Kenapa Tak Bersyukur?

Assalammualaikum admin dan para readers. Pertamanya nak ucap ribuan terima kasih andai karanganku ini disiarkan untuk bacaan readers page ini.

Straight to the story, tadi masa tengah belek-belek handphone main fb, ternampak satu post bertajuk ‘A Malaysian couple give up an eye each so that their baby can see’. Sungguh bila aku baca berita tu, air mata aku menjejeh keluar. Pasai apa ? Pasai aku tak bersyukur.

Sebelum tu, biarlah aku kenalkan diri dahulu. Aku ni seorang wanita awal 20-an yang mengindamkan kulit cantik halus mulus tapi malangnya, aku ada masalah kulit. Macam-macam cara aku buat nak hilangkan masalah ni tapi masih tidak berjaya. Sampai satu masa hari ni, aku terdetik dalam hati persoalkan kenapa aku lahir dengan kulit macam ni, tak macam kawan2 aku yang lain kulit smooth je tak payah habis duit banyak untuk kulit. Sebab apa aku terfikir camni ? Sebab adik beradik aku sama species masalah kulit macam aku, so aku fikir ini masalah gene ni. Hahahaha !

Sampailah Allah nak suruh aku insaf terjumpa la post pasangan sanggup buta hanya bagi anak lelaki diorang melihat. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa, sungguh aku tersentap dan terkesan.

Aku kat sini, hanya ada masalah kulit sahaja, berbanding adik ni lahir2 cacat penglihatan dan pengorbanan ibu bapa nya untuk beri masing2 satu mata untuk anak mereka. Aku sure ibu bapa diluar sana jugak mesti sudah tidak terkira terlalu banyak berkorban untuk anak mereka. Dan aku buat apa ? Aku yang sihat cukup sifat persoalkan pemberian ibu bapa aku! Yang sanggup berkorban mnggadai nyawa melahirkan membesarkan aku, semata2 sebab tak bersyukur, nak kulit cantik.

Aku tau, ramai lagi yang berperasaan macam aku. Aku terbaca pasal confession parut keloid. Aku juga punyai kawan yang cantik tapi kecoh satu dunia bila ada satu jerawat yang hinggap dimukanya yang cantik itu.

Buat akak parut keloid, bersyukurlah laki tu tak terima akak. Sudah jelas laki tu hanya melihat pada rupa yang tidak kekal. Mungkin akak akan berjumpa lagi dengan lelaki lain yang ikhlas menerima akak, saya doakan. Buat kawanku yang cantik halus mulus, ada satu dua jerawat tidaklah menjejaskan kecantikanmu. Kamu masih lagi tidak cacat jadi tidak perlu kalut dan gusar seandainya ada jerawat. Kecantikanmu masih tidak hilang.

Buat yang lain, apa pun kekurangan yang kamu hadapi sekarang, lihatlah dibawahmu dan belajarlah untuk bersyukur. Kalau kita asyik tengok yang diatas kita je, memang selamanya kita tidak akan bersyukur. Dan bukanlah bermakna kalau kita brsyukur, kita tak berusah untuk baiki diri kita. Bukan. Kita usaha untuk berubah, tapi dengan tetap mensyukuri keadaan kita sekarang.

Dan untuk ibu bapaku, maafkan diriku kerana tidak bersyukur. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkanku. Terima kasih kerana beri peluang untukku hidup dimuka bumi ini. I really love you both.

Sebelum aku mengakhiri karanganku ini, untuk tahun 2017, aku sebenarnya tiada azam lagi. Jadi untuk tahun ini, aku berazam untuk menjadi lebih bersyukur dan kurangkan sifat negatif. Yosh !!

– Aku Insaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit