Kenapa Pilih UIA?

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika tulisan ini disiarkan. Aku merupakan salah satu pelajar new direct intake 17/18 (lepasan STPM, STAM dan Diploma). Aku mengambil kos Islamic Revealed Khowledge majoring Usuluddin and Comparitive Religion. Sudah sebelum aku menjadi student di Universiti ini lalu aku ingin berkongsi kenapa aku pilih dan my first impression about it.

Pertama kali aku mendapat tawaran ini adalah sehari sebelum konvokesyen di institut tempat aku belajar dulu. Mak aku menangis sebab terharu yang aku dapat tawaran ini manakala aku pula speechless. Lagipun aku seorang saja yang apply kat U ini, member lain pula kebanyakan ke USIM. Masing-masing punya pilihan atas faktor tertentu. Kenapa aku pilih IIUM sebab aku memang nak masuk kat situ pada awalnya.

Sebelum masuk kuliah masing-masing, student direct intake kena menduduki English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT). Based on kuliah requirement level, mesti lepas pada level yang ditentukan oleh kos yang diambil baru boleh masuk Kuliah (Exit). So aku tak lepas, haha. Jadi aku masuk Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) dulu. Hence, jadual aku full, jika pagi kelas Arab, petang pula kelas BI. Jika Pagi kelas BI, Petang Kelas Arab pula.

Venue memang jauh dari mahallah sebab itu disediakan bas. Aku dari awal bulan hingga minggu ini memang lewat datang kelas. Jika venue atas kelas jauh, itu memang kira alasan lah sebab member lain boleh datang kelas awal. Mungkin memang perangai aku lewat atau aku baru nak adapt di U ini. Jalan kaki ke kelas mengambil masa lebih kurang 15 minute.

Setiap pagi aku berjalan kaki ke kelas, aku melihat manusia mengambil sarapan, kucing juga turut bersarapan. Pelajar tergesa-gesa samada on time atau lewat ke kelas, aku bagai dapat merasa aura tumbuhan dan pokok juga sedang segar berinterkasi membantu pelajar mengeluarkan oksigen. Teguran daripada makcik-makcik cleaner, dibalas dengan senyuman.

Kakak dan abang cafe yang bertungkus lumus memberi makan di cafe, dari pagi hingga malam, sungguh penat lelah mereka membantu pelajar dengan makanan yang murah. Berpagian mulut berzikir dalam perjalanan menuju ke kelas. Pakcik-pakcik clean yang menyapu daun-daun berguguran, salam diberi. Diselang Dhuha di masjid.

Mungkin bagi sebagian orang, hal ini benda ringan dan remeh. Tapi bagi aku ini kehidupan, ada hikmah disebalik kejadian yang Tuhan nak ajar cuma kita yang tak perasan. Mungkin kita terlalu sibuk belajar dan tiada masa untuk menikmati keindahan alama. Itu yang aku lihat dan dapat kerana lewat datang ke kelas, gambaran suasana pagi di U. My first impression in 4 weeks. Aku rasa perbuatan senyuman dan teguran dari insan mahupun dari makhluk yang lain, hal sebeginilah yang mendorong aku untuk terus semangat untuk belajar. Aku rasa inilah sebabnya kenapa aku pilih IIUM bagi pandangan aku.

Bagi seorang yang hardcore introvert, bagi kami menulis itu adalah tutur kata kami. Bab interaksi dan sosial majoritinya lemah terutama aku. Masuk CELPAD, kebanyakan pelajar adalah foreigner. Hal ini mendorong aku untuk speaking dan aku suka begitu, biarpun broken English. Selain itu, antara paling aku syok bila kita salah dalam pertuturan dengan foreigner, diorang tak gelak malah mendorong kau lagi, “it’s good to make mistake, it’s part of learning process.” tambahan pula, kau dapat belajar different culture, language and the way of life dari mereka.

mana-mana U pun, memang banyak program dan club. Terpulang pada kita nak join mana satu. Ada satu masa itu aku rasa down sekali, menghadapi hal ini apa yang selalu aku buat adalah tajdid (perbaharui) niat. Setiap hari aku buat dan selalu call parent mohon doa dari mereka.

Aku rasa itu pandangan pertama aku tentang IIUM. Tidak dinafikan, aku masih baru dan ada banyak benda lagi yang harus aku cuba, pelajari dan alami. Memang goal masuk U yang paling utama adalah banggakan ibu bapa. Cuma dalam tulisan ini, aku melihat dari view yang berbeza dan aku sangat alu-alukan pandangan dari pembaca. Moga dapat ambil manfaat.

Lastly, ringan-ringankanlah mulut kita memberi salam dan menegur. senyumlah kerana itu sunnah. Senyumkan sedekah, Mungkin dalam kita down orang tengok kita dan senyum, sudah cukup mengubah mood kita hari itu. Sebarkanlah salam tanda kasih sayang dan sentiasa berterima kasih kepada orang yang bantu kita. Muhasabah untuk diri sendiri juga.

– Avicii

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit