Hi semua. Baru-baru ini viral mengenai isu berkaitan dengan guru. Tetapi ramai yang mempersoalkan, kenapakah guru yang dihentam, bukan kakitangan awam lain seperti doktor.
Ada yang mempertikaikan penulisan tentang teguran kepada guru. Kenapa tidak tegur doktor? Doktor lagi bahaya kerana melibatkan nyawa.
Beginilah. Kita berada di bangku sekolah selama 11 tahun. Orang yang paling kita percayai selain ibu bapa ialah guru. Guru buat dan cakap apa pun, mesti kita akan ikut.
Segala perbuatan dan nasihat daripada guru akan tersemat dalam minda kita buat selamanya.
Sudah tentu kita sebagai ibu bapa hendak anak-anak kita menerima ilmu dan hormat para guru seperti mana kita lakukan dahulu.
Saya ingin berkongsikan pengalaman saya. Saya sendiri pernah DM dan PM menegur guru-guru yang agak keterlaluan beraksi di sosial media secara baik. Tetapi apakah respon yang saya dapat?
Diblock oleh guru-guru tersebut dan segala messages mereka SS dan dipaparkan dalam sosial media peribadi mereka kononnya cubaan mengaibkan dan menjatuhkan maruah mereka.
Bagaimanakah lagi cara untuk menegur secara elok jikalau guru in denial state dan pengakhirannya begini?
Tidak dinafikan, memang terdapat guru-guru yang keras kepala tidak menerima pendapat orang ramai dan lebih mengharubirukan keadaan jika pentadbir sekolah tidak bertegas dengan mereka.
Mulalah mereka memberikan alasan bahawa pentadbir sekolah tidak pernah peduli dan memandang enteng untuk membidas teguran orang ramai.
Itulah realitinya. Bila ada seorang guru yang memulakan perkara-perkara yang menjengkelkan seperti yang telah viral baru-baru ini, akan ada ramai lagi guru yang akan mengikut jejak langkahnya jika tidak dibendung dari awal.
Guru berinteraksi dengan ramai orang. Tingkah laku guru ini akan mempengaruhi ramai orang bukan golongan guru sahaja.
Contohnya jikalau etika berpakaian dan pengkemasan diri guru tidak dipatuhi dikhuatiri akan memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Beginilah. Pelajar melihat guru berpakaian seksi dan bermekap tebal ketika di sekolah. Pulang ke rumah, mereka melakukan perkara yang sama seperti guru mereka dan ditegur oleh ibu bapa.
Sudah pasti ada pelajar yang memberontak memarahkan ibu bapa kerana menghalang niat mereka kerana pelajar beranggapan tidak salah berbuat demikian disebabkan mereka melihat guru-guru mereka berkelakuan sebegitu.
Seperti ayat saya awal-awal tadi, guru menjadi insan ketiga untuk pelajar percayai dan pelajari selain ibu bapa. Jika anak-anak berperangai sebegitu siapakah akan dipersalahkan?
Anak-anak memberontak disebabkan ingin mendengar dan melakukan apa yang guru mereka lakukan sehinggakan ada yang meninggikan suara kepada ibu bapa.
Nampak tak impaknya sekiranya guru tidak menjaga tingkah laku dan peradapan kepada masyarakat?
Punca masalah tersebut ialah pelajar terpengaruh dengan guru dan akhirnya boleh menyebabkan perselisihan faham dalam keluarga yang harmoni.
Guru perlu diberikan teguran kerana melibatkan masa depan pelajar. Masa depan beginikah yang kita mahukan untuk generasi akan datang?
Saya harap persoalan kenapakah guru telah terjawab. Bukan niat saya nak aibkan guru-guru tetapi untuk membuka minda semua kenapakah guru perlu ditegur.
– Ida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit