Kenapa Semua Jalan Cerita Mesti Habis Dengan “Cerai Sahaja, Sis”?

Aku perhati, makin lama makin ramai yang bila terbaca luahan tentang masalah rumahtangga orang lain—terutamanya bila si isteri meluah tentang suami—komen paling popular:

“Run sis, run!”

“Choose yourself.”

“Cerai je lah, buat apa tahan?”

Tapi bila yang meluah tu si suami, nasihat yang diberi sangat berbeza:

“Sabar, bro.”

“Didik isteri tu perlahan-lahan.”

“Fikir dulu sebelum buat keputusan.”

“Lembutkan hati, pimpin dia.”

Kenapa double standard sangat nasihat kita?

Kenapa bila lelaki yang bermasalah, kita suruh perbaiki, bimbing, sabar?

Tapi bila isteri yang terluka, kita cepat sangat ajak dia tinggalkan semua?

Aku tahu mungkin ni topik sensitif. Tapi aku sendiri seorang wanita, dan aku sendiri pun tak setuju bila cerai dijadikan nasihat pertama, bukannya pilihan terakhir.

Talak memang diletakkan di tangan lelaki, sebab perempuan bila emosi menguasai, mudah buat keputusan tergesa-gesa. Kita tahu itu.

Tapi kenapa sebagai masyarakat, kita tak cuba untuk bantu redakan dulu emosi, tenangkan hati, bagi perspektif, cari solusi?

Mak ayah aku sendiri, dah lebih 40 tahun kahwin. Macam-macam ujian, macam-macam episod. Bergaduh? Selalu. Siap pernah lari dari rumah. Sampai mak mertua mak aku sendiri tak suka dia sejak aku kecil lagi.

Tapi sekarang bila masing-masing dah tua, baru nenek aku mengaku, “Kau tak salah, kau tak pernah buat mak. Mak yang salah.”

Bayangkan kalau mak aku dulu terus lari, terus minta cerai, sebab mak mertua tak suka? Mungkin tak ada keluarga kami hari ni.

Dan walaupun bergaduh, silent treatment pun ada, mak aku tetap masak untuk ayah. Tetap buatkan air dia, tetap jaga dia. Itu cara dia tunjuk sayang. Itu cara dia jaga perkahwinan dia.

Dan ayah aku pun, tetap jaga mak aku. Diorang tak give up on each other. Perkahwinan bukan tentang tak bergaduh, tapi tentang tak menyerah walau lepas bergaduh.

Tapi zaman sekarang, asal suami tak kerja—“run sis!”

Asal tinggi suara sikit—“apa lagi tunggu, angkat kaki!”

Eh, semudah tu ke makna perkahwinan sekarang?

Semurah tu ke erti lafaz akad dan tanggungjawab suami isteri?

Kalau suami kaki pukul, penagih dadah, kaki perempuan—yes, silakan. Itu bukan rumah tangga, itu neraka.

Tapi kalau cuma kerana perbezaan pendapat, ekonomi belum stabil, kurang komunikasi—jangan terus suruh cerai. Nasihatkan dulu. Doakan dulu. Cadangkan pergi kaunseling dulu. Kita tak tahu cerita penuh mereka.

Cerai adalah perkara halal yang paling Allah benci.

Jangan normalisasikan ajakan cerai seolah-olah ia jalan keluar paling mudah.

Jangan sebab kita suka baca ending drama penuh empowerment, kita lupa realiti itu lebih rumit dari satu thread luahan.

Jangan kita jadi pendorong kepada perpisahan yang tak perlu.

Jadi suara yang membantu menyelamatkan, bukan menambah retak.

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Setuju sis. Lately ni mmg kalau si isteri meluahkan d tread/X,(any social media) tntg mslh rumahtangga, mmg yg komen pun asik ckp bnda yg sama, “run sis”, cerai je lah, etc.. No wonder la kes2 cerai meningkat lately bila isteri2 ni pergi meluah di social media, bukan di platform yg sepatutnya which is, kaunseling..@ buat aduan di pejabat agama. Kadang2 yang komen tu, entah2, berkahwin pun x pernah..

  2. Jangan normalisasikan masalah bini kena pukul sebagai ‘biasalah tinggi suara kena tampar sikit2 tu, tahan je’. Jangan anggap bini penat bela biawak sbg ‘sama-sama berusaha cari duit’. Jangan nampak bini mengandung/beranak nak laki jaga tu ‘mengada ngada pompuan’. Sedap gelojoh nak, sakit semua bini tanggung. Malu kat binatang. Lelaki bila mengadu pasal bini, orang remind boleh jatuhkan talak, boleh kawen 4. Aku tak rasa mak kau bahagia 40thn dia bkawen tu, sbb hidup dia penuh org2 mcm mil n kau, kaki gaslight

  3. Setuju pula dengan nasihat kau sis..
    Kebanyakan ayat suruh cerai dan lari sebab nak putuskan pengakhiran cerita.

    Tapi sebenarnya begini.. kita hidup ni kena pentingkan self love sahaja.Kalau dah takde self love mcm mana nak sayangi orang lain…

    Itu derita namanya.

    Rumah tangga kalau dah tak bahagia dengan diri sendiri apatah lagi nak bahagiakan insan lain?

    Semoga urusan para peluah dalam medsos dipermudahkan.

    Percayalah sayangi diri sendiri dahulu barulah boleh hidup bahagia

  4. Soal rumah tangga, kita org luar takkan pernah faham tentang apa yg terjadi walaupun seakan2 transparent kepada kita akan apa yg terjadi pada rumah tangga confessor. What you deliver you will get. Sebab tu bnyak yg terima commentor cadangan “cerai” sebab confessor deliver cerita seperti mahukan cadangan itu. Mahukan kekuatan utk menuju ke arah itu. Ada jer yg confess cakap siap2 xnak cadangan tu Sebab dia tahu dia tak nak pengakhiran itu. Dan kebanyakkannya yg confess mengalami kebuntuan dan dia org tak tahu nak buat apa. (tak termasuk dekat org yg nak gain attention or gather sympathy only)

    Kepada yg tengah struggle dgn apa2 masalah, semoga dipermudahkan, dan semoga di berikan jalan yg keluar terbaik. Semoga dimurahkan rezeki juga, aamiinn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *