Saya seorang perempuan, belum berkahwin, dan sejak kecil lagi, saya sering merasa diri saya berbeza daripada adik-beradik lain.
Sejak kecil, kehidupan saya sentiasa dibandingkan dengan kakak saya, baik dari segi akademik, rupa, tingkah laku, mahupun pencapaian.
Kakak saya sentiasa dilihat sebagai role model, dan saya pula sering dikritik kerana tidak menepati standard yang telah ditetapkan.
Dari kecil, saya diajar untuk mengejar kecemerlangan akademik. Saya perlu sentiasa mendapat nombor satu dalam kelas dan mencapai keputusan yang cemerlang. Tekanan untuk berjaya sangat tinggi.
Ibu bapa saya selalu mengingatkan bahawa saya mesti masuk ke sekolah berasrama penuh, walaupun saya sendiri tidak pasti sama ada itu yang saya mahukan.
Saya membesar dengan perasaan tertekan tetapi memendamnya kerana tidak mahu menyusahkan hati orang tua.
Saya juga pernah memberontak dalam diam, tetapi akhirnya, saya tetap mengikut jalan yang telah diaturkan oleh mereka.
Disebabkan sering dibandingkan dengan kakak, saya membesar dengan sifat rendah diri.
Saya juga mengalami OCD (Obsessive-Compulsive Disorder), kerana dari kecil saya sering dikritik bilik saya tidak kemas, diri saya tidak teratur seperti kakak.
Saya sering dirotan jika tidak mendapat nombor satu dalam kelas. Rotan seolah-olah menjadi ‘hadiah’ tetap saya, lebih kerap berbanding adik-beradik yang lain.
Jika keputusan saya tidak seperti yang diharapkan, saya akan dirotan atau dimarah sebagai tujuan untuk mendisiplinkan saya.
Saya masih ingat bagaimana guru2 saya sering mengadu kepada ibu bapa tentang prestasi saya yang “tidak setanding kakak.”
Ketika saya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, saya sepatutnya berasa bangga, tetapi perjalanan dua jam dari rumah itu membuatkan saya terasa semakin jauh dari keluarga.
Berbeza dengan adik-beradik lain yang bersekolah dekat rumah, saya keseorangan di sana.
Di asrama, tekanan saya bertambah buruk. Saya hidup dalam ketakutan – dibuli oleh rakan sekelas dan senior memandangkan saya sejenis pendiam dan tidak melawa.
Setiap kali saya mengadu kepada ibu bapa, mereka sekadar mendengar tetapi tiada tindakan dan tidak memberikan kata-kata semangat. Saya rasa terasing dan hilang sokongan.
Setiap kali pulang ke rumah, saya cuba berkongsi pencapaian di sekolah, tetapi sambutan yang diterima sangat hambar.
Saya pernah bercerita tentang markah peperiksaan saya, tetapi ibu bapa saya hanya menjawab, “Asyik cerita pasal markah sahaja.”
Sejak hari itu, saya tidak lagi berkongsi tentang apa-apa kejayaan saya. Saya menyimpan semuanya dalam hati, walaupun saya sangat berharap dapat didengar dan dihargai.
Ketika di universiti, saya memilih kursus yang bukan pilihan ayah. Ayah mahu saya mengikuti bidang yang telah dirancangnya, tetapi saya yakin dengan pilihan saya sendiri. Saya berusaha keras untuk membuktikan pilihan saya adalah yang terbaik.
Setelah empat semester memperoleh Anugerah Dekan, barulah ayah mula menerima keputusan saya. Walaupun begitu, saya tetap rasa perlu bekerja keras untuk mendapatkan pengiktirafan keluarga.
Selepas tamat pengajian, saya menerima tawaran kerja sebagai tutor di IPTA dan diberikan peluang untuk menyambung PhD tanpa perlu melalui peringkat sarjana memandangkan pointer saya tinggi.
Namun, saya menolak tawaran tersebut kerana saya rasa tidak yakin dengan diri sendiri untuk melanjutkan terus ke pringkat phd.
Keputusan itu menyebabkan kontrak kerja saya terbatal, dan saya terpaksa berhempas pulas mencari pekerjaan baru.
Akhirnya, saya diterima menjadi pensyarah di sebuah IPTS. Ketika itu ayah sekali lagi menunjukkan kekecewaan nya terhadap saya.
Walaupun berjaya, saya masih merasakan keperluan untuk membuktikan kepada keluarga bahawa saya tidak akan mengecewakan mereka.
Saya menyambung pengajian sarjana sambil bekerja dengan menggunakan duit sendiri, dan alhamdulillah, saya berjaya menamatkannya dalam masa setahun.
Namun, tekanan tidak pernah hilang. Saya perlu menyambung phd juga ats duit sendiri, tetapi saya terpaksa tangguhkan di atas masalah kesihatan dan kewangan walaupun saya dah cuba cover masalah kewangan tersebut dengan mengajar part time di ipts lain pada hujung minggu.
Namun, ibu bapa hanya kerap bertanya bila nak habis phd, tanpa bertanya apa yang menyebabkan saya tangguh pengajian.
Dalam keluarga, saya sentiasa mengutamakan orang lain. Setiap hujung minggu, saya pulang ke kampung untuk membantu ibu bapa.
Saya cuba meringankan beban ibu yang sering mengadu keletihan kerana perlu memasak untuk kakak dan keluarganya serta adik-adik. Saya masak sendiri makanan saya untuk tidak menyusahkan ibu. Namun, jauh di sudut hati, saya teringin merasa masakan ibu.
Saya masih ingat satu peristiwa, di mana saya meminta ibu untuk memasak sayur kegemaran saya pada hari raya.
Saya telah siapkan semua bahan masakan untuk memudahkan kerja ibu, tetapi pada saat akhir, ibu memutuskan untuk tidak memasaknya dan menggantikannya dengan masakan lain.
Saya sedih, tetapi saya diamkan kerana tidak mahu menyusahkan ibu. Sejak itu, saya hanya berani meminta masakan ibu pada hari raya atau hari lahir saya.
Namun, pada hari lahir saya baru-baru ini, sekali lagi saya kecewa. Saya memberanikan diri untuk meminta masakan kegemaran itu, tetapi ibu berkata tidak sempat kerana lebih fokus memasak makanan kegemaran adik-beradik lain. Saya akhirnya meraikan hari lahir saya seorang diri.
Saya akui, saya pernah berfikir tentang perkahwinan, tetapi sehingga kini, saya menolaknya kerana saya bimbang jika saya berkahwin, saya tidak dapat pulang ke kampung setiap minggu untuk menjenguk ibu bapa dan membantu mereka.
Saya tahu, jika saya mempunyai keluarga sendiri, tanggungjawab saya akan bertambah, dan masa untuk mereka akan berkurang.
Ibu sering mengadu keletihan, dan saya tidak sampai hati untuk meninggalkan itu tanpa saya di sisi. Oleh itu, saya lebih rela mengorbankan perkahwinan saya buat masa ini demi memastikan saya sentiasa ada untuk bantu mereka.
Walaupun saya cuba memahami keadaan ibu dan tidak mahu menyusahkan keluarga, saya tidak dapat menafikan rasa sayu dalam hati.
Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, adakah saya kurang disayangi atau saya terlalu berlebihan memikirkan semuanya?
Saya hanya mahukan sedikit perhatian dan kasih sayang, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menyuarakannya tanpa membuat orang lain terasa. Tetapi saya memutuskan untuk pendam dan biarkan sahaja.
– Hana liyana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sedih baca. apa masalah ibu bapa awak ni.. tak reti syukur.. nak sangat tahu. kakak awak kesayangan keluarga tu sampai tahap mana dah?
Adik Hana Liyana, jangan berkorban sampai memakan diri sendiri. Dalam Islam pun, kita diajar untuk berpada-pada dalam melakukan sesuatu, ikut kemampuan diri sama ada tenaga fizikal, masa atau kewangan. Jangan berharap lagi kepada orang (walaupun ahli keluarga) yang tak sudi hargai – tambahan pula sudah bertahun, mana mungkin mereka berubah? Carilah kebahagiaan adik sendiri di luar sana selagi masih dalam batas Islam. Bukalah pintu hati untuk menerima perkahwinan, semoga jadi suatu permulaan suasana kehidupan yang baharu yang adik boleh corakkan sendiri insya-Allah….
“Apa diharap padi seberang, entahkan berisi entahkan tidak.
Apa diharap kasihnya orang, entahkan sudi entahkan tidak.”
Untuk masa depan better adek mengubah pendirian untuk segera berkeluarga sendiri…kalau org tua dah tak ada nanti mana lagi nak mencurah kasih. Nampaknya kakak adek pun belum tentu pedulikan adek. Fikirkanlah masa depan adek dari sekarang. Kesian baca kisah adek ni 🥲
Alhamdulillah, awk seorang ank yg ‘baik’, tidal memberontak dan melawan, sehingga parents awk bertambah x suka.. tp awk jgn terlalu ‘pentingkan’ org lain, sehingga diri sendiri yg terabai.. mngkin skrg awk dah boleh ‘rancang’ kehidupan berumahtangga, dan mngkin itu juga akn mengubah ‘persepsi’ parents awk terhadap awk, provided pasangan awk tu nt seorang yg bole terima awk seadanya, & bole ‘support’ awk dlm apa keadaan skali pon.., lupakn lah ‘trauma’ awk d mse lalu.. tp sayang awk x ambil ‘offer’ nk buat phd dlu, itu satu peluang ‘keemasan’ utk awk ‘upgrade’ diri n potensi awk, tp ada lah hikmahnya tu, dan awk mngkin bole je ambil phd later on.. jgn pedulikan sgt, apa yg parents awk anggap, mmg ada je mk bpak yg lbhkan sebhgian ank2, tp lma kelamaan mrk akn ‘realize’ jugak yg mrk dah tua, n tak larat nk buat semua.., e.g. kakak awkla, mngkin dia dah ‘berjaya’ memenangi hati parents awk, tp di sisi yg kain dia juga ‘menyusahkn’ mk ayah dgn minta diorang jaga ank or nk msk apa yg dia suka dsb., itu tidak baik utk ibubapa yg telah bnyak berkorban utk dia, so initially dia jg bkn ank yg baik, dan balasan mngkin juga akn dpt di dunia lg.. so, be indipendent n jgn susahkn mk ayah utk dpt or mkn sstu yg awk nk, awk dah dewasa, patutnya skrg, ank2 yg patut penuhi permintaan mk ayah pula.. it’s ok klaw mrk ‘tak peduli’kan awk, sbb Allah SWT tetap ‘peduli’ dgn apa shj yg awk buat, so mngadulah kpd-Nya, Dia tetap mendengar, tak kira mse & keadaan.. wallahu a’lam bissawab..
Mudah baca. Sampai habis, flow cantik. Ujian cik memang besar. Lebih besar daripada saya. Saya dah kahwin, anak 3, isteri saya lebih kurang keadaannya macam cik. Keluarga dia tak pernah puji effort dia. Dan bila dah kahwin, effort saya pun dia tak iktiraf. Kami paling kerap balik kampung antara adik-beradik lain yang dah kahwin. Walaupun kami menetap di pantai timur dan mereka di ibu kota.
Pesanan pendek saya, kita kena cuba simpan dalam hati. Di pihak mana-mana pun. Hidup saya sebagai anak, ayah, suami, jiran, rakan, rakan sekerja, bahkan dengan Tuhan sekalipun. Jangan simpan dalam hati. Jangan cepat menyimpulkan apa-apa perbuatan orang lain terhadap kita. InsyaAllah. Hati lebih tenang. Bersangka baik itu lebih mudah.
Rasa negatif dalam tubuh yang membelenggu kita akan berkurangan, percayalah…
….begitulah Dunia…berceritalah pada Allah DIA Maha Mendengar! Yang Pasti ada ganjaran di sana Nanti sebagai bekal atas pengorbanan awak terutama kpd Ibu..percayalah!
Tolong syg diri sendiri dulu. Kerja elok2, saving duit gaji utk masa depan. Fikirkn jodoh sendiri. Klau ada yg nk brkawan & tujuan utk berkahwin, cuba kenal dulu. Jgn biar masa brlalu mcm tu je. Adik beradik awak pun semua ada h dan hidup dorg msg2. Ada x dorang peduli ttg awak? Klau ada, bagus. Tp tgok gaya awam luahkn mcm xde sapa peduli pun. Tolonh, peduli pd keinginan hidup awak dulu.