Salam semua. Aku sebenarnya tersangat lah hairan dengan benda satu ni. Aku harap ada yang sudi terangkan dekat aku kenapa sesetengah perempuan merancang untuk buat benda ni.
Okay, topiknya ialah tentang pelajar yang belajar di luar negara tapi merancang lepas graduate katanya nak jadi suri rumah yang ada sijil pelajaran yang gah. Bagi aku lah kan, kenapa nak pergi belajar jauh-jauh tapi akhirnya hanya menjadi seorang suri rumah? Kenapa tidak berbakti kepada negara sekurang-kurangnya dua tiga tahun ke? Kenapa guna duit rakyat beribu-ribu tapi akhirnya tak ada Return of Investment (ROI)? Takkan lah kerajaan hantar anda ke luar negara hanya semata-mata nak tengok anda jadi suri rumah? Yang belajar luar negara dengan tanggungan PAMA aku tak kisah sebab tu duit mak bapak anda. Tapi aku nak fokus dekat yang belajar dengan guna biasiswa daripada kerajaan ni.
Sebelum pernah keluar confession dekat sini yang pasal seorang wanita ni cerita tentang kisah hidup dia sebelum dan selepas kahwin. Mulanya dia berkawan dengan mamat A ni dan tengah belajar kat luar negara. Katanya dia memang merancang nak belajar sampai PHD lepas tu jadi suri rumah yang berilmiah. Lepas tu dia tak kahwin pun dengan mamat A ni sebab ada mamat B yang lamar dia dulu. Kiranya masa tu mamat B ni memang cukup pakej dan lepas dia istikharah, dia nampak mamat B. Dipendekkan cerita, lepas dia kahwin dengan mamat B, dia terpaksa berhenti belajar dan terpaksa tanggung hutang belajar dan mamat B aka suami dia ni pulak jadi mem besar dalam rumah. Dia terpaksa bekerja untuk menanggung kehidupan keluarga dia. Manakala mamat A ni pula berkahwin dengan doktor dan hidupnya lebih berjaya daripada dulu. Masa aku baca cerita ni pun aku dah tak berkenan masa dia cerita plan dia nak jadi full time suri rumah lepas habis belajar. Bagi aku lah kan, dia agak selfish sebab fikir masa depan dia sahaja tanpa memikirkan pihak lain yang telah menanggung pengajian dia sebelum ini.
Korang tak kesian ke kat negara kita ni? Janganlah sia-siakan ilmu yang korang dah dapat tu. Kongsi lah dengan rakyat jelata di negara kita ni. Kalau jadi suri rumah, yang mendapat tempias daripada ilmu korang mungkin hanya sebilangan kecil seperti suami korang, anak-anak korang, dan keluarga korang. Tapi kalau korang bekerja lepas habis belajar, tak mustahil korang boleh kongsi ilmu korang dengan company korang. Kita selalu dok puji sistem pendidikan luar negara hebat. Jadi korang yang dah merasa sistem tu, taknak ke usaha untuk terapkan dalam sistem pendidikan di negara kita pula? Macam yang Tun Dr. Mahathir laksanakan masa zaman pemerintahan dia, ‘Dasar Pandang ke Timur’ tu. Ambil contoh sistem bekerja dari negara Jepun dan Korea Selatan.
Yang belajar dalam negara sampai PHD pastu merancang nak jadi suri rumah, aku pun rasa nak hempuk kepala korang. Kenapa belajar tinggi semata-mata nak jadi suri rumah? Untuk apa ilmu tu wahai wanita sekalian. Aku rasa ruginya lah bila korang tak manfaatkan ilmu yang korang dapat tu.
Mungkin ada antara korang yang menjadi suri rumah atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku boleh terima. Sebab tak semua yang kita rancang akan menjadi kan. Sekurang-kurangnya korang memang ada niat nak berbakti kepada negara lepas habis belajar tu.
Maaf kalau ada yang terasa tapi ini adalah apa yang aku selalu terfikir. Macam aku cakap dalam perenggan pertama tadi, aku harap ada yang sudi terangkan kenapa ada perempuan nak jadi suri rumah walaupun dah belajar tinggi-tinggi.
– HH
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit