Hai uolls. Baca tajuk tu agak2 apa yang berada di fikiran korang? Aku nak cerita serba sedikit sambil meluah tentang pengalaman aku. Aku berjantina perempuan, berumur 20an, berstatuskan puan.
Cerita aku ini adalah tentang curious nya aku, rasa ketidakadilan nya aku, rasa tak suka & tak puas hati nya aku terhadap gender issue nie.
Yelah mana taknya, kenapa selalu perempuan yang dipersalahkan? Dipersoalkan? Dituduh? Dituding? Dan segala di lah. Kenapa tidak lelaki?
Sebelum kahwin, bakal suamiku telah membawaku kerumah parents beliau buat kali yang pertama. Dan semestinya perasaan takut, nervous, gabra, tak yakin & lain2 tu timbul tak semena2 hingga nak nafas pun tak boleh kan? macam biasalah aktiviti salam2, makan2, borak2.
Dan soalan2 yang aku tak suka ialah pandai masak? Ye aku faham kalau kita nak jaga anak dia tu kena pandai masak kan? Tapi tak ada pun parents aku tanya bakal suamiku itu pandai solat & imamkan anak perempuannya? Cukup tak kos nak sara anak orang?
Bila aku jawab tak pandai, suasana jd sunyi sepi & semestinya aku malu & merendah diri. Dihadapan ahli keluarga yang lain pula tu & apa korang rasa?
Rasa tak layak kan nak jadi isteri dia? Kenapa tak ada soalan pandai mengemas? Pandai mencuci? Adakah “masak” sahaja menjadi tiket untuk anda layak bergelar isteri & perempuan sejati?
Ada saja aku kenal kawan2 yang pandai memasak tapi perangai tak semenggah. Ada yang merokok, tak setia, pengotor baju pun bau kepam, mulut kurang ajar & lain2. Jadi kenapa orang2 tua especially bakal mak mertua asyik nak tanya tentang masak?
Ada ayat beliau yang menyinggung perasaanku yang membuatkan aku pulang dalam keadaan sedih & menangis. Aku sangat terkilan kenapa parents aku melayan bakal suamiku dengan baik sewaktu beliau datang ke rumah kami.
Semua dah terhidang, dah siap, kami layan beliau sebagai tetamu. Kami hormat akan kedatangan beliau. Soalan2 yang ditanya semua penuh dengan tapis.
Tapi aku? Apa yang aku kena? Bakal suami menjanjikan perjumpaan di rumahnya itu untuk berkenalan & makan tengahari. Tapi aku sampai2 aku tengok apa makanan pun belum siap lagi. Dan tak semena2 aku terus disuruh ke dapur dan buat kerja dapur.
Ya aku faham kalau kita pergi rumah orang kita kena la ringan tulang sikit tapi sikit2 tu dah la kenapa diorang layan aku macam aku ni bukan tetamu? Kenapa perlu uji aku? Perlu monitor aku dan soal aku macam2?
Dah elok pakai cantik2, muka ada makeup sikit, lilit shawl, terus jadi panas berpeluh2. Malu & sedih rasanya. Sungguh aku tidak suka.
Akhirnya kami pun berkahwin. Selesai sahaja majlis belah aku, yang hanya order dari catering yang dah tersiap dalam pakej sebab aku fikir senang. Tak perlu menyusahkan sesiapa terutama keluarga sebab keluarga aku sangat sibuk bekerja & belajar.
Tapi sebaliknya pada keluarga suamiku. Keluarga dia sentiasa ada waktu lapang boleh kesana kesini, melancong sakan, beraktiviti macam2. Mereka memilih untuk membuat aktiviti rewang untuk majlis sebelah mereka.
Aku terpaksa memohon cuti awal dari boss aku oleh kerana untuk menyiapkan segala persiapan majlis belah suamiku oleh kerana majlis tersebut akan diadakan di negeri lain yang sangat jauh bagiku.
Aku sendiri pun tak faham kenapa nak buat di tempat orang sedangkan rumah sendiri negeri sendiri cukup selesa dan senang.
Sampai sahaja disana aku nampak khemah sudah dipasang, meja kerusi tapi separuh yang dah siap disusun, ramai makcik2 duduk atas tikar sambil memotong, memasak & lain2.
Korang boleh bayangkan tak korang tak kenal sesiapa pun kat situ lepastu tak tahu nak buat apa?
Akhirnya aku menyusun kerusi, mengangkat meja, susun apa yang patut, cucuk apa yang patut sahaja. Kemudian balik ke homestay berehat kerana penat perjalanan & nak ready untuk majlis esok hari. tapi ternyata aku salah ya.
Malam itu kami disuruh datang lagi ke sana untuk menolong apa yang patut & akhirnya tidur dalam kepenatan. Esok adalah hari yang dinantikan, bersiaplah kami sebagai pengantin tapi perasaanku tak seronok entah mengapa.
Aku rasa macam kehadiranku disana macam diuji lagi, diperli & lain2. dengan cuaca panas teriknya disana ya allah sabar saja aku dengan baju ku itu.
Selesai sahaja majlis, kami balik homestay untuk mandi & berehat kerana kami sangat berpeluh & penat. Mukaku sangat2 bercapuk dek kerana makeup yang mencair & peluh. pada malam hari, kami ke rumah majlis tersebut untuk melawat & menolong apa yang patut.
Tapi ternyata 80% sudah dikemas termasuk khemah. Aku belum masuk ke rumah itu lagi sudah diperli oleh mak mentua “mama tunggu kamu nak basuh periuk2 ni kamu tak datang”. Aku macam sentap la waktu tu kan.
Nak buat macam mana dah aku penat. dengan muka aku pucat habis sebab aku penat sangat bekerja & perjalanan untuk majlis sini. Tak ada pula dia kata kat anak lelaki dia kenapa tak datang tolong angkat khemah kerusi meja semua? Padahal itu majlis diorang?
Entahlah ada saja ayat2 dari mil & fil yang membuatkanku sentap sampai aku rasa fobia setiap kali nak balik rumah mereka. Adakah aku yang over sensitive? Bila balik ke rumah mereka kenapa selalu tanya pasal masak? Mostly jawapan aku memang “beli” sebab aku takda masa.
Aku balik kerja hari2 lewat sebab banyak kerja. Aku cover 2 orang staff punya task. Otw balik redah jem lagi sebab aku kerja di pusat bandar.
Suamiku hari2 pulang awal & dia pun tak tolong memasak. Dia ok saja ajak aku pergi makan kedai. Aku bukan tak reti masak langsung & taknak belajar tapi sabarlah bagi aku masa & pelan2 aku pandai la.
Kadang tu kalau makan di rumah mertua ada soalan “bila last makan? Dari semalam la tak makan kan? Yela mesti bangun pukul berapa ni”.
Aku macam ehh diorang ni, kenapa sampai kesitu? Sungguh parents aku tak pernah tanya soalan2 sentap macam ni dekat suami aku. Sampai ayat mentua cakap “tolong jaga anakku baik2”.
Bagi aku mendalam maksudnya tu. entahlah malas nak overthinking tapi dah overthinking dah pun hurm. Kenapa anak dia tu tak kena macam aku kena? macam aku rasa? kenapa tak tengok kekurangan anak sendiri?
Rumah pun minta aku bayar separuh. Makan pun kadang suruh aku bayar sebab duit dah habis katanya. Aku simpan saja aku pendam saja. Sebabtu gender issue ni aku benci sangat.
Bermulalah episode bila nak balik pula?? Baru saja 2 minggu tak balik rumah mereka dah kena issue. Dah start memerli seakan kami lupakan mereka. Aku betul2 tak faham minded mereka. banyak sangat control life aku dari sebelum kahwin sampai sekarang.
Sampai banyak juga tempias pada keluargaku sendiri. Mamaku selalu menangis kerana perangai “control” mereka. Papaku selalu mengalah.
Nak kena balik setiap minggu ke habis tu kami ni tak dapat nak berehat di rumah sendiri pada hujung minggu?
Rumah parents aku pula macam mana kan? Sama2 kena adil la. Kami pun ada penatnya ada stress yang amatnya.
Jadi mak2 pak2 tolonglah faham bukan kami sebagai anak ni taknak balik cuma kena faham kami dah berkahwin semestinya ada limitation dah tak macam kehidupan sebelum berkahwin. Syukur parents aku tidak sebegini, kalau tak lagi stress aku.
Sekarang bulan ramadan. Bermula pula episode balik raya di mana? Mereka dah aturkan hari raya pertama di sinun hari kedua di sana di sini di sinun. Habis tu belah aku? Kampung aku? Mak bapak aku? Diorang ni perangai control sangat & suka arah2, kalau kata A tu nak juga la A.
Sampai parents aku banyak mengalah dari zaman aku bertunang, sebelum kahwin, lepas kahwin, ada saja hal nya. Bila aku dengar diorang cakap macam tu muka aku terus berubah aku terus diam sampai balik. Balik aku menangis sebab perangai diorang macam tu.
Aku tak tahu nak brain macam mana aku kena specialkan mereka ke? Aku banyak makan hati aku nak happy2 saja life berkahwin ni bukan bermaksud tiada dugaan tapi please have a common sense & fikir perasaan aku & parents aku sebelum nak cakap apa2 nak buat apa2.
– Purple (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit