Kenapa ramai lelaki gay kahwin?
Tajuk confession ini jelas menunjukkan cerita aku berkenaan apa dan jika ruang ini menjadi tempat pengumpulan cacian serta makian, silakan kerana anda semua anda ada pandangan masing2..
Dan tiadalah niat aku menulis selain supaya menyeru makcik joyah berhenti menyibuk hal kehidupan/jodoh orang.
Sikit tentang aku, aku Najis, umur 28.
Ke-1, Kenapa makcik joyah aku persalahkan? Sebab merekalah yang memberi tekanan kepada mak2 yang ada anak bujang “teruna” tak senang duduk dan push untuk kahwin.
“Eh anak kau dah besar fatimah, kenapa tak kahwinkan lagi”
“Anak kau kerja bagus, rupa ada. Kenalkan la dgn anak aku Siti Fatonah Balqiah”
Maka, tekanan demi tekanan diberikan kepada lelaki bernafsu songsang utk diamkan mak ayah dgn berkahwin.
Ke-2, ada dia minta dilahirkan “Melayu/Islam” yang menentang sekeras-kerasnya kahwin sejenis? Jadi adakah pilihan lain selain memaksa diri mengagungkan hanya berkahwin sbg happy ending?
Kalau dia lahir bukan dalam kalangan ahli syurga seperti kamu, nescaya dia kahwin dgn lelaki pilihan hatinya.
Ke-3, tahukah dia senjata tumpulnya bisa menjadi pahlawan saat dikais bidadari syurga selembut kapas sebelum berkahwin? Walhal beriba wanita tak pernah dilakukan seumur hidup?
Nescaya, ketandusan lah batin serta hati nurani wanita yang mendambakan belaian seorang susuk tubuh bernama lelaki.
Ke-4, demi menjaga maruah makcik joyah bertahan lah srikandi dari menuntut cerai dan hiduplah dia dalam sinetron 1000 episod berulang-ulang plot twist bersama jantan durjana penghuni tunggal neraka yang diratibkan mulut kau.
Ke-5, atas “kesedaran” agama yang meletakkan ADA SINAR DIHUJUNG JALAN, SETIAP KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN.
Maka, terpedayalah si teruna durjana dan percaya pasti aku boleh melawan ujian kecil ini dan berubah. Hidup ini hanya sementara dan besarlah balasan bagi mereka yang bersabar.
Sikit dia tahu, kehidupan selepas akad membuat dia sedar jangan lah percaya dgn omong kosong mereka yang tidak melaluinya. Sedangkan telah tertulis kau sebagai debu di lantai neraka. Tak payahlah kau meletakkan harapan pada duniawi yang kononnya menjanjikan syurga.
Kepada makcik joyah, telah aku lepaskan srikandi syurga yang tiada cacat cela. Meroyanlah dia dgn kehidupan janda dari hidup dengan syaitan bertopengkan malaikat.
Aku? Teruskan hidup, tiada lagi aku percaya sekelumit pun Tuhan kamu. Biarlah aku hidup tanpa menyiksa orang lain dan kalau lah betul neraka rumah abadi aku,
“Dunia ini hanyalah sebagai tempat persinggahan. Hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti”
Aku akan pergi ke sana tanpa secebis rasa menyesal.
Pada perempuan yang nak cari suami di luar sana, jangan percaya makcik joyah. Kalau ada lelaki nak kahwin dengan kau, pandailah dia usaha sendiri.
Pada songsangian di luar sana, usah terpedaya dengan jolokan dan bisikan makcik joyah. Dia takkan tersiksa, sedarlah betapa dia hanya akan menyalahkan kau.
Tak kahwin, tak ada anak, cerai. Semua salah kau. Kau memang dilahirkan untuk merana sampai bila-bila. Baik kau mereput sorang-sorang dari bertopeng “LELAKI SEJATI”.
SAMPAI BERTEMU DI NERAKA MAKCIK JOYAH.
– Najis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga diberi kekuatan untuk tempuhi ujian hidup…semoga suatu hr nanti, ditunjuk jalan pulang untuk kembali hidup berTuhan.
Bro, im so sorry for what happened in your life.
As we all know, kehidupan kita ditentukan oleh Tuhan, not Makcik Joyah or jiran makcik or whoever that you want to call. Apa yang Tuhan dah tentukan, kalau you nak ubah, you ubah and kalau Dia izinkan, insyaAllah akan berubah. I’m trying to put myself in your shoe even though memang tak sama..at 1st, if you feel there’s something wrong with you, cari la ubat ke, kaunselor ke, bagitau masalah you..whats wrong with you, normal ke apa yg you rasa etc..you cari diri you apa yg tak kena..then kalau dah find out sebenarnya you tak normal, you kena pilih nak teruskan life you yg tak normal atau you nak ubah ketentuan Tuhan tu..ini sememangnya not easy, people call it as ujian..sebab syurga itu bukan percuma kan bro..ujian setiap orang lain²..so if you decided to ubah, kena cuba 200% because you nak berubah bukan sebab orang lain. From your story sounds like your parents keep pushing you to get married because of mulut makcik joyah yada yada..kalau you ada kekuatan dulu untuk bagitau your parents what’s your problem, im sure dorang boleh terima. But if tak terima pun you boleh convince yang both parties tak kan happy with that marriage. Benda boleh bincang, buat apa nak dengar cakap orang. Masa sebelum kawen pun you boleh je cari bakal wife tu bagitau apa yg you rasa tapi mungkin you ego. End up you jadi macam ni la tak percaya Tuhan & keep blaming others. Kalau you teruskan hidup macam ni, susah you nak rasa tenang. Jangan menyerah sebelum Tuhan panggil you balik. Teruskan berjuang. Semoga you dikurniakan taufiq & hidayah.
Bila dah besar dan ada akal
Kau sentiasa ada pilihan
Nak buat baik atau nak terus buat jahat
Bro, memang Allah dah tentukan setiap perkara dalam hidup kita tapi itu pilihan pada hambanya sama ade nak pilih pada songsang atau pada jalan yang lurus. Kat sini, aku nak cakap Allah tunjukkan atau hadirkan perasaan tu kat kau sebagai ujian, die nak tengok sejauh mana iman kau pada-Nya. Even die bukakan jalan yang buruk untuk kau tak semestinya kau perlu pilih jalan tu, sentiasa ade jalan yang lebih baik dari yang buruk tu. Aku doakan suatu hari nnti kau pulang pada-Nya jalan yang lurus, pintu taubat sentiasa terbuka pada hambanya bro.
Betapa besarnya cinta Allah pada awak. Sbb tu awak diberi ujian ini. Kalau awak berjaya laluinya, semua pintu syurga akan terbuka untuk awak dan awak akan dapat CINTA HAKIKI yang ramai diantara kita dambakan…Please sy mohon jgn menyerah pada hasutan syaitan. Kalau kita susah nak berubah, mulakan perubahan itu dgn solat kita, kalau selepas kita solat, masih belum berubah, please baiki solat kita… Semoga kita semua senantiasa dibawah lindungan ALLAH.