Assalamualaikum semua. First sekali aku nak ucap terima kasih pada admin sebab approve confession aku ni.
Nak remind, post ni agak “cringe” since sekarang ni dia macam tengah musim. Musim apa? Ya, musim curang.
Aku sedang dalam dilema sebab tengah bercinta dengan suami orang. Perasaan tu macam tak boleh nak patah balik ke asal.
Asalnya kami hanya kawan sekerja, kerja yang memerlukan each other. Working closely baru kerja boleh siap.
And kerja kami ada deadline yang sangat crucial untuk disiapkan. Makanya kami tiada pilihan untuk terus berhubung.
Bermula dengan perkenalan yang biasa2.
Sehingga kami bertukar cerita, share pengalaman kerja, zaman muda mudi, zaman belajar, dan kami sekepala. Boleh layan lawak bodoh, lawak lucah, tak formal, macam member2.
Kemudian, kami keluar lepak, minum2, borak soal kerja. Semua masalah kerja kami share sesama sendiri. Sehingga lah terbit rasa sayang.
Walaupun aku tahu dia adalah suami orang.
Kerja aku yang normally dikelilingi lelaki, membuatkan aku sudah terbiasa bila diusik atau ada yang nak “try”.
Memandangkan aku ada rupa (kot) and aku jenis easy going, tak malu untuk bersosial, and happy go lucky.
Semua orang dalam ofis aku tegur. Aku anggap perkara biasa bila aku keluar lunch berdua dengan suami orang dengan alasan, kami hanya keluar makan. And tak ada mutual feeling walau sedikit.
Aku pernah bercinta beberapa kali dengan suami orang. Bukan salah aku seorang. Dua2 pon gatal.
Aku sedar satu benda. Suami orang ni kurang perhatian. Kurang layanan batin. Nak kan teman berbual. Nakkan teman meluah soal kerja. Dan aku adalah seorang pendengar yang baik.
Semua kawan2 aku pon suka meluahkan masalah mereka pada aku. Aku hanya mendengar tanpa judge apa2. Mungkin sebab itu juga suami2 orang ni suka berkawan dengan aku.
Mungkin juga sebab aku bujang tiada komitmen anak2 untuk dijaga. Tiada suami untuk bermanja. Suami2 orang inilah tempat aku bermanja.
Kalau nak kata aku kurang kasih sayang, family aku telah beri kasih sayang yang secukupnya pada aku. Cuma mungkin aku lebih sukakan kasih sayang dari seorang yang bernama lelaki asing.
Aku tak tahu tarikan apa yang ada pada aku yang membuatkan suami2 orang ni cukup senang dengan aku. Sikit pon aku tak bangga. Malah kadang2 aku rasa serba salah pada isteri2 diorang.
Tapi aku bukan jenis bila dah menyondol, berlagak hebat. Bagitahu semua orang aku berjaya merampas atau heboh pada si isteri aku berjaya rampas suaminya. Tidak.
Aku hanya berhubung senyap2. Sebab aku pon ada rasa takut. Takut bila kantoi, mereka akan bergaduh, rumahtangga goyah, bermasam muka, terluka. Rasa macam perempuan simpanan pon ada.
Tapi, itulah, hati masih suka dan sayang. Boyfriend aku pon tak bagi perhatian yang bersungguh macam suami orang ni bagi. Manalah hati aku tak cair.
Harap korang doakan aku boleh buang perasaan terhadap suami2 orang ni. Tak best pon sebenarnya. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa boleh sampai ke tahap ni. Bila nak patah balik, rasa awkward. Sebab pernah sayang kan.
Aku serba salah juga pada boyfriend aku. Dia jenis menjaga. Ikhtilat semua. Sebab tu dia tak ada nak contact aku sangat.
Jadinya aku sunyi and suami orang ni datang menemani. Harus bagaimana lagi untuk aku nafikan perasaan ni?
Pernah juga suami2 orang ni nk peristerikan aku, tapi aku reject. Aku tak mahu berkongsi kasih. Malah, aku minta diorang setia dengan isteri masing2, hargai mereka, hargai pengorbanan mereka.
Bila aku tak layan, suami2 orang ni cari aku sampai dapat. Call aku sampai aku angkat. Cari aku di semua media sosial. Bukan aku tak cuba lari. Aku cuba tapi aku tewas. Akhirnya aku layan.
Akhirnya aku fikir aku mesti cepat2 kahwin mungkin. Aku confront dengan boyfriend aku untuk masuk meminang. Dia setuju.
And kami ke arah untuk bertunang dan kahwin dalam tahun ni juga. InsyaaAllah.
Mohon doa semua pembaca, tolong jangan kecam aku.
Aku masih struggle dengan perasaan aku yang kadang tak waras ni.
Terima kasih…
– Haja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit