengok-tengokkan kakak ipar atau adik ipar atau isteri korang bila korang dah tak ada.

Tolong ubah ayat tu kepada ‘tolong tengok atau jaga kebajikan anak-anak buah korang’ BUKAN ‘tolong jaga kakak/adik ipar korang’. Banyak beza tu. Kakak ipar/adik ipar korang tu dah besar panjang, tahulah dia menjaga diri dia sendiri.

Perkara lain yang aku hadap, rakan sekerja lelaki aku. Aku tak kisah kalau setakat nak offer bantuan atau panduan, kongsi pengalaman macam mana nak handle perkara-perkara yang kononnya lelaki lebih tahu. Contoh; kenderaan.

Sebenarnya, aku ada saja adik lelaki kalau nak tahu fasal kereta, motor ke ape. Aku ada saja pomen yang biasa aku hantar kereta. Aku ada saja kawan perempuan yang tahu pasal benda-benda macam ni.

Tapi, orang nak share aku accept saja tak lebih dari itu. Ya, aku maybe look naive but trust me I am not that naive.

Bagi aku kalau nak bantu, bantu jangan ada niat lain di sebaliknya. Niat nak tambah jadi kedua atau niat nak jadikan scandal ke ape ke, lupakan.

Bukan semua single mom, janda atau balu itu desperate nak cari teman pengganti atau desperate nak cari teman geli-geli. Maaf, aku cakap kasar sikit.

Ini ada yang tengah malam dok message. Sekali-dua bertanya khabar tak apa, tanya perlukan bantuan ke apa ke. It’s okay for me. Kalau dah selalu sibuk tanya khabar itu, ini, meluahkan masalah rumahtangga ke apa ke, maaflah aku memang tak layan.

Korang ada masalah rumahtangga bincang suami isteri bukan look for a 3rd party yang profesion dia bukan counselor atau pakar masalah rumahtangga. Tak pun look for your male friend bukan the opposite gender.

Semua kejadian di atas berlaku sebelum aku buat keputusan untuk bernikah semula. Aku memang tak war-warkan kepada sesiapa yang aku dah ada calon kecuali kepada beberapa rakan aku yang paling rapat.

Dan benda, yang paling aku tak boleh brain, rupa-rupanya ada di kalangan kenalan aku yang buat bet whether aku akan menikah lain atau stay single. (rolling eyes)

Aku tak tahu pula ada orang terkesan dengan berita aku nak nikah baru. I thought people will be happy for me. My kids are happy. Aku dah kenalkan mereka kepada bakal suami sebelum buat keputusan.

So, both seems can get along. Aku tak tahu kenapa adik ipar aku meroyan sedangkan my MIL okay saja. Wife adik ipar aku sendiri cerita kat aku. Kata dia, laki dia sampai menung jauh dengar kisah aku nak kahwin.

Masa ni macam-macam cerita yang adik ipar aku jaja dekat keluarga aku. Aku tak faham kenapa. Dia boleh kata aku balik kerja lambat sebab keluar cari lelaki.

Penat aku bekerja keluar selepas Subuh, sampai rumah selepas Maghrib cari pendapatan untuk menampung perbelanjaan aku dan anak-anak.

Sebelum ni memang aku boleh sampai ke rumah awal sebab arwah suami ada, menghantar dan menjemput aku dari tempat kerja.

Tempat kerja kami berdekatan. Boleh dia buat fitnah macam tu?

Lepas tu dia kata aku dah kena guna-guna pula. Duit aku habis dekat lelaki yang sekarang jadi suami aku. Banyak mana harta yang aku ada?

Takut sangat harta aku jatuh ke tangan orang lain dah kenapa? Semua harta peninggalan suami telah difaraidkan. Aku rasa tak ada masalah tentang itu.

Dan, bukan semua balu itu ditinggalkan dengan harta pusaka dan wang ringgit yang lumayan ya. Ada saja yang ditinggalkan dengan hutang-hutang yang belum dilunaskan.

Hutang-hutang yang ditanggung isteri si mati yang ahli keluarga si mati sendiri tak tahu. Yang tu tak nak ambil tahu pula.

Kemudian dia boleh kata anak-anak aku terabai selepas kenal dengan lelaki tu. Kononnya dia yang jaga anak-anak aku bila aku keluar bekerja balik lambat. Terabai tang mana pun aku tak tahu.

Aku sudah sediakan segala yang aku mampu untuk anak-anak aku. Dia kata anak aku tak cukup makan.

Aku upah wife dia masak untuk anak-anak aku ye, tengah hari sekali, malam sekali. Tapi wife dia masak sekali saja, itu pun petang dah nak Maghrib baru dia hantar.

Anak aku sendiri yang beritahu kat aku. Lepas dapat tahu, aku siapkan sendiri makanan untuk anak-anak aku sebelum keluar ke tempat kerja. Tapi upah kat wife dia tetap aku bagi. Dia tak tahu yang aku tahu.

Punya hebat dia spin cerita just to make sure yang aku tak jadi nikah dengan suami aku. Semua fitnah tu dia sampaikan kepada keluarga aku.

My mom siap cakap dekat dia, biarlah kalau aku nak kahwin, my mom will take care of my kids if let say I abandoned them. Terus terkedu mamat tu.

Lain pula cerita dekat ofis. Ada yang kata aku dah gatal merenyam nak berlaki. Ada yang kata kubur masih merah, sudah nak cari lain. Siap ada yang buat muka bila nampak aku.

Aku masa tu tak tau yang dorang dok bercerita hal aku jadi aku buat tak tahu. Kalau aku tahu pun, aku rasa aku buat tak tahu juga. Ye lah, aku jenis yang tak kacau hal orang jadi aku rasa orang pun takde lah nak kacau hal aku. Rupa-rupanya idok!

Bila kawan-kawan aku sampaikan perkara ni kat aku memang aku gelak saja. Sakit hati pun tak guna, buat apa nak fikir lebih-lebih tentang cakap-cakap orang sedangkan yang nak menanggung hidup tu aku. Yang nak menjaga anak-anak aku tu aku.

Aku tak ada masa nak jaga hidup orang lain yang tak ada kena mengena dengan aku. So, aku biarkan saja mulut orang. Nak tepis-tepis pun, tak ada gunanya, they will say what ever they want. Mereka dengan persepsi mereka macam dah melekat gitu.

Tak apalah, yang penting Allah lebih tahu, siapa kita. Kita sendiri yang mencipta bahagia kita dan anak-anak kita, bukan kerana pandangan dan tindakan orang lain.

Aku pun tak tahulah apa yang buat havoc sangat. Mungkin sebab aku memilih untuk bernikah dengan seorang lelaki bujang yang usianya lebih muda daripada aku. Bukan suami ‘mereka’, bukan suami orang dan bukan duda orang. Maybe (angkat bahu) malas nak fikir lebih.

Cukuplah sampai di sini. Kalau ada yang elok ambil sebagai iktibar, yang tak elok tu khilaf aku, jadi jangan follow. You worth your own happiness. Don’t let others decide that for you.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

– Arya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *