Sejujurnya aku tak tahu pun hari ini ada pembentangan bajet. sebab aku posting dekat kawasan pedalaman. setiap hujung minggu barulah aku dapat keluar tengok dunia luar.
sampai sampai bandar maghrib tadi kepoh dekat group whatsapp pasal isu “Penambahbaikan IPG “. 9 daripada 27 IPG dekat Malaysia akan “diupgrade” jadi politeknik, kolej teknik dan vokasional dan pusat kejurulatihan TVET. atau dalam kata lain “IPG DITUTUP dan digantikan dengan institusi lain”
mungkin bagi orang luar. ia adalah satu penambahbaikan. lagipun masih ada 18 lagi IPG dekat Malaysia terchenta nih. apasal yang nak kecoh sangat nye?
haaa. meh cikgu bagitahu. ya. panjang. tapi. jangan lupa baca sampai habis yer !
1. kami produk IPG batch terbaru yang fresh keluar dari IPG tahun lepas. dan baru sahaja diposting tahun ini setelah menamatkan perjalanan lima tahun setengah di IPG. empat tahun degree dan setahun setengah persediaan.
2. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami telah dilatih dengan pelbagai soft skill dan kemahiran pedagogi yang sangat berguna apabila dipostingkan kini.
3. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami telah menjalani 4 kali fasa PBS ( PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ) yang mana kami perlu berada di sekolah selama seminggu untuk mendalami sistem pengurusan sekolah, mendekati warga sekolah, berkolaborasi dengan cikgu cikgu senior tentang hal hal pedagogi dan lain lain.
4. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami telah menjalani 3 FASA praktikum ( fasa 1- 1 bulan. fasa 2-2 bulan. fasa 3-3 bulan ). di 3 buah sekolah yang berbeza. fasa praktikum ini sangat membantu kami untuk menterjemah segala teori yang kami belajar di IPG. ianya juga jadi medan peralihan bagi kami dari seorang guru pelatih kepada guru sebenar apabila dipostingkan. kami dapat rasai dunia sebenar guru apabila kami banyak berada di sekolah.
5. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami telah menjalani 6 kali fasa BIG ( BINA INSAN GURU). yang mana kami perlu turun padang dan mendekati masyarakat dengan pelbagai aktiviti. ada fasa yang mana kami perlu buat program di sekolah. ada fasa yang kami perlu berkampung di rumah keluarga angkat. ada fasa yang kami perlu berkhemah di dalam hutan. pengalaman pengalaman inilah yang mematangkan kami dalam proses menjadi guru apabila dipostingkan kini.
6. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami telah didedahkan dengan kaedah mikroteaching dan makroteaching. boleh dikatakan mikroteaching dan makroteaching ni dah jadi macam makanan kami di IPG. di mana hampir setiap masa kami perlu menjalani latihan mikroteaching dan makroteaching di IPG. latihan mikroteaching dan makroteaching inilah yang melatih kami agar tidak kekok apabila mengajar di hadapan murid di dalam kelas apabila dipostingkan kini.
7. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami telah didedahkan dengan pelbagai sukan dan permainan. setiap guru pelatih diwajibkan sekurang kurangnya menyertai mana mana sukan dan permainan sepanjang berada di IPG. kami belajar teori dan amali sukan dan permainan bukan untuk menjadi atlet. tapi untuk membantu kami melatih potensi dan bakat murid murid apabila dipostingkan kini.
8. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami juga didedahkan dengan pelbagai kelab dan persatuan. ada kelab akademik. ada kelab kebudayaan. ada kelab kesenian. ada kelab alam sekitar. dan macam macam lagi. kenapa kami didedahkan dengan kelab kelab ini? supaya kami dapat belajar softskill yang tidak ada dalam buku tetapi kami dapat belajar secara hands on bila kami sertai kelab dan persatuan ini.
9. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami juga telah didedahkan dengan unit beruniform. kami perlu belajar cara memasang khemah. cara pertolongan cemas. cara ikhtiar hidup didalam hutan. cara berkawad. kami bukan nak jadi abam bomba apatah lagi abang askar. tapi kami belajar semua ini supaya kami dapat kongsikan ilmu ilmu ini kepada anak anak murid kami apabila kami dipostingkan.
10. sepanjang 5 tahun setengah kami di IPG kami juga telah didedahkan dengan kajian tindakan. mungkin kajian tindakan kami tidak mampu menandingi thesis daripada sahabat sahabat yang berada di universiti terkemuka dunia. tetapi kajian tindakan kami adalah berdasarkan permasalahan sebenar murid murid yang kami ajar ketika praktikum. yang mana kami perlu memikirkan satu inovasi pembelajaran yang dapat membantu murid murid untuk lebih memahami pembelajaran di sekolah.
ya. kami hanya seorang guru. nak nak pula saya yang baru posting tahun ini. putik jagung lagi. tapi aku sebagai guru a.k.a bekas guru pelatih IPG sangat sedih apabila diberitakan 9 daripada 27 IPG akan “ditutup”. sedangkan di IPG inilah kami diasah dan dibentuk sebelum turun ke medan sebenar seorang guru.
di IPG lah kami dibentuk menjadi seorang guru yang serba boleh. seorang guru yang bukan hanya mengajarkan ilmu akademik tapi juga dapat mendidik anak murid untuk menjadi insan yang dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
ya. kami produk IPG yang apabila kami keluar. kami hanya ditempatkan di sekolah rendah. yang mana ada sesetengah masyarakat yang memandang rendah pada status kami. tapi sebagaimana dalam lirik lagu KAMI GURU MALAYSIA ” yang sentiasa dinyanyikan dibibir kami. AMANAH YANG DIBERI. KAMI TAK PERSIAKAN. APA YANG KAMI JANJI. TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN !
kalau IPG yang menjadi pusat untuk membentuk guru guru yang akan mendidik setiap murid di Malaysia inipun “ditutup”. kalau pendidikan yang sepatutnya menjadi nadi utama negara dipandang enteng. aku sedih.
aku bukanlah menolak hasrat untuk menubuhkan institusi lain untuk menggantikan IPG. cumanya alangkah lebih baik jika pemerkasaan IPG diutamakan agar bakal bakal guru guru terbaik dapat dikeluarkan dengan lebih ramai?
aku sedih bila IPG yang jadi saksi aku jatuh bangun mencari diri. membesar dari lepasan SPM yang masih mentang dan keluar menjadi seorang yang berpewatakan dan berjiwa seorang guru.
sejujurnya aku sedih.
– cikgu baru posting
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit