Kenapa Seseorang Itu Curang

Hai, aku Aira. Kisah ini bukan berkaitan aku secara langsung, tapi ia berkaitan dengan orang sekeliling aku.

Confession aku ni mungkin panjang jadi aku minta maaf awal2 kalau membosankan, aku cuma nak meluahkan di sini supaya aku boleh move on dari memikirkan hal ni.

Kisah ini juga adalah kisah kecurangan dari point of view orang luar.

Kecurangan yang berlaku sebelum perkahwinan itu mungkin lebih baik kerana kita terselamat dari mengahwini orang yang salah, tapi tetap memberi kesan psikologi terhadap yang dicurangi (seperti confession baru2 ni).

Secara peribadi dari sudut pandangan aku, paling membuatkan aku sedih adalah kisah kecurangan selepas perkahwinan lebih-lebih lagi yang sudah dibina bertahun-tahun.

Semoga semua yang dicurangi akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik di masa akan datang, dan yang mencurang tu sedar tentang kesilapan mereka.

Dulu ada manager aku disebuah syarikat aku baru masuk bekerja ini ditinggalkan isteri. Biasalah bila baru start masuk kerja satu tempat tu, aku curious dan google nama boss baru aku, lepas tu aku terjumpa video pre-wedding dia.

Jujur memang mengagumi betapa cantikkan isteri boss aku tu, dan boss aku tu memang lah kacak juga orangnya. Video pre-wedding diorang pun sweet sangat. Tapi bila aku dapat tahu yang mereka sudah bercerai, aku sungguh kecewa.

Mereka sudah beberapa tahun berkahwin tapi tiada anak, jadi bagi aku mudah sikit lah perpisahan mereka itu cuma ada hal harta bersama sahaja yang perlu diselesaikan.

Tak sampai beberapa bulan selepas bercerai bekas isterinya sudah berkahwin lain tetapi dengan seorang bekas suami orang juga.

Ya aku stalk ig ex-wife boss aku sebab tak private, dan dari timeline perjumpaan mereka, bekas isteri boss aku jumpa dengan suami baru dia di tempat kerja semasa masing2 masih mempunyai pasangan yang lain & suami baru tu juga sudah mempunyai anak..

Dua2 nampak sangat baik & lemah lembut siapa sangka akan berpisah dengan pasangan pertama tapi tu lah mungkin itu lah jodoh sebenar mereka.. dan paling aku tak boleh lupakan kata-kata bekas boss aku – “isteri i tinggalkan i”.

Tapi takpe lah sekarang mereka nampaknya berpisah secara baik, boss aku pun alhamdulillah sudah berjumpa jodoh baru dan masing2 dah punya anak.

Tujuan aku tulis confession harini adalah sebab penemuan terbaru kisah kecurangan dari orang yang aku kenal. Dua2 yang bercinta tu aku kenal, seorang tu dulu suami orang aku beri nama dia Bakar, dan lagi seorang lagi gadis muda, aku gelarkan Muna.

Aku pernah bekerja dengan mereka ni secara rapat kerana kami satu team, dan team kami tu hanya kami bertiga. Aku sudah berstatus isteri & mak 4 anak ketika itu, jadi aku tahulah batas yang perlu dijaga.

Bakar tu aku dah kenal beberapa tahun sebelum ni, dan dia pernah berhenti kerja dari syarikat tu untuk mengikuti isterinya sambung pelajaran di Aussie. Setelah pulang, dia dapat pula peluang bekerja kembali di syarikat yang sama.

Aku pula pernah juga berhenti dari syarikat itu selepas bekerja 4 tahun. Aku masuk semula ke syarikat itu selepas 2 tahun.

Tapi jodoh aku dengan syarikat tu pun tak lama juga hanya 6 bulan lepas aku dapat tawaran lain yang lebih baik kerana masalah kewangan syarikat tu yang tak dapat menyelesaikan masalah gaji dengan baik.

Muna pula baru aku kenali selepas aku memasuki semula syarikat itu, dia dah bekerja di situ selama setahun dan masuk sebagai seorang fresh graduate. Dia seorang yang mempunyai rupa paras & badan yang cantik dan sentiasa bersolek lengkap.

Sebelum aku & Bakar masuk, Muna sudah mempunyai 2 senior yang bekerja dengan dia dalam satu team tu, tapi mereka berdua dah resign maka aku & Bakar lah yang menggantikan mereka.

Bakar ni pada pandangan aku sebelum ni adalah seorang family man & aku sangkakan seorang yang setia dengan isterinya walaupun kadang2 dia ni terlebih peramah & protective dengan semua wanita di pejabat kami tu.

Bagi aku itu character dia. Ya lah, kalau bukan family man & menyayangi isteri takkan lah dia sanggup berhenti kerja sebelum ni dan ikut isterinya ke Aussie dan tolong jaga anak je selama 3 tahun sambil buat odd jobs di luar negara?

Aku pernah berjumpa dengan isteri Bakar kerana mereka pernah datang ke kenduri di rumah aku. Waktu tu Muna pun ada datang juga tapi mereka tak sempat berselisih lagi sebab Bakar tiba lewat dan Muna pun dah balik.

Tapi apa yang aku perasan macam mereka kecewa tidak bersua waktu kenduri tu.

Paling aku tak boleh lupa, ada satu ketika di office tu Muna pernah mengatakan yang dia terkejut bila tahu isteri Bakar agak berisi dan kurang bersolek, memandangkan Bakar tu bagi dia mempunyai rupa paras dan tinggi idaman dia lah.. Bakar tu memang seorang yang tinggi dan tegap.

Dia bukanlah sasa cuma memang fizikal dia tinggi. Muna ni pulak selalu sangat mengatakan dia tu cantik, putih etc. Kekadang tu aku macam aih budak ni tak matang lagi mungkin sebab rupa paras, warna kulit & wang je yang dia pandang lebih.

Waktu Muna komen pasal isteri Bakar tu aku tak ingat kisah tu sebelum kenduri atau selepas, tapi sekarang bila aku fikir balik kat mana dia tengok gambar isteri Bakar?

Muna takde facebook, cuma ada ig je. Mungkin waktu tu ada kot gambar isteri Bakar dalam ig, dah tak boleh nak check balik sebab ig Bakar dah deleted sekarang.

Aku memang dah ada facebook Bakar dari sebelum dia ke Aussie lagi, jadi aku pun dah lama la tahu siapa isteri & anak2 Bakar. Isterinya bukan calang-calang juga pangkatnya.

Mereka berkenalan dari zaman persediaan ke luar negara, jadi dah lama lah mereka kenal, dari waktu belajar.. Aku dan Bakar pun banyak juga berkongsi cerita pasal anak2 & pasangan masing2 kadang2 pada waktu kerja.

Pada mulanya aku sangkakan Muna bergurau saja bila dia kata tinggi Bakar tu memang idaman dia, dan masa dia cakap tu aku rasa Bakar dengar je sebab kami memang duduk berdekatan. Muka Bakar macam buat2 terkejut gitu lah, ye lah ada perempuan cantik & manja puji dia pulak.

Meja kami macam hotdesk yang panjang, jadi aku duduk di tengah antara Bakar & Muna. Aku banyak juga berborak dengan Bakar & Muna la sebab aku di tengah2.

Disebabkan syarikat kami tu ada masalah kewangan, Muna dari awal2 aku masuk semula sehingga aku keluar tu banyak kali dia kata nak resign tapi kesudahannya aku yang resign dulu.

Bakarlah yang selalu pujuk dia untuk jangan resign lagi dan kutip dulu experience sebab dia fresh grad kan. Masa aku dah takde kat situ, aku selalu follow up juga dengan Muna, tanya ada dapat kerja baru tak? Tapi dia selalu kata tak jadi keluar sebab Bakar suruh stay dulu.

Sama juga soalan aku kat Bakar, dia pun ada cari kerja lain juga tapi mungkin belum jumpa yang bertepatan dengan gaji yang dia nak. Aku dah pelik lah time tu sebab kenapa Muna ni masih nak stay sedangkan dia dah dapat offer dari syarikat yang lebih stabil.

Waktu tu negara kita tengah PKP 1 jadi kewangan syarikat lama tu bertambah tak stabil.

Selepas setahun akhirnya mereka berdua berpindah ke syarikat baharu. Resign sama2 dan masuk ke syarikat yang sama.

Aku lagi la musykil Muna ni takleh berpisah dengan Bakar ke? Tapi aku tepiskan perasaan aku, aku fikir takkan lah Bakar ada apa2 dengan Muna, mungkin dia hanya tolong seorang junior.

Mereka pun ada ajak aku join syarikat tu juga, tapi aku baru lagi tukar syarikat dan macam ok je sini malas plak nak tukar lagi.

Sebelum mereka berdua resign dari syarikat lama, aku ada ternampak di igstory ex-colleague yang lain, mereka keluar makan di gerai pada waktu malam, aku perasan yang Bakar & Munah ni duduk bersebelahan dengan sangat rapat.

First thought aku – rapat gila budak ni duduk sebelah Bakar. Come on la, Bakar tu laki orang kott.. lagi la bertambah sangsi aku, tapi disebabkan aku pun dah lama tak jumpa mereka, hanya komen sikit2 di media sosial je, malas lah aku nak komen lebih kan, aku cuma memerhati.

One random night tahun lepas selepas semua ini berlaku, aku mimpi aku terjumpa Bakar & Muna di mall. Mereka mesra & berpegangan tangan. Dalam mimpi aku tu aku memang marah gila dengan diorang, aku cakap APA KORANG BUAT NI?

Tak tahu lah kenapa aku rasa macam bertanggungjawab sebab dulu kami 3 orang kerja bersama. Tapi of course lah aku tepiskan kan lagi sebab mimpi kan mainan syaitan, apa benda ni aku mimpi random nya. Tapi aku mulakan skill stalking aku di media sosial.

Gambar2 Bakar di ig dia sudah dibuang & tinggal satu gambar je. Fb dia pun dah deactivate pulak dah. Pelik jugak aku kenapa sampai deleted account social media dia. Aku kekurangan bukti jadi macam aku malas lah nak stalk lagi.

Aku pulak jarang nak check igstory orang tapi satu hari aku nampak Muna share banyak igstory. Aku nampak dia ke sebuah kedai, tak lama lepas tu aku nampak story Bakar dan dia ada share sesuatu. Aku comment story Bakar tu tanya apabenda ni?

Dan apparently benda tu adalah benda sama dari kedai yang Muna share. Hmm, dorang pegi dating ke? Tapi macam biasa aku tak am bersangka lebih. Bakar sebelum ni kadang2 rajin juga share content2 di ig secara random ke DM aku.

Sebab tu macam kami still in touch jarang2 walaupun sudah tak kerja di tempat yang sama. Masa tu aku tengok Bakar masih lagi follow ig isteri dia, tapi aku takleh nak check ig isteri dia sebab private.

Tapi lepas tu aku tengok dah tak follow dah ig isteri dia. Tapi tu kisah tahun lepas, tahun ni takde dah sebab aku baru tahu semalam yang ig dia dah deleted jugak tapi tak tahu bila, rasanya last aku check awal tahun haritu ada lagi.

Semalam aku ternampak satu post dari seorang lelaki yang pernah meminati Muna dulu. Lelaki aku namakan Bujang, kerana dia sudah lebih 40an dan bujang. Dia ada meminati Muna dahulu, tentulah sebab Muna tu cantik kan.

Tapi Muna beriya taknak kat Bujang. Aku peliklah Bujang tu banyak duit juga, Muna kan suka lelaki berduit. Entahlah mungkin kerana Bujang tak cukup tinggi?

Ok berbalik kepada Bujang, setelah lama aku tak nampak dia post gamba, lately dia banyak dia post gambar makan berdua2, kadang2 aku berharap yang orang tu adalah Muna, mana lah tahu kan, jadi aku pun cuma stalk ig Muna.

Takde update, then aku teringat Muna ada Tiktok. Banyak post muka penuh filter je haha.

Tapi tiba2 aku teringat dulu aku pernah jumpa satu account TT Bakar tapi private. Yang membuatkan aku sangsi sangat tu sebab nombor di belakang account Bakar tu adalah gabungan tahun lahir Bakar & Muna.

Mereka berbeza lebih 10 tahun. Aku cuba fikir apa significant nombor tu, tak mungkin tarikh lahir Bakar sebab bulan dia tak sama langsung. Tapi sebab aku takde bukti sangat aku malas nak korek lebih..

Semalam aku cuba cari semula account TT Bakar, ada account yang lain yang tak private, untuk dia share pasal produk yang dia sama2 jual dengan Muna.

Ye lah mulanya aku nak husnuzon mungkin diorang business partner jadi downline each other, tapi tak boleh la bila tahu pasal account lain yang ada gabungan tahun tu.

Muna pernah juga ajak aku beli produk masa aku contact dia awal tahun ni. Dalam account TT Bakar yang tak private tu tiba2 ada satu post pasal benda dia rindu dengan seseorang, macam orang yang sedang hangat bercinta. Aku macam eh, takkan la video utk isteri dia kot ni?

Lain macam, dan paling ultimatum nya adalah bila akhirnya aku nampak satu video ada kelibat sisi Muna sikit pada post dia mencari baju raya tahun ni. Lepas tu ada lagi post mereka berdua tentang makanan yang sama pada tarikh yang sama. Tak mungkinlah ini semua kebetulan.

Lagi satu, aku ada terjumpa account ig baharu Bakar, dan follower dia hanya seorang dan siapa lagi kalau bukan Muna! Yang Bakar follow pun hanyalah Muna & beberapa account berkaitan wedding. Mereka dah nak kahwin mungkin?

Hancur sungguh hati aku bila nampak sipi2 kelibat Muna dalam TT video tu, kecewa gila la sanggup Bakar buat macamtu kat isteri & anak2 dia.

Betullah mimpi aku dulu tu! Berlegar-legar difikirkan aku tentang kesangsian aku selama ni. Aku terus cakap kat suami aku weh serius la Bakar & Muna!

Suami aku of course la kenal juga mereka ni dari cerita2 aku dulu. Boleh pula suami aku back up cakap tak boleh salahkan Bakar semata-mata, mungkin ada la isteri dia ada silap jugak. Kita taktau cerita sebenar, mana tahu isteri dia minta cerai dulu ke apa.

Mungkin.. tapi masakan tak minta cerai bila dapat hidu suami suka kat perempuan lain kan? Lepas tu suami aku nak salahkan aku pulak, tu la aku pun selalu nak marah2 suami aku bla bla,, eh ni bukan kisah kita la..

Haha, ye lah biasa la tu suami isteri nak gaduh2, aku pun selalu je ada masalah ngn suami aku, kekadang memang aku rasa nak berpisah je tapi setiap kali terjadi tu aku akan berdoa dengan Allah –

Kalau lah suami aku ni jodoh aku hingga ke tua, Kau permudahkanlah, kalau tak Kau jauhkanlah dengan segera sebab aku tak larat nak nak hadap ni sampai ke tua..

Then lepas tu tetibe aku pun cool down, suami aku pun cool down balik dan kami berbaik macam biasa. Aku selalu sakit hati bila suami aku membebel macam dia tu bagus sangat padahal dia pun sama je tak buat, lepas tu nak cakap macam aku ni teruk sangat.

Aku pulak bukan jenis suka membebel, kalau nampak tak buat, aku buat je la tanpa bising2, ha camtu la benda remeh laki bini nak gaduh.

Mata aku bergenang masa aku cerita kat suami aku dan aku peluk suami aku cakap yang kalau dia nanti tetibe ada berkenan kat sapa2, cakap lah awal2 kat aku, senang aku nak uruskan apa yang patut.

Banyak sangat kisah curang aku dapat tahu tahun ni. Suami aku ni pinjaman je tak tahu lah sampai bila akan bersama aku. Suami aku diam je la layankan je emosi tak stabil isteri dia ni haha.

Sebenarnya macam kisah viral baru2 ni, yang seorang figure agak terkenal kahwin dengan perempuan muda & manja, lepas tu yang perempuan dia kata bukan perampas tu,

Aku sangat teringatkan yang manja tu sebiji la macam Muna, cara solekan mata tu lebih kurang cuma Muna nampak natural lagi & lagi cantik.

Tapi kes viral tu sangat lah mengingatkan aku tentang Bakar & Muna ni, cuma waktu tu aku tak jumpa bukti sebab mereka ni pandai sorok.

Post TT Bakar yang sweet2 tu pun rupanya dah beberapa bulan sudah cuma aku dah terlupa la nak korek balik lepas tak jumpa bukti dulu lepas tu terlupa terus.

Panjang plak confession, tapi kesimpulannya, apakah punca seseorang tu nak curang dengan pasangan masing2? Sekarang ni memang la nampak indah bercinta dengan perempuan muda yang manja, tapi bila dah 10-20 tahun akan datang dia tetap akan manja lagi ke?

Cinta pertama mereka di awal perkenalan dulu pun pernah manja juga, kalau tak takkan lah boleh jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk berumah tangga?

Aku pun tak tahu apa masalah Bakar & isteri dia, pada aku character isteri Bakar tu agak strong juga, tapi mestilah ada manja dia kan kalau tak takkan lah boleh sampai anak 3.

Oklah ni je aku nak cerita, aku harap pembaca di sini fikirlah sebelum melayan perasaan yang dirasakan indah dengan orang lain & bukan pasangan sendiri. Ini semua syaitan je nak meruntuhkan masjid yang dah dibina. Syaitan paling suka kalau rumah tangga porak peranda.

Kesan masalah rumah tangga ni kat anak2 sebenarnya. Kalau ada siapa2 pernah follow di fb, pasal sisterhood yang isteri2 dicurangi & teraniaya ni, statement #saynotosuamiorang tu sangat lah betul.

Kalau dah tau suami orang tu kenapa korang masih nak tergedik2? Itu lah punca segalanya.

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *